Lamanya xbukak blog ni. Mcmn nk bukak urus diri sdiri pon xlarat. Ragam mengandung kali ni luarbiasa dr yg sebelum hingga memaksa ambil cuti tanpa gaji 2bulan.
Apa tidaknya masuk bulan ke2 aku dah mula lemah xbermaya, alah pada bauan, makanan, org sekeliling malah pada aktiviti kerja seharian pun terganggu. Memang teruk sangat. Balik kerja terus terlepek tak bermaya. Makan minum pun tak lalu. Kerja2 rumah tak terbuat sampai encik suami membebel.
Bila tengok hari demi hari bininya makin tak bermaya dan banyak terperuk di bilik air sambil menanges encik suami jadi kesian. Pandai dia memujukku kuatkn semangat dn byk2 bersabar. Hakikatnya Allah saja yg tahu perasaan kali ni. Jiwaku jd terlalu sensitif. Mudah sgt menangis. Dek kerana mc dah abes ku kerjakan dan xpunya pilihan lain jalan terbaek amik cuti tanpa gaji dan berehat panjang dirumah.
Berat badan terakhir turun mendadak dalam sebulan. Apatidaknya, taklalu mkn dan hanya bergantung pada biskut kering, air kosong, shake sebagai makanan. Nasi mmg xmkn dlm sebulan. Selepas usia kandungan masuk 11minggu pun masih mcm tu seorang kawan lama bg satu pek double stemcell utk aku cuba. Mula2 aku tolak tp lepas dipujuk aku pun mencuba. Hasil nye 3hari aku makan stemcell ni rasa mual mula kurang. Selepas seminggu rasa selera nk mkn mula ada. Alhamdulillahhhh. Tekak yg sebelum ni rasa tawar hambar dah boleh menjamah sekurang2 nya sedikit makanan untuk lebih bertenaga. Lepas habes sebungkus stemcell tersebut baru sambung semula minum shake yg seblom ni terganggu.
Bagi orang yg takpernah mabuk2 mcm aku ni mungkin ada yg kata mengada2. Tapi percayalah kalau korang alami mcmn yang aku rasa mungkin barula korang akan faham. Bersyukurlah banyak2 pada Allah sebab tak rasa pengalaman tersebut. Tiap kali mgandung tiapkali tu la mabuk. Risiko yg aku ambil utk lahirkn zuriat. Memang dah xlarat nak mengandung lgi lepas ni.
Moga anak dalam kandungan sihat dilindungi Allah.
No comments:
Post a Comment