CARIAN ANDA

Wednesday, April 27, 2011

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَ...لَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya
.

Tuesday, April 26, 2011

S.P.I.E.S oh spies


Spies ni takde kene ngene ngan spicegirl atau apa-apa pun yang berkaitan ngan spy menyepai...
Maapla  dah lama nak hapdate cite ni tapi tak sempat2 la sebab takde gambo. Baru ni hari berkesempatan mencuri masa nak masukkan. Pada 4 april hingga 5 April yang lepas Cik Kak gi kursus S.p.i.e.s selama 2 hari 1 malam di Beranang. Jadi badan pun tak sihat sangat masih demam lagi nih tak larat nak makan, wat keje pun lemau jer.

Sehari selepas balik dari kursu plak apply cuti  emengency sehari sebab anak kecik tak sihat dia demam jugak tapi alhamdulillah dah okeh dah tuh sebab panas dah kurang dan dah hepi2 skang nih...yak pernah2 berenggang ngan mama dia alih-alih mama takde 1hari kesian dia.

Hah Amende kursus Spies tu hah tu la kursus motivasi yang semua warganegara Selangor kene pegi. Dikendalikan oleh Fitrah Power Resources memang la mantap. Sayangnya kursus ni sekejap benor.Tak dan nak panas punggung dok kat kerusi dalam Dewan tu hah. Kursus ini turut dihadiri oleh kakitangan dari Majlis Perbandaran Kajang, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Pejabat Daerah Hulu Selangor dan Majlis Daerah Hulu Selangor.

Seramai 150 orang yang terdiri daripada kakitangan kumpulan Sokongan kumpulan C dan D.Kebanyakan yang pergi pun ada gak lah yang dah nak pencen, tapi memang happening abis la pakcik dan mokcik2 semua.

Makan ?? Memang la sedap hatta cekodok sekalipun abies licin kitorang kejekan siap tunggu pokcik kantin goreng lagi....hahahah jangan marah pok cik kantin...

hah kat sini line jap ada jap takde cam biskut kalao nak line clear panjat atas bumbung la

kolam tu sapa nak berendam sila lah
nak bina lagi tu asrama la kot


haah ni la bilik orang pompuan kat belah atas dan katil saya di bahagian atas
para hensemwan dan jelitawan sedang memperagakan senyuman ...nak balik la tuh
tu baru sikit tu layan gambor lain plak jommmm zassss...ntah bile lagi la merasa pegi kursus yang pening dan happening camnih...

blur plak gambor ni
cafe
nak makan tengahri masing2 cam org kebuluran ni
hah dayung sambil nyanyi lagu air pasang dalam
tarik jangan tak tarik kak oii
uncle sempat bagi pose kontrol hensem

uncle tengok Cik kak manjat apsal uncle tak caye ke??






bungkus telur pulak pakai tali
hah amik kesempatan mandi manda plak diorang ni
cik kak fasili dan abg fasili yg hensem dan jelita nak umum pemenang

Monday, April 25, 2011

ANAK HILANG

Tengahari tadi Cik Kak keluar sekejap gi beli-belah barangan dapor kat kedai. Tensen betol 2-3 kedai Cik Kak masuk semuanya kehabisan bekalan sus tepung nespray. Takde stok katanya. Apalagi tuko jenama lagi la. Malas la nak keluar masuk kedai banyak-banyak kali penat den ni hah.

Tengah dok terpikir-pikir dalam kereta nak gi kedai mana lagi pasni,  Cik Kak terpandang lah seorang wanita yang sedang menangis-nangis kat kedai sebelah, pastu ada 2 gadis yang jaga kedai sebelah dok la merelaxkan wanita ni.
Apa hal la agaknya tuh?
Cik kak pun keluar la dari kete mendapatkan 2 gadis tuh.

"Nape ni dik?"
"Anak akak ni hilang"
Macam nak tercabut jantung Cik Kak dengor. Cik Kak pun nyibuk tanya lagi.

" Umor berapa? Lelaki ke pompuan dik? "
"Lelaki. 3 tahun umornya"
"Dah cari dekat-dekat semua kedai deret ni ke?"
"Dah kak. Tadi budak kedai speedmart tu kata ada perempuan bawak budak tu naik kereta, dia bagi no phone sekali"
" Dah cuba call ke?"
"Dah tapi tak angkat2 pun" kata gadis tadi.

Adui...kes2 camni buat Cik Kak sakit jantung kalau dengar. Selalu tu tengok dalam tv je kali ni secara live depan mata. Cik Kak suruh dorang cari lekas dan report polis sekali tapi mak budak tu tak nak buat pulak sebab dia kata dia bukan orang sini. Tak kisahlah tu ko orang mana pun tapi kes anak ni pergila buat report polis. Takkan nak tunggu budak hilang 24jam baru nak cari.

Kes anak ni jangan dibuat main la walau hilang sekejap pun dalam masa 24jam tu macam-macam boleh jadi.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts