CARIAN ANDA

Wednesday, March 16, 2011

CUTI SEKOLAH

MySpace

Hai semua bloggers diluar sana apa khabar cik kak harap semuanya sihat-sihat aje...Cik kak tak berapa sehat la...demam-demam. Ni  hari baru Cik Kak sihat sikit dan gi kerja. Batuk-batuk masih bermaharajalela sampai sempot dibuatnyer...

MySpace

Cuti 2 hari termasuk sabtu ahad tadi genap 4 hari la cik kak cuti. Dok umah ni pun bukan dapat rehat sangat pun dengan kerenah anak-anak cik kak yang tengah melasak sakan tuh...hilang gak separuh sabar dibuatnya....huhuhuhuhuhu..terjerit-jerit ngalahkan tarzan sampai suara pun dah serak2.....Anak Cik Kak baru 2 orang.. lelaki plak tu apalagi pakat dok punggah rumah la jawabnyer...ada2 jer pakatan rakyat yang dibuat 2 beradik nih....huhuhuhuh kesian kat mama la sayang oiiii ...nak suruh tidor jangan harap la.....yang abangnya boleh wat derkkk jer....tunggu malam la mama ni siang lagi la....huhuuhh ayat2...menikam kalbu...yang kecik plak tak padan ngan kecik main cam orang besor...tak moh kalah ngan abang la tuh...


MySpace

Yang abang umur 6 tahun adiknyer 1tahun3bulan. Huiii maknye tengah demam memang tak larat aku nak buat pape pun korang wat la apa korang suka yer anak-anak...





mama rehat jap yer...

MySpace

1 comment:

Anonymous said...

hahaha teringat 2 org anak sy. Mcmni la..sebijik sg2..ibunya tgh demam, tak larat. situ la juga dorang buat segala mcm benda..sabo jer la..huhu

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts