CARIAN ANDA

Monday, June 18, 2012

FRESHMAN FATHER- FATHERS DAY MOVIE-


Sempena Hari Bapa, banyak gak program TV menayangkan cite-cite best termasuk la TV2. Sebab tak kemana-mana jadi mak pon layan Tv jer sambil lipat kain baju. hihihih...Cite ni best jugak... Meh layan sinopisis cite ni. Tersentuh perasaan masa isterinya nak tinggalkan dia, alasannya dia rasa macam baby nyer tak suker kan dia. Biasalah orang perempuan baru lepas bersalin merasa tertekan dengan rutin kehidupan hariannya. 

Mujurlah si John ni seorang bapa yg bertanggungjawab. Sanggup angkut anak masuk dewan exam. Dan profnyer turut menyanyikan lagu utk tidorkan babynyer... So sweet...


Thanks to PEREKACERITA...

SINOPSIS.

Kisah John yang masih remaja dan seorang pelajar namun pada usia 18 tahun, John juga telah menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dia kemudiannya bersendirian menjaga anaknya setelah isterinya yg masih muda tertekan dan meninggalkannya.




Motivasi mahu menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pengajian sekaligus membesarkan anaknya penuh perhatian dan kasih sayang membuatkan John nekad dan berusaha gigih mencapai cita-cita dan matlamatnya itu.
Filem ini berdasarkan kisah benar berlaku sekitar tahun 1970 pada diri John Wand, remaja berusia 18 tahun yang baru diterima memasuki Harvard apabila satu hari dia mendapat tahu teman wanitanya sewaktu di sekolah tinggi telah mengandungkan anaknya.

Kisah sebenar ini lalu diangkat dalam versi filem yang mengetengahkan watak John dilakonkan oleh Drew Seeley) dan Kathy (Britt Irvin) yang telah dinobatkan sebagai raja dan ratu pada satu majlis. John kemudiannya mendapat biasiswa penuh melanjutkan pengajian muzik ke Harvard dan menetap di Bandar Lowa. Ibu bapa mereka tidak mempunyai wang yang banyak tetapi kedua-dua remaja itu sendiri mempunyai masa depan yang cerah.


Kemudiannya sebelum musim panas berakhir, Kathy mengumumkan bahawa dia mengandung. Tanpa mempertimbangkan keputusan yang diambil, mereka terus berkahwin. Kathy bersama John Harvard berpindah ke perumahan kelamin bagi pelajar yang menuntut di situ. John menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan bekerja sambilan di kedai buku untuk menanggung keluarganya. Manakala Kathy pula diterima kerja sebagai juruwang bank. Kehidupan mereka ketika itu begitu sukar.

Sementara pelajar lain menikmati alam remaja , John dan Kathy pula sibuk di rumah menguruskan bayi mereka yang telah lahir yang diberi nama Adam yang setiap hari berterusan menangis. Sementara itu John mendapat gred D iaitu gred yang cukup diimpikan semua pelajar. Tetapi pensyarahnya menasihatkan John menggugurkan subjek utamanya.

Sementara itu, Kathy berdepan tekanan sebagai ibu muda yang kehidupan sehariannya terperap di rumah melayan bayinya yang menangis. Walaupun John begitu menyintai isteri dan anaknya, Kathy pula tewas pada tekanan dihadapinya dan mahu pulang ke rumah ibunya dan  meninggalkan John.
Situasi itu membuatkan John tidak lagi layak tinggal di rumah kelamin yang hanya layak diduduki pelajar berkahwin. John kemudiannya menyewa bilik di rumah seorang pakar psikologi, Dorothy yang banyak memberikannya sokongan dalam menyeimbangkan antara tanggungjawab sebagai seorang bapa dan juga pelajar.


Satu hari bayinya telah demam panas. John yang tidak memiliki kenderaan segera membalut bayinya dalam selimut dan berjalan dalam hujan pergi ke kedai ubat. Mujur bayinya dapat diselamatkan. John menguruskan dan menjaga anaknya sendirian selama empat tahun hingga akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian



gambo: copy google...tq google

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts