mogok makan ayam selama sebulan |
Boring betul...cam takde alasan lain selain daripada alasan2 yang tak berapa nak logik tu.Ada ke ayam tak cukup la, tsunami kat jepun la,(gile apa kene ngene ngan ayam) .Mentang-mentang la ramai orang kawin time cuti sekolah ni la ayam mahal. tak baik betul amik kesempatan tau...camana nak beli ayam kalau mahal...camni makan ikan je la...ngan sayur.... mogok ayam la camnihhh..tapi ikan pun mahal, sayur pun mahal gak....huhuhuhuhuhu makan roti lorr.....
aisey mahal plak |
tengok jer la |
takde kene ngene ngan gambar yang lelain heheheh |
Harga ayam naik mendadak
KUALA LUMPUR - Bagaikan lumrah apabila setiap kali tiba musim cuti persekolahan, harga runcit ayam di seluruh negara akan naik dengan mendadak.Ramai pengguna mengeluh berikutan harga ayam melambung sehingga kadar tertinggi RM1.30 sen di pasar di Pulau Pinang.
Daging ayam bukanlah barangan keperluan harian yang dikawal harga oleh kerajaan pada setiap masa seperti beras dan minyak masak.
Harganya hanya dikawal pada musim-musim perayaan tertentu sahaja.
Dalam tinjauan yang dibuat di Pasar Chow Kit dan Pasar Keramat di sini mendapati ayam dijual pada harga antara RM7.50 hingga RM7.80 sekilogram naik 50 sen dan 80 sen berbanding dua minggu lalu.
Seorang peniaga ayam di Pasar Chow Kit, Sahar Abdullah, 25, mendakwa, mereka terpaksa menaikkan harga berikutan mendapat harga tinggi daripada pemborong.
"Kami dapat ayam daripada pemborong pada harga RM6.80 sekilogram dan kami menjualnya pada harga RM7.50 sekilogram," katanya ketika ditemui di sini semalam.
sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0313&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
2 comments:
serius mahai... terkejut bli bru ni 18rm...
betul tu...mahal sangat la...camana la kerajaan pantau masalah ni...nampak cam tak pantau pun :(
Post a Comment