Wednesday, May 25, 2011

TIPS JIMAT WANG







Hai kengkawan pe kabor hari ini?

Hah senyum simpul tuh mesti baru dapat gaji ler tuh kan....

Mak Cik PokCik Tengah kayo la ni iyer tak....
Huiii berbelanjalah berpada-pada yer,maklumlah skang ni
barang-barang semuanya mahal dah. Tak caya gi ler nengok kat kedai nu...


Ni Cik kak nak kongsi tips yang Cik Kak amalkan sejak zaman nak dara sunti lagi...


Jangan berbelanja menggunakan wang besar setiap kali  
membayar sesuatu. Sebaliknya gunakan wang kecil seperti RM 1 
atau RM 5 atau duit syiling. Menggunakan wang syiling dan wang 

yang kecil nilainya akan menyedarkan kite betapa pentingnya 
wang dan perlunya berhati-hati dalam berbelanja.

Sebab bila kite berbelanja menggunakan wang besar iaitu note 
RM50 ke atas, kite akan rasa kononnya kite ada banyak 
duit dan mulalah kita akan hilang pertimbangan ketika berbelanja

dan sudahnya terlebih belanja. Bajet lari oooo..
Kebanyakan orang yang menggunakan wang besar pada awal bulan 
untuk berbelanja akan mula menghargai wang apabila mereka terpaksa 
menggunakan wang kecil untuk berbelanja di hujung bulan. 

Kalau tak caya boleh ler try test sendiri...

No comments:

Post a Comment