CARIAN ANDA

Wednesday, April 13, 2011

Mencela seseorang Muslim adalah haram



betul kata mak incik siti sifir orang dah mintak maap maapkan jer la


Asyik Blogwalking kat Blog Mak Incik Siti Sifir ni terbaca lah entri kisah ni...klik link bawah kalau nak tau...
http://sitisifir10.blogspot.com/2011/04/cacatkah-ibu-tidak-boleh-menyusu.html
Cik Kak turut bersimpati dengan siempunyerdiri yang mungkin tersilap ayat dalam penulisan beliau. Kalau boleh yang lepas tu lepas lah jangan dihangat-hangatkan lagi buat dosa kering jer. Cecita pasal dosa kering ni sukalah Cik Kak nak kongsikan sedikit cerita dibawah ini agar jadi pedoman untuk kita semua.

Maklumlah kekadang terlajak bahasa kan  maklumlah seronok berBlogging ni sedar tak sedar kita telah menguris dan menghiris perasaan orang lain. Siapalah saya, hanyalah seorang manusia yang sering melakukan kesilapan huhuhuhu...


Bahayanya apabila kita melakukan kesilapan pada orang yang kita tak kenal kemudian kita panjang2kan pula hal2 ni dalam Fesbuk atau blog seolah2 kita telah berbuat dosa dan menyambung2kan lagi dosa2 tersebut pada orang lain dan dah berkongsi plak takut jadi subahat plak hal2 camni...Cik Kak bukanlah pandai dalam bab2 agama ni tapi imbas kembali apa yang Ustaz cakap aritu masa Cik Kak pergi kursus SPIES.
Ustaz cakap nanti kat akhirat kita jadi orang yang muflis sebab semua pahala solat, puasa, dan lain-lain dah ditransfer kepada orang yang kita aniaya tu. Taknak lah camtuh kan dahla pahala tak banyak mana abis semuanya ....huhuhuhuuu...so tak mau gadoh2 oker....
Jadi Cik kak kongsikan disini. Semoga yang baik2 itu jadikan teladan dan yang tak elok dijadikan pengajaran...


Di dalam sejarah Islam budaya kritik dan menyanggah pendapat seseorang sudah lama wujud sejak zaman rasulullah salallahualaihiwassalam lagi dan ianya bukanlah semestinya buruk bahkan kadang-kadang amat dialu-alukan sebagai usaha pembaikan dan penilaian untuk mencari kebenaran.

Hukum mencela tidak sama dengan kritik kerana kritikan bermaksud teguran dan menginginkan pembaikan manakala celaan bermaksud memburukkan seseorang atau memalitkan kebencian kepada orang yang dicela.
Apabila setiap manusia berupaya melakukan kesilapan dan tidak ada yang akan selamanya betul maka sudah pasti kritikan dan teguran itu perlu diberikan ruang untuk memperbaiki keadaan dan mencari kebenaran.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي مَنْ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاتِهِ وَصِيَامِهِ وَزَكَاتِهِ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيَقْعُدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْتَصَّ مَا عَلَيْهِ مِنْ الْخَطَايَا أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ

Dari Abu Hurairah RA berkata, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, 'Tahukah kalian siapakah orang yang muflis (bangkrup) itu? Para sahabat menjawab, 'Orang yang muflis (bangkrup) di antara kami adalah orang yang tidak punya memiliki dirham dan tidak memiliki harta.' Rasulullah SAW bersabda, 'Orang yang muflis (bangkrup) dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) melaksanakan salat, menjalankan puasa dan menunaikan zakat, namun ia juga datang (membawa dosa) dengan mencela orang ini, menuduh orang ini, memakan harta orang ini dan menumpahkan darah orang ini serta memukul orang ini. Maka ia dikenakan hukuman balas dengan diambil kebaikannya dan diberikan kepada orang-orang lain. Dan jika kebaikannya habis sebelum selesai hukumannya, diambillah keburukan dosa-dosa mereka, lalu dicampakkan padanya dan ia dilemparkan ke dalam neraka. (HR. Muslim, Tirmudzi & Ahmad)

 Mencela seseorang Muslim adalah haram
Allah swt berfirman yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangka-sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari sangka-sangka itu adalah dosa. dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menyebut keburukan antara satu sama lain. Adakah seseorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Al-Hujurat : 12)

Di dalam sebuah hadis Rasulullah kepada para sahabatnya : Tahukah kamu apakah yang disebut ghibah itu? Mereka menjawab : Allah dan RasulNya yang lebih tahu. Maka jawab Nabi, Iaitu: Kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang Dia tidak menyukainya. Kemudian Nabi ditanya: Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi? Rasulullah salallahualaihiwassalam menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu, maka bererti kamu telah mengumpat dia, dan jika tidak ada padanya seperti apa yang kamu bicarakan itu, maka bererti kamu telah membuat satu tuduhan kepada dia." (Riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan Nasa'ie)

 Perbuatan ini adalah termasuk dalam perkara yang dicela oleh Allah dan mendapat ancaman sebagai pengumpat lagi pembuat cela dalam kitab-Nya dan termasuk dia si pembuat itu sebagai orang yang disabdakan oleh Nabi salallahualaihiwasalam : "Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya dan belum beriman dengan hatinya, janganlah kalian menyakiti kaum muslimin dan janganlah pula kalian mencari-cari kekurangan dan kelemahan mereka, kerana sesungguhnya barangsiapa yang mencari-cari kekurangan-kekurangan orang lain maka kelak Allah akan membukakan kekurangan dirinya dan akan membiarkan orang lain pula mengetahui keaibannya, sekalipun di dalam rumahnya."(Lihat hadis ini dalam Sunan At-Tirmidzi)

thanks to
sumber

1 comment:

xazryx said...

orang melayu kita ni klu da mengutuk/mengumpat da x igt dosa pahala . :(

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts