Wednesday, June 15, 2011

SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK???

Aiseyman, kak melur Cik kak try wat sinopsis cite ni...disebabkan Cik Kak adalah Die Hard Fan (kipas Susah mati)keh3... pada siri Novel Asst akak tuh  dan Hilmanku( isk3) ni i try my best la kak...I bukanlah romantik sangat sebab saya ni jenis brutal...tapi apa nak buat se brutal-brutal saya pun, saya tengok gak cite hindustan dan nangis2( hwa huhuhuhuhuhu) maklumlah dalam hati ada tamanAnimated Gifs dan air terjun sertaAnimated Gifs  ikan-ikan....so layan jangan tak layan ek....

saya suka gambar ni dan curik kat kak melur  jgn mare der...

Graphics


Kisah percintaan seorang gadis cantik bernama Puteri Intan Zulaikha seorang yang keras hati dan tidak mudah percaya dengan lelaki. Tanpa disedarinya ada seorang jejaka berketurunan cina yang telah memeluk agama Islam bernama Muhammad Hilman Yong telah lama menyukainya. Pelbagai insiden yang berlaku ketika detik-detik awal pertemuan pertama dan sehinggalah Hilman meluahkan isi hatinya Awak suka saya tak kepada Intan.

Namun kerana keegooan,  Intan telah  menidakkan perasaannya kepada Hilman.
Selepas menyedari kesilapannya,  akhirnya Intan mengakui perasaannya kepada Hilman disebuah majlis pernikahan .Selepas itu mereka terpisah dan membawa haluan masing. Dan kemudian bertemu kembali dalam situasi yang tidak disangka-sangka selepas 3 tahun.


Segala salah sangka Intan selama ini kepada Hilman akhirnya terluah juga. Mereka berdua akhirnya bersetuju dan  mengikat janji bahagia untuk hidup  bersama menanti hari untuk disatukan dan bergelar suami isteri. Sayang manusia hanya mampu merancang dan Allah yang berhak menentukan segalanya. Sekali lagi Puteri Intan Zulaikha kehilangan Hilman disaat hari bahagia mereka. Mengapa dan kenapa?? Adakah mereka ada jodoh atau sebaliknya...Sama-sama kita teruskan misi membaca…
Animated Gifs

No comments:

Post a Comment