Monday, December 19, 2011
PEMERDAGANGAN MANUSIA
Apsal tetiba aku pilih tajuk kat atas tuh??
Sebenornya saja jer pilih isu ni sebab per tau, malam tadi aku sempat ler singgah ke Pasar malam kat area aku ni hah, nak beli Nasi Ayam Berempah utk laki kesayangan aku tuh.
Apa yang aku peratikan malam tadi ialah pengemis-pengemis yang semakin ramai pulak kat sini. Sebelum ni yang biasa aku tengok ialah orang buta jer tapi malam tadi, dengan pengemis yang berbagai-bagai rupa, dari yang lelaki dan perempuan yang memang dah tak de upaya, dan termasuklah sorang budak sekitar usia 5-6 tahun yang tak boleh berjalan dan tangannya mengalami kecacatan.
Kalau tengok orang tua tu, aku ni tak berapa sedih sangat, tapi bila tengok budak kecik tu alamak aiii memang sedih la dengan keadaannya yang tak berapa upaya tu, kesian la dan aku hulurkan juga sumbangan yang tak seberapa banyak. Dalam hati dok terpikir mana la budak ni tinggal, sapa la punyer anak agaknyer, ni mana punya la puak kejam dah angkut dia dan jadikan dia pengemis. Kesian sangat2.
Dah tentu-tentu ada sindiket-sindiket tertentu yang telah mempergunakan mereka. Semoga Allah menyelamatkan mereka dari kekejaman manusia-manusia puaka. Dahla bersusah payah dipaksa mengemis hasilnya belom tentu lagi mereka dapat, kalau tak dapat dah tentu2 kene pukul, seksa lagi (hissssshhh macam dalam cite drama2 tu la, aku pun dah terpengaruh gak ) tapi itulah realitinya harini.
Isu pemerdagangan manusia sememangnya amat menyedihkan. Mereka yang terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia ini sangat kejam sehingga sanggup mempergunakan kanak-kanak, orang tua untuk mengisi poket mereka sendiri. Bukan setakat menjual, malah mereka sanggup melakukan apa saja demi duit.
Apa pendapat korang, bagaimana kita dapat membantu kerajaan menangani bersama isu seperti ini dari berterusan. Jangan lupa komen tau...
No comments:
Post a Comment