Bulan April lepas macam2 hal jadi. Dugaan betol mengandung kali ni. Kena plak demam denggi. Apalagi kene la masuk spital seminggu gak. Disebabkan demam dah beberapa hari dari hari jumaat. Badan mmg rasa semacam. Mmg tak larat kt umah xde selera makan asik tido je.
Ahadnye gi klinik halimah. Doktor suh gi cek darah esoknya kt pandamaran kalo demam lg.
Ahad tu mmg terasa dah xlarat. Tp dilaratkan jugak la. Siap muntah2 balik dr klinik. Esoknya dh ptg baru ke klinik utk ujian darah sbb malas nk pi pg2 org ramai. Bila buat ujian darah platlet dh 130. Dokto suh dtg repeat esok. Apalgi esok tgh dtg Repeat dah turun 80je. Kelamkabut doktor pompuan tu sbb tekanan darah pon dah rendah sgt 80/55 je. Dorang terus call ambulan utk anto hospital. Tak bg pi sdiri. Sbb dah emengency takot apa2 jadi lagi2 tengah pregnant.
Mmg xlarat sgt pon. Nak berjalan pon dah tak daya. Semua org angkat je. Naik kosi roda. Kesian anak2 n encik suami bila tgk mama n bini dh kene usung masuk ambulan.