Friday, July 12, 2013

Sukan sekolah

3 Julai lepas, sekolah Syabeel ada buat hari Sukan sekolah. Hari rabu sekolah ni sibuk buat sukan sekolah jam 3 petang. Lepas balik dari kerja jam 4petang terus amik Aqifie kat TAska dan jenguk sekejap acara kat padang sekolah.

Agak ramai juga ibubapa turut hadir bagi memeriahkan suasana, sepatutnya seminggu sbelom tu konon acara ni nak diadakan disebabkan jerebu ditunda pada hari lain. 

Sampai-sampai jer acara Syabeel dah abes, dok pi lah cari anak teruna ni kat merata padang rupenye ada kat khemah sukan. Dok sedih sebab menang tempat ke dua je. Alahai... jadila ada gak pingatkan.




3













Ni takde dalam acara yer. Kemain dia dok manjat je kejenye. Kalau dah namanya budak lelaki memang lasak.

Tuesday, July 9, 2013

RAMADHAN TIBA





Saling memaafkan di bulan Mulia ini. Mohon Ampun dan Maaf sebarang kesilapan. Lupakan semua sengketa yang beraja dihati, memaafkan dengan penuh kerelaan akan mendapat ketenangan dan kebahagiaan. Tidak ada yang rugi bahkan nikmat yang besar bakal kita kecapi. Sebagai anak, sebagai isteri, sebagai pekerja, sebagai ibu, sebagai rakan, sebagai hamba kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan.

Moga diramadhan ini kita mengambil kesempatan melakukan amal ibadah, saling bermaafan, saling menguatkan ikatan silaturrahim, selagi ada kesempatan yang diberikan Ilahi. Entah sempat atau tidak kita bersama lagi di ramadhan akan datang. Hargai apa yang ada dan sama-sama memanfaatkannya. Terima kasih Ya Allah memberikan aku peluang lagi untuk bertemu dengan ramadhan kali ini.