CARIAN ANDA

Saturday, July 7, 2012

CIKGU SHIDA LAGI




HMMM..... tadi tertengok plak program AWAL agi kat TV9. Ada la komen-komen orang ramai tentang CIKGU CDA. Korang kenal ke CIKGU CDA ni? Mak tak kenal tapi tahu la sapa CIKGU CDA ni. 

Dalam ramai-ramai yang komen tu ada sorang ni memberikan pandangan yang agak menguris hati sikit la (huhuuuh makan dalam der).  Bukanlah niat mak ni nak sebelah sesapa tapi bila kita berkata atau memberikan kritikan pada seseorang tu jangan la melampau2. Cuba pikir la sikit ayat2 yang korang nak keluarkan tu cubalah cakap yg sopan sikit (kite org Melayu der) penuh ngan adat kesopanan n kesusilaan. Lu nyer ayat telah menguris hati guwa yang sentimentel ni(eh eh lelebih plak wa ni). 

Kalau yang tengok tu plak keluarga cikgu CDA apa agaknya perasaan dorangkan. Terasa seolah-olah dicemuh plak. Walaupon mak ni bukan lah sedara-mara dia, apatah lagi  die hard fannya, tapi perasaan kesian ni memang ada dalam diri mak la. Bukanlah kata orang yg mengeluarkan komen tu bersikap kejam or sebagainya, mungkin dorang hanya nak sampaikan komen dorang tu je. Tapi mak rasa tak puas ati betol la. 

Kenapa gunakan perkataan seperti MEMALUKAN untuk ekpresi tahap kemenyampahan tu? Apala yang dibuat dek CIKGU CDA sampai korang rasa dia telah memalukan imej dia sebagai seorang GURU. Dah hobi dia kan, nak dia buat miming tu bio jerla pon bukan dia wat VIDEO AKSI TERLAMPAU pon. Kalau rasa menyampah toksah la tengok kan. 

Apa yang menyampah sangat ngan Cikgu CDA ni mak pon tak taula. Dia berbakat dalam entertaining. Walaupon bukan untuk glamer, lebih kepada kepuasannya sendiri, maklumlah orang ni kan ke hobi macam-macam. Asalkan jangan hobi yang menyusahkan orang dan menyebabkan diri sendri jadi susah udah. Kalau rasa2 tak nak support just ignore je apa yg dibuat. tak gitu?? Hahahaha 

Eleh kita tengok2 pastu gelak2 dah la kan. Takyah nak sakit2 ati or penin2 pala. Apa yg baik leh diikot yang tak elok jangan ikot. Maklumlah manusia kan semua ada kelemahan. Bermaap-maap la sesama kita. Feel free to forgive and forget. Insyallah berkat hidup. 

Rata-rata mcm takpuas ati sebab CIKGU CDA ni poyo dalam Fesbuk dia....kikikiki kesian2....smpai kan dalm fb pon korang jejak dia....tu la kan bila suka kt orang kene pada2  sekali layanan dibagi tak seperti yg kita sangka kan ke merana...udah2 la yer.... 

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts