CARIAN ANDA

Tuesday, July 24, 2012

D.I.Y WALLPAPER PROJEK

Salam semua, heheheh kali ni mak wat projek kemas dapur. Disebabkan dinding dapor dah naik kotor kene minyak segala masa memasak, jadi nak makeup kasi lawa sikitla. Maklumlah dah bertahun wallpaper free ni dok tercongok kat dalam lemari tak terusik pun. Oleh kerana semangat mengemas dah memuncak mak pun dengan rajinnnya mencari bahan-bahan sampingan yang diperlukan untuk memasang wallpaper nih.

Lagipun guna wallpaper lagi senang dari ngecat kan...

Barang-barang yang diperlukan antaranya ialah,


kene la ada wallpaper atau kertas dinding, tp kalau nakpakai kertas suratkhabar , sukati korang la kan3...


Gam ni, hampeh, dah aku guna banyak2 pun taknak melekat betul2 kat dinding, ngabeskan duit jer pegi beli.
 Scrapper, untuk meratakan kertas kat dinding nanti. Tapi aku tak guna sangat pun.

Roller cat, senang nak roll gam n roll kat dinding atau wallpaper nanti.

Menatang ni bagus, lepas jer tampal kertas dinding gunakan mende utk gosokkan kertas dinding bagi gam2 kat kertas tu merata pada dinding.
Ni la pengganti gam tadi, sib bek la ada sorang kawan dalam fesbuk dok kongsi camana dia gam kertas dinding. Hah ko guna jer gam kanji, masak sendiri jer, melekat kuat. Murah jer sebungkus tepung ubi kayu baru RM1.60 je ko, menangis la kalau kilang gam tau ni....muahahahah... Senang je buat gam kanji ni air 500ml pastu 4 sudu tepung ubi masak la sampai masak....dah siap leh makan...eh eh guna untuk menampal kertas dinding tadi....

 Dinding ni bakal bertukar......

Hah, gam tadi dah masak boleh la tuang dalam bekas dan gunakan roll ni untuk gam pada kertas atau terus ke dinding.

 Tara......bertukar...
 Siap gak dapor aku...
Nampak bersih dan cantik tak??? Murah dan senang....Cubalah sendiri.... Akan datang nak try kat ruang lain plak....heheheheh....

14 comments:

Emma said...

weh, awat pasang kot melintang..huaaaa, corak dia suppose menegak..tapi kan nakpak lawa gak..hihihi

SABARINA said...

saja dapor pasang melintang sebab malas nak tampal menegak, jimat kertas, sok pasang kat depan ingat nak pasang menegak la, tp tu la ntah bila nak buat kat depan plak...rajin ngan tak rajin je

Anonymous said...

tak kotor kar kalau letak wallpaper kat dapur,nnt merecik minyak..bertambah buruk

Alia Ash said...

Gam kanji tu mmg melekat kuat ek. Tq sbb sharing

Shidah Rashidah said...

Hihi..comel je. Xpe melintang ke menegak..asalkan dpt utilize smua :-)

www.rashidahjuhari.com

HishamIbrahim said...

Aku dah agak dah..gam kanji ni mak dgn abah aku dah ajar masa kecil lagi.. Haahaa

HishamIbrahim said...

Aku dah agak dah..gam kanji ni mak dgn abah aku dah ajar masa kecil lagi.. Haahaa

HishamIbrahim said...

Aku dah agak dah..gam kanji ni mak dgn abah aku dah ajar masa kecil lagi.. Haahaa

HishamIbrahim said...

Aku dah agak dah..gam kanji ni mak dgn abah aku dah ajar masa kecil lagi.. Haahaa

HishamIbrahim said...

Aku dah agak dah..gam kanji ni mak dgn abah aku dah ajar masa kecil lagi.. Haahaa

SABARINA said...

HAHAHA.. thanks sudi singgah n tinggal komen kat sini. ekceli kalau kotor pedahal kita tukar lagi la kan...kan kan...keh3...

SABARINA said...

gam kanji ni kuat gak lekatnya dek non oii..takcaya cer terai..

toko wallpaper dinding murah said...

Saya juga memiliki post yang sama mari kunjungi toko wallpaper dinding murah

NINA FARHANA said...

gam tu xmelekat betul2 ke..aiseyy nk kene buat gam sdri pulak. tq2 share cara buat gam hehe

http://ninafarhanawm.blogspot.my

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts