Monday, April 25, 2011

ANAK HILANG

Tengahari tadi Cik Kak keluar sekejap gi beli-belah barangan dapor kat kedai. Tensen betol 2-3 kedai Cik Kak masuk semuanya kehabisan bekalan sus tepung nespray. Takde stok katanya. Apalagi tuko jenama lagi la. Malas la nak keluar masuk kedai banyak-banyak kali penat den ni hah.

Tengah dok terpikir-pikir dalam kereta nak gi kedai mana lagi pasni,  Cik Kak terpandang lah seorang wanita yang sedang menangis-nangis kat kedai sebelah, pastu ada 2 gadis yang jaga kedai sebelah dok la merelaxkan wanita ni.
Apa hal la agaknya tuh?
Cik kak pun keluar la dari kete mendapatkan 2 gadis tuh.

"Nape ni dik?"
"Anak akak ni hilang"
Macam nak tercabut jantung Cik Kak dengor. Cik Kak pun nyibuk tanya lagi.

" Umor berapa? Lelaki ke pompuan dik? "
"Lelaki. 3 tahun umornya"
"Dah cari dekat-dekat semua kedai deret ni ke?"
"Dah kak. Tadi budak kedai speedmart tu kata ada perempuan bawak budak tu naik kereta, dia bagi no phone sekali"
" Dah cuba call ke?"
"Dah tapi tak angkat2 pun" kata gadis tadi.

Adui...kes2 camni buat Cik Kak sakit jantung kalau dengar. Selalu tu tengok dalam tv je kali ni secara live depan mata. Cik Kak suruh dorang cari lekas dan report polis sekali tapi mak budak tu tak nak buat pulak sebab dia kata dia bukan orang sini. Tak kisahlah tu ko orang mana pun tapi kes anak ni pergila buat report polis. Takkan nak tunggu budak hilang 24jam baru nak cari.

Kes anak ni jangan dibuat main la walau hilang sekejap pun dalam masa 24jam tu macam-macam boleh jadi.

No comments:

Post a Comment