Thursday, December 2, 2010

'RESPECT THE RIGHT' Usaha Majlis Perbandaran Klang mempertahankan hak OKU

jangan jadi seperti ini


Sekiranya anda sukar untuk mendapatkan parking letak kereta di area Klang dan sekiranya anda terlihat tempat letak kereta OKU kosong JANGAN SESEKALI meletakkan kereta ditempat petak khas OKU kerana tindakan anda akan menyebabkan anda dikenakan kompaun sebanyak RM300.00. Ini adalah bertujuan untuk menyedarkan orang awam akan kepentingan memelihara petak letak kereta khas untuk golongan OKU dimana mereka juga berhak untuk kemudahan bermobiliti serta mendapat hak awam mereka. Ini adalah sebagai usaha bersikap rasional dan mendidik orang awam agar tidak sewenang-wenangnya mengunakan tempat letak kereta OKU kerana akan menyulitkan kepada mereka apabila diperlukan. Ini juga merupakan kesederan sivik yang perlu dipupuk dikalangan masyarakat Klang amnya supaya amalan menghormati hak golongan OKU sentiasa terjamin dan difahami. Bagi warga OKU yang meletakkan kenderaan pastikan anda mempunyai Sticker Pelekat Kereta Khas Untuk  Orang Kurang Upaya dimana anda boleh dapatkan terus di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Klang Jabatan Korporat.


contoh jer

 
Ini adalah penting kerana sekiranya anda benar-benar warga OKU tetapi kenderaan anda tidak mempunyai Sticker Pelekat Kereta Khas dan anda meletakkan di petak tempat letak kereta OKU anda akan turut dikompaun kerana tidak meletakkan Sticker OKU  di kenderaan anda bagi memudahkan Pembantu Penguatkuasa mengenalpasti kenderaan anda adalah layak diletakkan disitu. 
Oleh itu sama-samalah kita menyemai sikap bertimbang rasa sesama manusia jadilah  Warga Yang Prihatin.

No comments:

Post a Comment