Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan
puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun
sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik
telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?
Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari
kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk
dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta
orang.
Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah
airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air
zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.
Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah
tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka
jumlahnya sudah 50 juta liter.
Keanehan Air Zam-Zam
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis
permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk
kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan
dan keluar dari telaga air zamzam.
Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan
Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan
menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
untuk diuji.
untuk diuji.
Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut
Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas
menyelidikinya.
Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana
telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak
ada hadnya.
Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat
bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4
meter).
Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan
jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan
tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan
air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660
liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya
masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di
atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada
cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu
tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui
saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh
melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang
mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air
dalam jumlah besar.
Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu
menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil
apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya
tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba
masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku.
Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya
seperti sebelum tempoh pengepaman.
Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua
kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan
yang besar.
Mengandungi Zat Anti Kuman
Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan
bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif
membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.
Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di
Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam
magnesium.
Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air
zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah
yang keletihan.
Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa
stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya”
selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu
datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan:
”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah
makanan yang mengandungi gizi”.
Nabi S.A.W. menambahkan: “Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang
diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh
dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan
maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika
engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan
dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah
untuk Ismail”.
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).
Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi
dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air
zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang
sakit dan kemudian disuruh meminumnya.
Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah,
terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya
berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.
- Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
- Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
- Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
- Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.
Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air
zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai
ubat untuk penyembuhan.
Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
No comments:
Post a Comment