Tuesday, March 8, 2011
MENGANDUNG LUAR NIKAH
Tajuk atas tu tengok cam ngeri sekejap kan.... Kenapa la sekarang ni perkara sebegini semakin harisemakin menjadi-jadi. Kasihan dengan budak-budak ni sebenarnya takde tempat nak mengadu selepas pakwe-pakwe yang tak berguna sesen pun dah lari tinggalkan korang. Tak guna nakmenyalahkan sesiapa atau nak tunding jari kat sesiapa pokok pangkal didikan dan asuhan dari ibubapa adalah penting. Kebanyakan yang cik kak tengok skang ni mentang-mentang anak-anak dah besar pergaulan anak-anak tidak dipantau. Biarkan anak-anak keluar sesuka hati dengan kawan-kawan yang mereka sendiri tak kenal. Seeloknya pantau lah anak-anak kita tu walau kemana mereka pegi jangan dibiarkan walauapun mereka dah menginjak dewasa. Cik kak faham naluri anak remaja sekarang terutama anak gadis mereka mudah terpengaruh dan terikut-ikut kawan-kawan. Cik kak pun pernah jadi remaja jugak. Memang betul masa remaja ni anak-anak sedikit memberontak bila masuk bab kawan-kawan ni....dan pandai dah cari pakwe. Kalau setakat rakan-rakan sekolah tu masih boleh diterima lagi asalkan mereka tahu batas susila yang harus dijaga. Adab berkawan lelaki dan juga perempuan. Biasa la Allah jadikan Lelaki dan Perempuan masing-masing tentunya akan saling tertarik. Ini adalah normal. Naluri seorang anak remaja biasanya mereka teringin untuk mencuba sesuatu yang dilarang dan disinilah sebagai ibubapa, kita harus menekankan pendidikan agama dalam jiwa anak-anak sedari mereka kecil. Beritahu dan jelaskan mengapa agama melarang pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan akibat sekiranya mereka melanggar larangan tersebut.
Bagi anak-anak gadis dibawah umur sekiranya anda telah melakukan perbuatan yang tidak bermoral masih belum terlewat untuk membetulkan keadaan. Sekiranya takut untuk berterus terang dengan ibubapa jumpalah guru kaunseling disekolah anda yang boleh membimbing anda. Bincangkan masalah anda. Sekiranya anda mengandung jangan sesekali mengugurkan kandungan atau membuangnya setelah dilahirkan. Anda harus berani bertanggungjawab dengan apa yang anda lakukan bukankah Allah itu Maha Pengampun. Jangan sesekali mengambil jalan singkat membunuh diri dan lain-lain jalan gelap yang hanya menambahkan dosa.
Muda cuma sekali, hidup pun hanya sekali
usah dibazirkan hidupmu yang sekali itu dengan mengadai diri
hanya kerana janji-janji manis seorang lelaki
yang kita tak pasti
Dalam dunia ini
ada banyak lagi yang harus kau pelajari
dan kecapi
Ibu dan Ayah menanti dan mengharap
anak yang dikandung dan dibesarkan
berjaya didunia dan akhirat
jangan sesekali
tergoda akan janji-janji
yang belum pasti
Hidupmu pasti kan lebih
bahagia dengan doa restu
ibu dan ayah
cinta boleh dicari
tapi kasih ibu dan ayah
sampai ke syurga
adalah pasti...
No comments:
Post a Comment