Pagi ni Cik Kak nak kongsi cerita tentang perbankan Maybank2u. Semalam Cik kak cuba masuk ke website Maybank2u tapi tak boleh plak. Rupanya dorang tengah upgrade sistem . Makin canggih sistem keselamatan Maybank2u ni.
Setakat nak transfer duit atau bayar bil boleh buat bila-bila masa jer dengan internet banking. Dan Cik Kak rasa ramai juga yang masih takut-takut nak guna perkhidmatan bank secara online ni kan.... Jangan takut la, senang jer kalau tak tau boleh belajar, macam Cik Kak sebelum ni pun tak pandai guna tapi bila dah pandai guna alhamdulillah sememangnya sangat2 memudahkan segala urusan Cik Kak.
Selain Maybank Cik Kak turut menggunakan Bank Islam Internet Banking dan Bank Rakyat Internet Banking. Setakat ini Cik Kak sangat-sangat puas hati.. yang tak puashati bila line internet teruk tu je la...hangin satu badan la...hehehehehe
Pastikan anda menggunakan hanya link maybank2u. Anda boleh search di google atau terus taip website tersebut, bukannya klik link dari mana2 email okeh..Sebab sekarang ni ada banyak kes penipuan melalui email. Adalah diingatkan sekiranya anda menggunakan link2 melalui email berkemungkinan besar anda menggunakan laman web palsu.So hati-hati...
Kemudian yang terbaru nih pihak maybank masukkan ciri2 keselamatan lain iaitu mengenal pasti 1 imej yang kita pilih bersama satu kata rahsia hanya empunya diri saja yang tahu ini adalah untuk mengenal pasti samada itu adalah laman website maybank yang sebenarnya. bagus juga kan.
Jika tidak ada imej tersebut maka kemungkinan website tersebut bukan website sebenar maybank2u, maka jangan masukkan pasword. Jika imej tersebut keluar dan betul seperti yang anda pilih barulah boleh masukkan pasword anda. Atas sebab-sebab keselamatan Cik Kak dah padamkan gambarnya yer....hehehehehe
1 peringatan kepada semua bahawa pihak maybank tak pernah sesekali menghantar apa-apa email ke email kita atau call kita...sekiranya ada apa-apa notis pihak maybank akan menghantar ke dalam inbox akaun maybank seperti didalam gambar ini yer... segala pemberitahuan atau apa-apa notis akan dihantar hanya melalui surat official dari pihak maybank sendiri.
Kalau ada yang dapat melalui email tu semua tipu belaka . So berhati-hati okeh. Kang tak pasal-pasal abis duit kita. Oh tidak.... Ni semua kerja penyamun cyber.
Ni paling penting setelah selesai dengan urusan perbankan internet sila pastikan anda clear cache. Apa mende??
Hehehehe sebetulnya Cik Kak tak pandai sgt apa mende nyer tapi lebih kurang camnih la setiap kali selesai melakukan apa-apa transaksi kemungkinan username dan pasword tadi telah direkod dalam sistem internet di pc yang anda gunakan jadi untuk keselamatan pastikan anda clear recent history.
Apatah lagi jika anda menggunakan pc di ofis atau di cyber cafe.oKEh diharap entri ini dapat membantu anda...bye bye...
No comments:
Post a Comment