CARIAN ANDA

Loading...

Saturday, December 10, 2011

KELAB NUTRISI BERSAMA HERBALIFE




Animated EmoticonsSalam Sejahtera semua. HAh...korang pernah dengar tentang Herbalife tak?
Ala produk melangsingkan badan tuh la. Tapi sebenarnya ianya lebih kepada makanan kesihatan. Wahwahwah...makanan kesihatan la konon la kan3...Crazy Emoticons
benornya dulu-dulu aku dah pernah makan dah benda nih...memang la berat badan  turun dalam masa 2 minggu,  hampir 3 kg hilang. Tapi mak aiii harganya mahal la pulak kan...kalau tak silap masa aku beli tahun 2008 starter pek tu berharga hampir RM400 jugakla.



Disebabkan nak jugak cuba aku pon belilah. Siap ada jadual macamana nak makan , bancuhan dan macam-macam tok nenek lagi la sampai tak terikut. Patutnya amik untuk 2 minggu aku bantai buat 1 bulan konon nak safe bajet la katakan. 

Pastu taklama dah abes aku dah malas nak beli lagi sebab bajet takde.Crazy Emoticons

Dah lama pon aku tinggalkan dan kepada kawan-kawan yang beriya-iya nak cuba, kalau duit banyak memang la boleh beli. Cuma kene ikot cara yang betul dan pemakanan pun nak kene jaga gak ler. Kot ko balun melantak tak hengat dunia mampos tak kurus silap2 badan lagi naik ada ler.Animated Gifs

Kalau korang tak berapa nak ada bajet untuk beli 1 set aku cadangkan kalau ada Kelab Nutrisi kat area tempat2 korang cuba-cuba la terai pergi. Aku pun baru mencuba lagi, cuba lah terai sekali, kalau macam kat tempat member aku nih dia siap ada amik rekod untuk bacaan berat, dan lain-lain lagi. Yang buat aku tertarik nak kesana adalah disebabkan aku tak mampu nak beli 1 set (malas nak beli pon bajet ciput) jadi pergi minum kat Kelab Nutrisi ni yang senang dan best sebab dorang akan siapkan dan kita hanya tinggal minum ajer.. Alah sekali minum baru RM13 ajer...Murah dah tu per... Takyah wat kat umah dah..Pastu siap la ko asik terkencing2 ajerCrazy Emoticons. Maklumlah dah minum banyak.Crazy Emoticons

Mula-mula dia akan serve air yang dicampor aloe sebanyak 500ml untuk buang toksin dalam badan. Kedua
dia hidangkan plak herbalife tea sebanyak 500ml gak untuk diminum. Untuk pengetahuan korang la kan 500ml air tea yang diminum ni bersamaan membakar 500 meter kita berlari. Pastu dorang serve shake yang dah dibancuh  dan leh pilih flaver kesukaan korang samada nak letak ais atau tak sukati tekak ko la...Animated Emoticons

Aku minum yg suam2 kuku jer...maklumlah nak diet katakan(muahahahaha) pastu kene balun lagi 1 liter air masak...wawawawa camana la tak terbese-bese dibuatnyer...abes basah segala underwear sebab dok ke toilet hampir 6-7 kali dalam masa 2jam...menderita la sekejap rasanya....Animated Emoticons

gitula rasanya masa firstime minum siap la balik umah tak sempat aku nak bukak kain kat toilet dah kuar semuanya....(sabor jer la kan dah tak sempat sib bek la dalam toilet).Animated Emoticons 




Pastu malam hampir jam 12 barula dia dah stop tak la terbese-bese lagi. Cuma malam tu tido awal sebab kepala agak berpinor2 sekejap agaknya sebab tindakbalas pas minum semua menda alah tu,t disebabkan asik terbese-bese tgh2 sedap tido bangun gi toilet lagi huhuuuuhu.... malam tu tido lene sampai ke pagi. Dan orang-orang yang ada penyakit kencing manis, darah tinggi, ibu mengandung pon boleh minum tanpa was-was.Animated Emoticons

Alhamdulillah pagi tu ok jer bangun pagi tak rasa penat atau sakit2 badan cam selalu.
Hmmm nampak gayannyer cam nak kene pegi lagi esok nih....
Hah kalau korang nak join sambil minum ni pon sebenornya leh buat income tapi i setakat minum jer uat income lum lagi ler...kalau minat leh le tanya2 kan...Animated Emoticons

Crazy EmoticonsSapa-sapa teringin nak pegi Kelab Nutrisi ni bagi yg dok area Klang meh ler datang reramai . Kelab dibuka dari jam 5 petang hingga 9 malam jer.Ok tu jer aku nak kongsi ngan korang sok2 kiter sambung lagik ekkk... bye3Monkey Emoticons




Monkey Emoticons
Ni sedikit info tentang produk nih yeh

SAYA MAMPU MENURUNKAN BERAT BADAN TANPA MEMBEBANKAN. Produk istimewa ini halal, selamat, dan sangat berkesan tanpa perlu BERLAPAR, BERSENAM disamping anda masih boleh MENIKMATI MAKANAN KEGEMARAN anda seperti biasa !!!. Sesuai untuk bagi mereka yang ingin:

* MENGURANGKAN BERAT BADAN
* PENGEKALAN BERAT BADAN
* PENAMBAHAN BERAT BADAN
* BENTUK BADAN /SHAPE YANG MENARIK (RESHAPING)



Formula 1 - Nutritious Mixed Soy PowderMengandungi vitamin dan nutrien penting. Shake pengganti sajian lanjutan ini padat dengan protein dan nutrien penting. Mengandungi 19 vitamin dan mineral. 9 gram protein soya dan 18 gram bila dicampurkan dengan susu atau susu soya setiap hidangan campur serat untuk menolong anda berasa kenyang dan puas. Boleh membantu anda menghilangkan, menambahkan atau mengekalkan berat badan.* Mempunyai lima perisa iaitu DUTCH CHOCLATE, STRAWBERRY, TROPICAL FRUIT, FRENCH VANILLA DAN CAPPUCINO

Formula 1 Herbalife
(5 Pilihan Perisa Choclate, Vanilla, Tropical Fruit, Strawberry dan Cuppucino)
Formula 3 - Blended Soy & Whey Protein Powder Suplemen Protein tanpa lemak menolong menghalang rasa lapar dan mudah ke mana-mana untuk mengawal rasa lapar dan pengurusan berat badan yang menyihatkan. Campuran soya dan protein proprietari. Mudah dibancuhkan dalam shakes, sup dan sos. Menolong membina dan mengekalkan jisim tubuh tanpa lemak.


Formula 3
Personalized Protein Powder


Tea Mix -  Ekstrak teh lemon dan bunga raya membantu pembakaran kalori dengan cepat di samping dapat memberikan sumber tenaga, sangat mengenyangkan disamping membantu mengawal selera terhadap makanan ringan. Mengandungi antioksidan yang mana dapat mengeluarkan toksin di dalam badan dengan berkesan

HERBAL ALOR CONCENTRATE
Menyokong pencernaan sihat dengan Nutrien organik dan enzim daripada tumbuhan lidah buaya di dalam minuman pencernaan yang menyegarkan.

KELEBIHAN UTAMA:
- MENENANGKAN PERUT & MELEGAKAN KESENAKAN*
- MENINGKATKAN PENYERAPAN NUTRIEN*
- MENYOKONG IMUNITI & MEMBERI PERLINDUNGAN ANTIOKSIDAN*
- DIPERBUAT DARIPADA DAUN LIDAH BUAYA YANG BERKUALITI PREMIUM DAN
   MENGANDUNGI ENZIM, ASID AMINO DAN VITAMIN
- MENGANDUNGI MANFAAT MENENANGKAN TUMBESAN KOMOMIL
- DIDAPATI DALAM MINUMAN PATI YANG MUDAH DISEDIAKAN

MENGAPA ANDA MEMERLUKANNYA??
Digunakan untuk mengimbangi kesan-kesan pencernaan. sifat menenangkannya boleh membantu menangani masalah disfungsiyang boleh menyebabkan masalah berat badan, tenaga, imuniti dan kulit.

KELEBIHAN HERBALIFE
Herbal Aloe Concentrate ialah minuman yang dirumuskan khas secara saintifik untuk menenangkan sistem pencernaan anda *

CARA PENGGUNAANNYA
Bancuh 3 penutup penuh (15ml) dengan 120ml air. untuk menyediakan 1 liter minuman sedia diminum, bancuhkan 120 ml pati dengan 1 liter air


EFEKTIF DAN SANGAT MUDAH

1. Anda tidak perlu meninggalkan hidangan dengan sengaja untuk berjaya dengan Herbalife, sebaliknya program pengurusan berat badan Herbalife menggalakkan anda mengambil snek yang sihat. Program Herbalife adalah program pengurusan berat badan yang menawarkan pilihan yang paling banyak dan efektif yang boleh anda cuba dan ia mungkin merupakan satu-satunya program pengurusan berat badan yang anda perlukan!!!

2. Hasil pengurangan berat badan berbeza-beza daripada seorang ke seseorang. Anda dinasihati merujuk kepada pakar perubatan sebelum memulakan program ini atau program pengurusan berat badan yang lain
3. Dibangunkan secara saintifik dan dikeluarkan pada piawaian pengekstrakan. ShapeWorks Formula 1 Nutritious Mixed Soy Powder Drink menyediakan nutrisi seimbang dengan protein soya dan Nutrisi Selular sebagai asasnya.
4. Terlalu sibuk untuk makan pagi? Terlalu letih untuk memasak? Minumlah shake!Bungkusannya yang mudah di bawa kemana-mana memudahkan anda memperoleh nutrisi yang bagus tanpa bersusah payah.
5. Lupakan diet suram yang berkisar disekeliling beberapa barang yang spesifik. Dengan Program Pengurusan Berat Badan ShapeWorks anda masih boleh menikmati makanan lazat yang memuaskan dan mengenyangkan.
6. Tiada lagi diet turun-naik. Program Pengurusan Berat Badan Herbalife adalah lebih daripada diet. Ia adalah cara hidup yang sihat. Setelah mencuba produk-produk ini, banyak pelanggan Herbalife berasa lebih sihat, dan tidak pernah terbayang untuk meninggalkan program ini.
7. Produk-produk Herbalife menghasilkan rasa vitality dan kesejahteraan. Banyak pelanggan yang bercerita tentang peningkatan tenaga yang membolehkan mereka menghabiskan masa melakukan aktiviti kegemaran mereka.
8. Anda boleh menjimatkan bil makanan kerana anda tidak lagi teringin untuk membeli makanan dalam bungkusan yang mahal seperti coklat, biskut, gula-gula, kerepek dan snek lain yang tidak menyihatkan.

 

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts