CARIAN ANDA

Tuesday, April 12, 2011

JOM TENGOK TV

" Aku Dia & Dia "
Jumaat 8/4/2011 , Jam 10.00 Mlm - Rtm 2 !




Cute Emoticons
Kisahnya melayan  cite Tv2 drama komedi romantic lakonan Jue aziz, memey, iqram dinzly, syed ali, layan gaklah..Boleh tahan citenyer...lama gak cik kak tak layan drama tv2 sebab kekadang malas nak tengok banyak cite tak  best dan selalunya tido kan anak  ngan CIk Kak pun tertido dan terlepas la tengok  tv.

Cute EmoticonsTomboy bercinta….lakonan Jue Aziz sebagai Lia tu memang okeh la….lakonan Memey tu mencik la (tahniah sebab berjaya wat cik kak meluat ngan watak ko)….lakonan lembut Syed Ali sebagai Joy pun okeh dan bab dia jatuh cinta ngan Lia tu agak sekel sikit, tak berapa nampak sangat la ….biasalah cite melayu bab romantic tuh  macam ada takde jer…cam kureng sikit plak...ahahahahah...

Tapi bile nengok part Joy datang melawat Lia kat umah tolong masak, pastuh dia ubah cara Lia dari tomboy jadi wanita baru lah lega sikit rasa hati Cik Kak ...nasib baik ending dia hepi kalau tak terbakor dah CIk Kak ...Monkey Emoticons

Kebanyakan cite2 cinta Melayu kat Tv ada yang okeh dan kekadang tak berapa nak okeh pun ada. Kalau cite Indon tu sori la kekadang naik bosan nak tunggu cite tu abes panjang berjela2 no citenyer.... Kang kejap pompuan tu nak, kang pompuan ni nak, kang jantan tu suka kang jantan lain pun tetiba suka, sesuka  hati jer.Cute Emoticons

Naik menyampah plak tengok. Timing cite plak kadang2 tak kene waktu pun ada, huhuhu sedihnya. Takperla tengok kartun jer la.



Setakat arini la kalau cik kak tgk cite kat tv lakonan pelakon lelaki yg boleh buat cik kak turut cam jatuh cinta adalah Remy Ishak, Ady Putra, dan Bront Palarae  ….ada cam betul 2 feeling la…

terutama tang renungan mata tuh...bukan sebab dorang hensem jer okeh…hahahahahhaha hensem tu bonus tapi dari renungan mata tuh yg tak boleh blah…sebab apa cik kak tak pasti…Minat pada Remy Ishak ngan Bront masa first time tengok cite Akulah Sindarella.

Fasha Sandha menang aritu pun sebab ramai suka tengok cerita Chinta dan Samsons dan Delaila. Bila tengok 2 gadingan pelakon hebat ni buat Cik Kak panas punggung nak balik umah aritu. Cuma endingnya tak best. Pelik gak cite Melayu ni kekadang tang ending tu cam pendek dan tetiba macamtuh jer... Potong stim betol...Nasib baik la cerita dalam tv kan kalu tak dah bakor dah...cik kak  kalau tengok cite cinta2 ni ending kalau tak best membebel la pelagi..tak puas  hati betul...Cute Emoticonsending tangkap muat jer..over sgt plak kan cam aku plak dalam cite tuh ...hahahahah….laki aku pun cakap camtuh …over la mama kau nih….Monkey Emoticons

















No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts