Monday, March 7, 2011

AKU DAN INTERNET





Sebenarnya aku sangat sukakan internet...sangat2 suka sekali....Dengan internet yang jauh jadi dekat dan yang susah jadi senang. Lain orang lain pandangan tapi bagi aku , itulah kemudahan yang aku gunakan sejak 10 tahun yang lalu. Dengan kehadiran internet tak yah susah-susah drive ke bank waktu tghari semata-mata untuk deposit duit tunai ke akaun bank, buat pindahan duit, bayar bil-bil air,bayar kad kredit, telefon, api, cukai tanah, cukai taksiran hatta beli prepaid pun pada bila-bila masa dan di mana-mana saja. KEmudahan sudah ada jadi gunakan lah...Alasan susah, tak pandai guna, leceh, dan lain-lain hanya alasan kepada orang yang malas belajar dan buta IT.
Lihat saja bagaimana penggunaan telefon bimbit pada satu ketika dulu, semua kata membebankanlah, mahal lah dan lain-lain (ayat2 yang stereotaip). Tapi sekarang ni mereka jugalah yang sanggup keluar duit beribu ringgit semata-mata nak dapatkan Iphone atau Hp terkini di pasaran (bukan reti sangat guna pun) tapi untuk menunjuk-nunjuk yang ramai pun.
Bukan niat nak mengata sesapa tetapi sekadar pandangan aku saja tak suka takper bukan kene jual pun kannnn....Dalam dunia harini sekiranya kita tak reti nak merebut peluang yang ada didepan mata sangat2lah merugikan kerana zaman semakin  hari semakin berubah teknologi menjadi semakin canggih. Dengan adanya teknologi yang bagus tapi kita tak pandai guna juga amat merugikan. Jadi belajarlah dapat menjimatkan kos dari sedi masa dan tenaga. Tak perlu berpusu-pusu ke bank2, kaunter2 pejabat pos, untuk membuat bayaran yang boleh dilakukan di internet. Jika tak tahu belajarlah dari mereka yang tahu. Malu bertanya sesat jalan tau.....

2 comments: