Hah, ada sesapa yang selalu hilang fokus? Macam mak ni kekadang mudah no hilang arah ketika banyak sangat perkara nak dibuat. Mana satu plak mak nak kene buat ni dahnyer aku tak buat langsung...hehehehe...boleh camtuh...
Kekadang susah sangat nak bagi perhatian pada sesuatu perkara yang kita nak buat contohnyer kalau bab-bab study-study ni, pastu dengan kerja rumah lagi dan lain-lain masalah negara yang melanda....(huhuhuhuh) kalah PM ko.
Pentingnyer kita FOKUS pada setiap perkara yang kita lakukan, sebabnya kalau kita tak fokus pada sesuatu yang kita buat, tu yang jadi tak siap dan terbengkalai. “Fokus menjayakan satu perkara adalah lebih baik daripada melakukan semua perkara, tetapi langsung tidak membawakan sebarang hasil.”
Perasan tak bila kita menghadapi situasi di mana kita melengahkan sesuatu perkara, walaupun hakikatnya kita sedar tentang pentingnya untuk perkara itu diselesaikan dengan segera.
Masalah ini berlaku bukan berlandaskan kemalasan sahaja. Ia juga diakibatkan oleh kurangnya latihan fokus dalam kehidupan. Ramai yang kecundang dalam hidup kerana fokus kehidupannya ke arah yang salah.
Sebagai contoh, manusia lebih selesa fokus pada kegagalan berbanding kejayaan. Manusia juga lebih selesa fokus pada ketakutan berbanding keberanian. Sedangkan kita tahu, kita mempunyai pilihan untuk fokus (ceh ayat dah sah2 kopi pes) kikikiki......
Read more: http://aqifazizan.com/bagaimana-untuk-fokus-hidup-lebih-bahagia-kaya-dan-diberkati#ixzz1wQpk44gG

Belek-belek dari blog ke blog terjumpa satu blog yang memberikan beberapa panduan bagaimana nak Fokus pada sesuatu kerja tuh. So mak nak kongsi ngan geng semua... Banyak tip-tips yang berguna kat dalam blog ni yang boleh kita jadikan panduan.
Teknik memberi Tumpuan
Semalam saya didatangi oleh beberapa orang pelajar dari kelas lain. Mereka ingin belajar teknik belajar di musim peperiksaan yang seringkali saya jelaskan teknik ini di awal semester pada pelajar kelas saya. Teknik yang ringkas tetapi inshaAllah mampu memberikan fokus kepada pelajar ketika belajar. Tidak kira samada belajar atau membuat penyelidikan juga ketika membuat kerja harian termasuk suri rumah juga boleh menggunakannya.
Masalah utama ketika menerima beban kerja adalah fikiran yang bercelaru dengan tugasan yang agak banyak. Ketika kita melakukan satu kerja, kita akan terfikir juga kerja yang lain. Ketika sedang belajar, teringat ada kerja lain yang belum selesai. Ketika sedang belajar satu subjek tertentu, fikiran masih membimbangkan diri dengan subjek lain yang belum dibuat ulangkaji. Ketika seseorang pelajar PhD membuat penyelidikan, fikiran memikirkan hal lain yang belum selesai.
Kecelaruan ini membuat kita tidak dapat fokus dengan kerja yang sedang kita lakukan. Akhirnya ia boleh menyebabkan tekanan pada diri kita.
***
Tiada rahsia untuk menyelesaikan masalah ini. Setiap hari seharusnya kita perlu merancang apa yang kita akan lakukan pada hari itu. Tidak perlu terperinci tetapi sekurang-kurangnya ada perancangan. Perancangan yang dimaksudkan adalah dengan memberikan waktu pada setiap kerja yang kita lakukan dan yang terpenting adalah mesti berada di dalam keadaan ”living at the present’‘ ketika melakukan kerja.

Sebagai seorang suri rumah, perancangan seperti untuk mengemas bahagian rumah yang mana dulu juga perlu dirancang. Apa yang perlu dibuat dahulu dan perlu ada target masa yang diperlukan. Dengan adanya ‘allocation’ masa untuk setiap apa yang kita lakukan, maka amat mudah untuk kita berada di dalam keadaan ‘living at the present’.
Sebagai seorang pelajar, apabila terdapat ‘allocation’ masa untuk belajar topik-topik tertentu akan membuatkan mereka mudah mencapai tahap ‘living at the present’. Begitu juga sebagai seorang pekerja.
***
Apakah yang dimaksudkan ‘allocation’ masa dan manafaatnya?
‘Allocation’ atau bahasa mudahnya bilakah kerja itu perlu dilakukan dan berapakan tempoh masa yang diberikan untuk sesuatu tugas itu mengikut keupayaan diri sendiri. Kita tidak perlu memberikan ‘allocation’ masa yang membebankan kita.

Kita sendiri tahu keupayaan diri masing-masing lalu peruntukan masa untuk ‘allocation’ itu. ‘Allocation’ masa juga dipengaruhi oleh perkara-perkara lain seperti contoh bagi mereka yang bekerja, tarikh akhir laporan perlu disiapkan dan sebagainya merupakan perkara yang mempengaruhi ‘allocation’ masa. Bagi pelajar, tarikh peperiksaan akan mempengaruhi ‘allocation’ masa ini.
Caranya adalah dengan menyenaraikan semua kerja yang perlu dilakukan dan lakukan check list dengan memberikan berapa peratus kerja itu telah diselesaikan. Proses ini saya namakan indentifikasi.
Seorang pelajar perlu melakukan identifikisi untuk setiap topik bagi setiap subjek dan melakukan sejauh mana mereka tahu dan benar-benar faham topik tersebut. Benar-benar faham bermaksud mempunyai kebolehan menerangkan dengan baik topik tersebut dan mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan topik tersebut termasuk pengiraan dan sebagainya.
Ia juga perlu dilihat dari segi keutamaan subjek tersebut. Ia perlu disusun mengikut tarikh peperiksaan di mana tarikh awal diletakkan sebagai subjek yang mempunyai keutamaan yang tinggi (highest priority). Ini untuk memastikan kita tahu masa yang sesuai untuk diperuntukan bagi membuat ulangkaji topik tersebut.
Manafaatnya adalah kita tidak perlu memikirkan kerja kita yang lain ketika kita melakukan sesuatu kerja kerana setiap kerja kita telah diberikan ‘allocation’ masa.
Ketika sedang belajar topik A untuk subjek A, kita tidak perlu memikirkan topik B subjek A atau subjek yang lain kerana kita tahu setiap topik untuk semua subjek yang kita perlu belajar TELAH mempunyai ‘allocation’ masa sendiri yang kita rancangkan. Tidak perlu risau belum belajar atau tidak faham. Tidak faham adalah kerana belum sampai ke ‘allocation’ masa yang ditetapkan. Apabila masanya sampai, kita akan belajar topik berkenaan sehingga faham. Jadi kenapa perlu risau?
Begitu juga ketika suri rumah membuat kerja di rumah. Tidak perlu risau bahagian mana belum dikemas kerana setiap kerja kita telah diberi ‘allocation’ masa. Sampai sahaja masanya pasti kita akan mengemas bahagian yang telah kita tetapkan.
Begitu juga mereka yang bekerja. Tidak perlu memikirkan kerja yang lain ketika melakukan sesuatu kerja kerana kita telah memberikan ‘allocation’ masa untuk setiap kerja kita. Dengan cara ini kita bukan sahaja dapat menyiapkan kerja pada tempoh masa yang diberikan, kita juga dapat menumpukan sepenuhnya pada kerja yang kita lakukan. Hasilnya pasti lebih berkualiti.
***
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘living at the present’?
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘living at the present’?
Saya telah jelaskan sedikit di sini.
Ia bermakna kita fokus dengan apa yang kita lakukan. Kita juga sedar dengan apa yang kita lakukan. Segala fikiran dan jiwa kita hadir sama ketika melakukan kerja tersebut.
Ketika melakukan sesuatu kerja, kita hanya fikirkan kerja kita sahaja. Ketika kita sedang memasak di rumah sebagai contoh, kita tumpukan sahaja kepada memasak.
Ketika kita menyiapkan laporan di pejabat, kita fikirkan apa yang kita lakukan sahaja. Begitu juga dengan pelajar yang sedang belajar.
BEGITU JUGA DENGAN SOLAT. MELAKUKAN SOLAT DALAM KEADAAN ‘LIVING AT THE PRESENT’ MENJADIKAN KITA KHUSYUK DI DALAM SOLAT. Masalah tidak khusyuk adalah satu sahaja iaitu seringkali kita lupa diri kita ini bahawa kita sedang bersolat. Sedang solat, fikiran terbang entah ke mana. Kita tidak berada di dalam keadaan ‘Living at the present’.
Saya akan jelaskan dengan terperinci tentang khusyuk dalam solat di dalam artikel yang akan datang. Ia sebenarnya mudah sahaja untuk melakukannya. TIADA RAHSIA SEBENARNYA.
Saudara akan dapat menikmati solat dengan penuh rasa tenang dan seolah-olah segala masalah yang terbeban dihumban jauh entah ke mana. Solat yang mampu membuatkan diri kita lebih merendah diri yang merasakan benar-benar kehambaan. Solat yang mampu membuat kita menitiskan air mata tanpa disedari ke atas segala kesalahan yang kita lakukan. Akhirnya solat yang benar-benar memberikan kesan kepada diri kita.
Berada di dalam keadaan ‘living at the present’ membuatkan kita tidak akan mengingati kerja yang lain. Kita tidak bimbang dengan kerja lain. Lagi pun tidak perlu bimbang kerana BUKANKAH SETIAP KERJA SUDAH ADA ‘ALLOCATION’ MASA YANG TELAH DITETAPKAN?
***
Bagaimana mampu berada di ‘living at the present’?
Bagaimana mampu berada di ‘living at the present’?
Cara yang termudah adalah setiap apa yang kita lakukan kita berkomunikasi dengan Allah.
Sebagai contoh ketika sedang mengemas rumah:
“Ya Allah kotor nya rumah aku ni ya Allah. Aku nak sapu kemudian nak mop lah ya Allah. Boleh guna pencuci lantai yang aku beli semalam ni ya Allah.”
“Ya Allah kotor nya rumah aku ni ya Allah. Aku nak sapu kemudian nak mop lah ya Allah. Boleh guna pencuci lantai yang aku beli semalam ni ya Allah.”
Ketika bekerja:
“Ya Allah, laporan ni kena data dari Ahmad ni. Aku nak jumpa Ahmad kejaplah ya Allah. Mana Ahmad ni ya Allah. Tadi ada sini. Takpelah ya Allah. Nanti dia balik aku jumpa dia. Kau ingatkan aku nak jumpa dia ye ya Allah. Aku ni kuat lupa. Nanti tak siap kerja aku ya Allah. Tolong ye ya Allah”.

Ketika belajar:
“Ya Allah, macam ni cara untuk selesaikan soalan ni ye ya Allah. Terima kasih ya Allah sebab kasi aku faham macam mana nak selesaikan. Seronoknya ya Allah sebab aku dah tahu nak selesaikan kalau ada soalan macam ni. Yang ni macam mana pula ya Allah. Aku nak baca dulu lah ya Allah. Nanti Kau kasi aku faham ye ya Allah”.

MUNGKIN SAUDARA KATA SAYA GILA DAN SAUDARA AKAN MENJADI GILA MELAKUKAN SEDEMIKIAN BUKAN? Bercakap sorang-sorang. Saudara tidak perlu bercakap. Cukup sekadar di dalam hati.
Saya ingin bertanya, BUKANKAH SAUDARA AKAN MELAKUKAN ‘MIND CHAT’ JUGA KALAU TIDAK MELAKUKAN KOMUNIKASI DENGAN ALLAH?
Tidak perlu kita menipu diri kita dengan mengatakan tidak melakukan mind chat ketika kerja. Kita sentiasa berfikir ketika sedar. Dibuat kajian kita akan berfikir dengan cara mind chat lebih 80% daripada jumlah komunikasi setiap hari. ‘Mind Chat’ adakah komunikasi dengan diri sendiri. 20% adalah komunikasi dengan manusia lain samada kawan-kawan, keluarga dan lain-lain.
Daripada melakukan mind chat bukankah lebih baik berkomunikasi dengan Allah? Disamping kita fokus kita juga ingat Allah. Kita sedar dan sentiasa meminta bantuan Allah di dalam setiap hal kerja yang sedang kita lakukan. Kita minta izin dan redha Allah sepanjang kerja dan secara tak langsung kita sentiasa ingat Allah sepanjang kehidupan kita.
Perancangan dengan meletakkan ‘allocation’ masa pada setiap kerja kita dan juga sentiasa komunikasi dengan Allah mampu membuatkan kita fokus dengan apa yang kita lakukan. Ia akan memberikan hasil yang benar-benar kualiti disamping kita mendidik jiwa menjadi jiwa yang positif di dalam hidup berTuhan sebenar.
Apakah hidup berTuhan sebenar? Adalah kita bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa.
sumber dari:
No comments:
Post a Comment