CARIAN ANDA

Wednesday, July 4, 2012

AYAM PANGGANG KE


Sebenarnya rasa teringin nak makan kat Kennys Rujers tu dah lama tapi tak kesampaian, olehkerana arini tak koje semangat untuk memasak berkobar-kobar apatah lagi semalam baru je dok belek2 buku resepi dan tengok blog-blog yang banyak buat ayam panggang ni. 

Biras mak dulu pun rajin buat pastu rajin panggil aku datang merasa makan dan sorang membe Shasha namanya pun suke memasak n kalau dia masak dia akan antor hasil masakannya ke rumah. Merasa la tekak masakan yang sedap2... 

Nak kata mak ikot memana resepi sangat tu idakla juga, sebab kebanyakkannya banyak rempah yang memang kat umah ni tak simpan. Jadi gaul jer ayam tu dengan serbuk kunyit, sos tiram, gula sikit, lada itam sikit, dengan bawang putih yang dah diblend. Perap dalam 2 jam pastu kite bakor2 sampai masak.

Brown sos (iyer ke) main gasak jer buatnye. Pakai sos tiram jer, letak lada itam sikit pastu pekatkan kuah pakai tepung gandum jer. kikiki punyalah malas nak cari tepung jagung.

Paling senang buat kentang lenyek ni rupenyer....rebus jer sampai masak, pastu lenyek2 letak 2sudu planta n susu sikit. Dah siap...memang sedap ler (kekekeke puji diri sendiri ) kakakakakaka.......Jadila kn nak makan satu famili. Tu pun mak je yg banyak makan.....hahahahhahaha.....Pasni nak masak lagi la.....

3 comments:

Unknown said...

nak jugak la.. boelh? xnk jemput ke mkn kat rumah tghari nie? hehehe

emma marini said...

sedapnya!, harus aku pun nak memanggan lah coti hujung minggu nih..mana bawang mak?

SABARINA said...

kikikiki...dah abes la...nnti kita wat lagi yer....bawang?? hahaha kali ni tk pakai bawang merah langsung....terlupa nk letak dah tak hengat bawang merah dah...ko memanggang jangan lupe banyak2 leh la ku dtg tumpang sekaki ...muahahah

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts