CARIAN ANDA

Loading...

Thursday, July 5, 2012

Kenapa HERBALIFE? Apa yang bagus sangat tentang HERBALIFE part 1


Love EmoticonsRamai yang tanya kenapa mak guna produk Herbalife or Nutrisi ni... Tak mahal ke? Halal ke produk ni? Kene amik berterusan ke? Kalau stop amik tak naik ke berat badan nanti?
Huh, tu adalah diantara soklan2 cepumas n cepuperak yang selalu mak dapatla.

Terus terang masa memula amik produk ni pada tahun 2008. Masatu memang nak sangat turunkan berat badan 65kg. Masatu berat turun tapi tak sebanyak n semaintain sekarang ni. Turun dalam 62kg je. Dan beli pon melalui seorang kenalan n cara pengambilan pulak mainbelasah ajer, penerangan pun tak berapa detail n cara pengambilan produk yang salah. huhuhuhu terbang melayang duit RM400.00.

Jadi, kalau korang berminat nak beli Herbalife, pastikan dulu korang pilih seorang COACH  bukan je boleh beli Herbalife dari dia semata-mata, tapi pastikan korang boleh dapatkan coaching daripada dia jugak. Ingat, orang yang jual produk Herbalife kat korang, bertanggungjawab untuk jadi coach korang, guide korang cara betul nak guna produk, sentiasa ada masa untuk coach and support korang, forever! Jangan ulang kesilapan aku dulu tau!

Kali ke 2 ni alhamdulillah, walaupun pada mulanya tak la serius sangat nak beli mahupun jadi ahli, tapi lebih kepada semangat membantu kengkawan nak meniaga. Walaupun tak amik secara harian, masa tu amik nutrisi seminggu 2kali tu pon pegi kat Kelab Nutrisi jer. Tapi mak lengkapkan la 8kali pengambilan seperti yg disyorkan sahabat baik mak yang sorang ni.

Love EmoticonsAlhamdulillah, dengan coach yang banyak beri support n  memberikan banyak tips n cara yang betul jaga pemakanan masuk bulan ke 2 dah dapat resultnya. Dan yang paling mengujakan adalah penurunan lebih 8kg dalam masa 2 bulan walaupun tak hari2 amik... Tak semua orang nak kongsi cara mereka tetapi coach yag sorang ni walaupun dia wanita Cina, saya sangat respek dia. Thanks to Sim n Kak Bedah. Lain coach lain cara walaupun JUAL PRODUK YANG SAMA.




Pada awalnyer aku pon tak terpikir nak amik Nutrisi ni secara berterusan or jadi ahli. maklumlah kosnya agak mahal jugak. Tapi setelah menggunakannya, memahami produk ni,  terus jatuh cinta. Apatah lagi  dapat plak tips nak beli produk untuk kegunaan sendiri dan boleh tahan sekurang-kurangnya 2bulan dengan bajet RM500 jer. Wahhhh, ini sudah bagus. Tapi ini hanya disyorkan kepada pengguna yang nak mementenkan berat badan sediaada dan menjaga kesihatan berterusan (macam mak ni).

Love EmoticonsTu yang best produk Herbalife ni! Produk-produk ni bukan ubat yang kalau kita makan overdose, akan ada kesan sampingan. Macam yang selalu ditekan oleh Herbalife, "Sebarang produk Herbalife tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, mengubati atau mencegah mana-mana penyakit." Tapi, produk ni hanyalah makanan biasa yang ada baaaaanyakkkk khasiat! Kalau overdose, lagi bagus sebab lagi banyak khasiat sel-sel badan kita akan dapat. Insha Allah. 
Logik akal, kalau kita bagi makanan yang sihat, berkhasiat dan berkualiti tinggi kat badan kita, Insha Allah badan sel-sel badan kita akan mempunyai antibodi yang kuat yang boleh membantu kita terhindar daripada sebarang penyakit. (Ke korang lagi suka pergi hospital buat rawatan?? cepikir???
Jumping Smiley
Rolleye Smiley
Herbalife bukan ubat. Herbalife tak pernah menjanjikan produk akan membuatkan anda kurus. Herbalife tak pernah menjanjikan anda akan dapat result dalam masa berapa hari secara specific. Ini kerana, range penurunan berat badan yang sihat dalam masa sebulan ialah 1-3kg. Itupun Herbalife selalu tekankan result adalah berbeza-beza untuk setiap individu. Bila anda bekerja keras menggunakan produk, produk akan berfungsi kepada anda. Kalau anda guna produk sambil lewa, definitely anda tak akan capai target anda! Yang penting konsisten n disiplin dalam jaga pemakanan.
Paling penting sila minum air masak banyak-banyak.


Semua orang boleh ambil produk apa saja, untuk menguruskan berat badan tapi Kenapa saya pilih Herbalife?? Kenapa ekkk?? Ni jawapannya..



Kelebihan Herbalife

40 juta pelanggan dan lebih dua dekad kejayaan global
Herbalife yang yang dibina di atas pemikiran maju ke hadapan dan penciptaan produk-produk istimewa dengan tujuan spesifik, merupakan salah satu daripada peneraju pasaran dalam teknologi nutrisi. Kesihatan baik bergantung kepada nutrisi yang bagus, fakta yang diakui tapi selalunya tidak diendahkan oleh profesional kesihatan konvensional, yang secara umum memfokus kepada mengubati penyakit dan gejala penyakir di kalangan masyarakat hari ini. Herbalife telah mengunjur ke masa silam sejarah herba bumi yang kaya untuk mencari bahan-bahan yang akan menolong mencorakan masa depan nutrisi kita.

Kajian sains di sebalik kejayaan
Doktor, saintis dan ahli nutrisi yang ternama di Amerika Syarikat menjadi anggota Lembaga Penasihat Perubatan dan Saintifik Herbalife, untuk memastikan produk-produk Herbalife mencapai atau melebihi piawaian paling tinggi yang boleh dicapai.

Keseimbangan alam semulajadi dan sains
Menggabungkan bahan-bahan semulajadi dengan teknologi sains membolehkan Herbalife mencipta suplemen harian perlu yang kaya dengan nutrient tambahan yang dialu-alukan untuk sebarang gaya hidup.

Bahan-bahan Herbalife
Hanya bahan-bahan yang diperolehi daripada sumber semulajadi yang paling tinggi kualitinya dari setiap pelosok dunia dimasukkan dalam produk-produk Herbalife.

Undang-undang dan pengawalan
Herbalife mengikuti perkembangan makalah saintifik, berita dan undang-undang untuk memastikan yang setiap produk yang kami tawarkan adalah selamat dan berkesan. Setiap produk juga mematuhi syarat legal yang spesifik untuk setiap negara di mana ia dijual. Pelanggan kami boleh berasa terjamin yang mereka tahu bahawa produk-produk kami selamat dan berkesan sebelum ia diedarkan kepada berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia.

Satu usaha niaga
Ramai orang mengimpikan mempunyai bisnes sendiri. Herbalife boleh menjadikan impian ini satu kenyataan! Kami menyediakan produk-produk yang pelanggan-pelanggan mahu dan sokongan pemasaran yang membuatkan usaha menjual produk-produk ini menyeronokkan. Tambahan pula bila anda menggunakan produk-produk ini sendiri, anda akan menjadi salah seorang Pengedar yang paling efektif.

Produk-produk yang mudah digunakan dan dibawa kemana-mana
Ini adalah produk-produk yang tepat untuk anda dan pelanggan-pelanggan anda, samada untuk mengurangkan berat badan, mengekalkan berat badan atau seboleh-bolehnya menjadi sihat atau gembira. Perkhidmatan akan menjawab semua persoalan yang timbul daripada penggunaan produk yang spesifik.

Masa depan
Herbalife yang bertapak di lebih 60 negara di seluruh dunia semakinberkembang maju. Matlamat masa depannya ialah untuk membawa sokongan nutrisi berkualiti kepada semua orang yang inginkan kesejahteraan dan gaya hidup yang lebih baik.   


4 comments:

Emma said...

Saya juga menggunakan herbalife....untuk kesihatan yang optimum.

SABARINA said...

yes,kalau kita sendri tak sayang diri sapa plak lagi nak tolong sayang kan...tak gitu...

herbalife johor said...

Herbalife product memang efektif dan i dah loss 13kg dlm masa 3 bulan.

SABARINA said...

yes, chaiyokkkk

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts