Salam semua.
Malam tadi sempat gak la layan 8tv sebelum tido, mula-mula malas nak tgk sebenarnya, lebih kepada acara melipat kain baju yang berlonggokan dah berbakul tu sebenarnya. Disebabkan dilanda kemengantukan dan nak bagi mata segar tu la sebab yg layankan gak tgk 8TV.
Ashley Banjos Secret Street Crew jam 10malam. Sebuah kisah realiti yang agak jarang-jarang mak tengok sebenarnya, maklumlah citarasa mak ni agak variety sikit.
( ecece *o*).
Apa yang best? Best jugak, sebab cerita-cerita macam ni ada gak pengajaran yang positif diselitkan, walaupun kebaratan, yang tak elok jangan di ikut kita ikut yang baik-baik saja yer.
Kisah realiti yang dipaparkan ni, Ashley Banjos seorang penari profesional mencari dan melatih sekumpulan orang untuk dijadikan penari.
Siapa itu Ashley Banjos??
Jeng jeng jeng
Siapa Ashley Banjos Sabariah?? Dia penari mak!! |
Selit skit profail dia, nak lebih gi bukak gogel
Dilahirkan di Leytonstone,London
2009 memenangi the third series of Britain's Got Talent
Dancer, television presenter,actor
Inilah makcik-makcik itu.....sungguh tidak disangka-sangka i can hip hop u know...ko boleh ke? |
Peserta yang dipilih oleh Ashley memang sekumpulan makcik-makcik (macam mak ni hah) terdiri daripada pelbagai rupa dan bentuk badan, kebolehan, latar belakang yang kerja mereka takde kena mengena langsung ngan tarian ni. Baginya usia dan latar belakang bukanlah suatu penghalang. Tapi Ashley percaya DENGAN USAH, DEDIKASI MENTAL, FIZIKAL YANG GIGIH pasti Berjaya. Kata-kata semangat tak pernah lekang dari bibirnya.
Pertama kali Ashley berjumpa dengan krew-krew penarinya dia sangat ramah, sangat profesional, sangat memberikan galakan, pujian untuk memberikan mereka semangat dan motivasi agar mereka percaya dan yakin dengan diri sendiri. Walau ada di antara mereka berasa tidak yakin tetapi dia tetap mengatakan "saya tahu awak mampu lakukannya. "
Tak sangka sebenarnya, atau akukah yang berfikiran kuno, masih diceruk kmpung? Seorang anakmuda yang pada pandangan mak la sangat berpandangan jauh, dia merasakan semua orang mampu atau sesiapa pun boleh. Asalkan mereka diberi bimbingan, latihan, galakan, pendedahan.
Dari sudut positifnya sangat memberikan sesuatu yang terkesan dihati saya. Dimana dia yakin dengan kebolehan orang lain, sedangkan orang itu dia tak kenal. Dia juga bijak memberikan perangsang dan menyakinkan orang itu agar mereka yakin dengan diri sendiri.
Kerana itu juga kita selalu diingatkan agar sentiasa BERSANGKA BAIK.
See my point? Turning pointnya, maksud Bersangka baik pada setiap apa jua cabaran, kejadian, musibah, apa saja yang Allah berikan turunkan pada kita sebagai ujian di dunia ini. Kalau kita marah dengan apa yang terjadi disekeliling kita, diri kita, sebenarnya pada siapa yang kita marah? Takpe kalau baru skang kita nak faham sebab mak sendiri pun baru je paham. Bukan tak faham tapi kita kurang jelas pada sesetengah perkara dan malas untuk berfikir.
Kadangkala (selalunya) aku suka berfikiran songsang (jangan salah apaham ek ) negatif atau rasa orang tu kurang bagus, orang ni tak berapa ok, dan macam-macam negatif thinking yang kadangkala masuk dalam otak. Buat apa kita nak fokus pada keburukan orang, lebih bagus kita tengok kebaikan orang tu atau kan ke elok fokus kat diri sendiri dulu. Ubah diri sendiri dulu. Fokus untuk ubah sikap-sikap negatif dalam diri untuk memperbaiki diri kita jadi lebih baik dari hari ke hari. Pedulikan pandangan orang lain, yang nak berubah diri kita bukan orang lain. Bukan mudah dah ubah diri sendiri sebenarnya apatah lagi nak ubah orang lain.Mulakan dari sekarang, jangan tunggu-tunggu lagi.Nak ubah orang lain tu boleh tapi jika kena gaya dan cara tiada yang mustahil.
Kata-kata juga memainkan peranan. Odit balik apa yang kita cakap kat orang tanpa kita sedar atau tidak sebenarnya memberikan pengaruh kepada orang lain. Betul tak? Kenapa?
Gile ke apa, kalau ko puji orang mesti orang suka, senyum sengeh jer sehari suntuk. Cuba kalau kena maki hamun, kena marah herdik, perli mesti orang ingat sampai bila-bila la. Sebab tu la sebelum kita berkata-kata kena fikir dulu, jangan main belasah jer. Kot ada yang terasa hati. Tu yang boleh buat orang lain rasa rendah diri, down, stress, dan macam-macam lagi. Kalau bgi kata-kata perangsang yang boleh buat orang lain rasa bersemangat kan bagus. Dapat gak pahala yer tak?
Panjang lebor plak menceceh arini. Lain kali sambung lagi ek..k bai...