CARIAN ANDA

Monday, March 17, 2014

Bilik Anak

Skang ni dah masuk 6bulan usia kandungan mak. ALhamdulillah baby sihat je. Maknyer yang kurang sihat. MAcam-macam alahan dan ragam masa mengandung kali ni. Sabar n cekal je la. Kali ni mood mak nak ngubahsuai bilik untuk anak bujang 2 orang ni. Bukan apa umah kecik je 2 bilik je pon. Barang2 mmg banyak dalam umah ni. Semua hasil simpanan encik suami. Tkpe2 nanti mana yg nyemak tu kita kasi buang la ye. Nyimpan pon bukan boleh dapat dividen. 

Paling banyak baju tshirt yang sampai tak terpakai. HAi la baju nanti sampaila masa ko nyer hukuman sampai.MAk dah tak larat nak tengok sesak barat dalam bilik tu kesian anak-anak dah makin besar terpaksa kongsi bilik ngan mama and ayah. Nanti kita kemas bilik tu ye. Tengah dok tercari-cari idea macamana nak deko bilik budak2 ni. Kalau boleh tak nak keluo bajet banyak-banyak. Tak nak letak katil. Permintaan dari Syabeel nak katil besor little tikes tu xdpat la dipenuhi. Mama ingat nak letak tilam besar je. Kang berkatil-katil ni ruang makin sempit. Macam-macam projek plak korang buat nanti. Jadi sementara korang ngah kecik lagi kita pakai tilam dulu ye. Ni pun satu cite nak beli tilam yg jenis macamana. Takpe pelan-pelan la kita buat yer.

Try goggel idea kat internet antara yg mak dapat tengok
     
kredit to http://hidupkurumahkuterurus.blogspot.com/2013/04/bilik-anak-anak.html
 kredit to : http://mamakembar3.blogspot.com/2011/05/make-over-bilik-si-kembar.html



Tak banyak sangat carian kat google deko hias bilik takde tilam ni. Kebanyakkannye deko yang high standard punye. Memang cantik la tgk la bajetnya plak kan. Takpe la sekurang2nya idea dah ada tinggal nak bikin saja lagi. Hope sangt dapat direalisasikan sebelom bersalin. Bila la agaknya nak mula sesi kemas umah ni. Tunggu ari cuti sekolah nanti la kot. Boleh la mulakan operasi. Nampaknya kene panggil adik-adik datang untuk tolong kemas skali. Alih2 almari ni keje orang lelaki kang kalau mak yang buat mau aku sakit2 badan.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts