Friday, April 8, 2016

HOBI BARU

Sejak ada hobi baru ni seronok sangat. Boleh berkebun secara kecik-kecik. Hilang stress. Alhamdulillah. Ada la ruang utk bercucuk tanam. Macamana boleh terjebak dengan hobi ni? Rasa seronok tgk orang tanam sayur tu la pasal. Punca utama dari main game HAYDAY.




hahaha...terjebak terus nak berkebun betul2. Boleh gak isi masa dan sampai masa dapat la kutip hasil inshaallah. Tanaman yang dah berjaya ditanam kangkung, keledek, rosemary, pokok kari dan pokok lemon. Inshaallah otway ni nak try tanam serai, sayur remayung, kacang buncis, tomato, pudina plak. Doa-doakan moga menjadi hasil tanaman ni. 


Monday, April 4, 2016

BOKASHI TEA

Sejak berminat jadi petani moden ni. Sesekali dok mencari segala maklumat pasal bercucuk tanam. takdela tanam beriye-iye no sekadar hobi dimasalapang. Hah buat masa sekarang kangkong dengan keledek berjaya tumbuh dengan segarnya alhamdulillah.

NI ada maklumat tentang bokashi tea. Moh le bercucuk tanam.