KECEWAKAH KITA
gambar akak pinjam kat blog nih...tq yer..muahhh http://faizalfredley.com/2011/03/25/gadis-terjunbangunankb-mall/ |
Frust, Kecewa..merana...sedih...sedih..sapa la yang tak pernah merasa kecewa, dikecewakan, mengecewakan, terkecewa...merana... macam cik kak la kecewa kerana terdelete bloglist arituh..menyebabkan cik kak terlebih selera makan ...selalu makan sehari 4 kali sehari kali ni naik mendadak kepada 6 kali sehari...begitulah caranya cik kak mengubati hati yang duka lara, kecewa ...(cam hapa-hapa tah).
Yang lagi sedih bila baca cite bab-bab kecewa tak lulus exam, kecewa ngan pakwe ada aweks lain, kecewa itu, kecewa ini...(berapa banyak kecewa da)!
Sebagai makhluk Allah yang normal perasaan kecewa tu adalah anugerah tuhan dan semestinya kita sebagai manusia yang ada akal fikiran yang waras ni hendaklah bijak mengawal perasaan kita, jangan terlalu mengikut perasaan sehingga sanggup hendak menggadai nyawa sendiri (kan ke bangang tuh). Buat apa nak kecewa frust gila-gila khinzir kalau exam tak lulus kan boleh repeat lagi sekali, atau pakwe tinggalkan kerana aweks lain ....
halooo jantan (LELAKI) bukan sorang dalam dunia ni dek non oii, (ashraf muslim tu single lagi ko ngorat la...)
Sebagai kengkawan, mak bapak, kakak, abang, sepupu, jiran tetangga, ketua kampung, ketua kerani,
kalau ternampak kengkawan, anak-anak, adik, anak buah korang macam mood kecewa ni pandai-pandailah
layan dorang ni hati tengah sedih cuba-cubalah bagi nasihat yang bernas yer, jangan marah-marah plak.
Ni Cik Kak nak nasihat kat anak-anak gadis diluar sana yer, korang tolonglah jangan menjatuhkan martabat kaum wanita ni yer, jangan jadikan alasan kerana lelaki korang sanggup buat apa saja untuk dorang cuba tanya diri sendiri apa yang lelaki ni sanggup buat utk korang kalau betul2 cinta la kan...ini nak suruh korang plak tunjuk bukti plak (ni semua trick lama korang jgn mudah nak percaya dah ni semua...tahyul... )kalau betul pakwe2 korang syok cinta kat korang mende senang ialah suruh dorang tu jumpa mak bapak korang kat situ kita nak uji sejauh mana dia betul2 ikhlas nak berkawan ngan kita....(ini nak makan pun asik2 kita belanja boleh bla la)
hah bagi para jejaka2 idaman malaya plak tolonglah lindungi kami kaum wanita yang lemah tolonglah jangan amik kesempatan ke atas kelemahan wanita, tolonglah jangan memujuk rayu mereka sehingga terjebak ke kancah yang tidak sihat lagi berdosa...okeh itu aja Cik kak nak bebel setakat arinih. toloong jangan menyampah ngan cik kak yeh...
1 comment:
yeay btuil..
laki bukan sorg..
campu sy ada ler dua org..
kalu yg sorg x guna..boleh pilih sya..
berguna:)
Post a Comment