Salam sayang untuk sahabat blogger semua terima kasih banyak2 kerana sudi menjengah ke Blog saya yang tak seberapa nih. Minggu lepas Cik Kak dikejutkan dengan berita kehilangan seorang sahabat akibat kemalangan jalanraya. Al fatihah khas untuk Sahnizam Mohamad Soad.
Alhamdulillah, dengan kecanggihan teknologi masakini kita dapat menyebarkan maklumat dikalangan sahabat handai kita tak kira dekat atau jauh. Dengan Facebook segala cerita tentang kawan-kawan dekat atau jauh dapat disampaikan.
Begitulah ceritanya tentang bagusnya teknologi harini.Yang bertahun-tahun tidak bersua akhirnya bersua Di muka buku ini. Begitulah ceritanya tentang teknologi baik yang dapat dimanfaatkan bersama. Harap segala ilmu yang baik dapat disebarkan dan kita sama-sama dapat rahmat dari Allah kerana menyampaikan sesuatu yang berguna kepada semua orang.
Jangan pula kita gunakan media ini untuk mencemuh orang lain, bergosip-gosip, mencemarkan nama orang lain di muka buku, seperti yang kita saksikan dikaca-kaca tv artis bergaduh sesama sendiri. Dipanjang-panjangkan dan disampai-sampaikan. Masing-masing dengan rasa bongkak masing-masing. Benarlah dunia ini terlalu hina untuk ditangisi dan diratapi.