CARIAN ANDA

Monday, July 25, 2011

PERKAHWINAN YANG GRAND2 NI BEST SGT KE

Tajaan Perkahwinan Norman, Memey Bernilai RM12 Juta

 

copy paste dari----

http://kisahsensasi.com/2011/07/24/tajaan-perkahwinan-norman-memey-bernilai-rm12-juta/

018725908 Tajaan Perkahwinan Norman, Memey Bernilai RM12 Juta
KUALA LUMPUR: Pasangan Norman Hakim,35, dan Memey Suhaiza, 23, bakal mengadakan sebuah majlis perkahwinan bernilai RM12 juta pada 28 September ini di Hotel Crown Plaza Mutiara di sini yang ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.
Menurut wakil Rafflesia selaku perancang perkahwinan pasangan itu, Bill Bora, sebanyak enam penaja yang akan bekerjasama dengan Rafflesia iaitu Lords Tailor, Snips, Angsana Spa, Crown Plaza, Naz(pereka pelamin dan dewan) dan Prof. Datuk Jimmy Choo.
“Memey akan memakai sebanyak dua persalinan baju dan antara tajaan yang diterima ialah, set barangan kemas yang bernilai RM5.6 juta, gaun bertatahkan mutiara Rafflesia bernilai RM1 juta dan kasut rekaan Jimmy Choo (RM600 ribu).
“Bagi persalinan gaun, kami memberi peluang kepada semua pereka fesyen tempatan untuk menghantar rekaan masing-masing dan pihak Rafflesia akan memilih yang terbaik di mana rekaan tersebut mestilah berpadanan dengan mutiara yang dipadankan itu,” katanya pada sidang akhbar penajaan perkahwinan Norman dan Memey di Hotel Crown Plaza, di sini, Jumaat.
Tambah Bill, tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan New York Look dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.
Lebih menarik lagi beberapa selebriti antarabangsa turut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut dan perkahwinan ini mungkin boleh dianggap sebagai ‘Wedding of The Year’.
Norman dan Memey bakal bernikah pada 24 September depan di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dan pada keesokan harinya, resepsi di rumah pihak perempuan akan diadakan.
Kata Norman, pada mulanya, dia dan Memey bercadang ingin membuat sebuah majlis sahaja di Kota Tinggi dan tidak sangka pula menerima tawaran penajaan untuk resepsi kedua yang begitu besar.
“Sebenarnya kami rasa sangat kerdil apabila menerima tajaan daripada pihak yang bukannya calang-calang orang. Maklumlah, siapalah kami jika dibandingkan dengan selebriti tersohor yang lain.
“Rasa seperti berada di alam fantasi pun ada juga. Tetapi saya anggap tajaan berkenaan adalah rezeki kami dan saya percaya sepanjang kontroversi yang kami lalui sebelum ini ada hikmahnya,” ujarnya.
Bagaimanapun Norman tidak menganggap ia sebagai sebuah perkahwinan ‘perniagaan’ apabila mereka ditaja sepenuhnya pada majlis resepsi kedua itu.
Ditanya pula adakah dia akan menjemput bekas isterinya, Abby Abadi, kata Norman dia semestinya akan menjemput ibu kepada tiga orang anaknya itu iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim, 9, dan Maria Danisha Hakim,3.
“Sudah pasti saya akan menjemput Abby. Lagipun, dia sudah pun menghantar ucapan tahniah menerusi sistem pesanan ringkas (SMS),” katanya.
//mstar///

Best sangat ker majlis perkahwinan yang grand2 giler babeng nih....Terus terang zaman skang nih RM20k untuk kite2 org yang biasa-biasa buat kenduri kahwin pun dah sempot2 napas nak carik apatah lagi kalau berjuta-juta lemon nih....kalau jadi artis ada sponsor okay lah tapi bagi orang2 biasa cam kita nih jangan lah terlampau ikut sangat trend2 perkahwinan yang grand2 nih. Nak bertunang jer dah cam kenduri kawin kalau mak bapak tuh orang kaya atau kau sendri duit banyak takper nih nak kawin pun duit mintak bapak...kesian sikit la kat dorang tuh...Belajar tinggi2 tak abes lagi ...dah stat ngabehkan duit mak bapak, bagi lum tentu lagi.

Bagi Cik Kak la kan buat kenduri nih ok jer kalau nak buat, sebab kita panggil orang datang makan serta secara tak langsung pemberitahuan kepada semua kawan2 , jiran tentangga, saudara mara yang sipolan dengan sipolan telah pun mendirikan rumah tangga. 

Ada juga mahukan kepuasan, maklumlah seumur hidup sekali la katakan (Ada gak yang merasa 2 kali atau 3 kali)hehehehe....Nak la merasa bergaya masa jadi pengantin. Pokok pangkalnya buatlah mengikut kemampuan jangan berlebih-lebihan.  Cik Kak dulu ngan cik suami pakat2 kongsi duit, dan masatu buat kenduri kat umah Cik Kak jer sebab arwah bapa mentua baru jer meninggal. Perbelanjaan kenduri kahwin Cik Kak dalam RM12k sahaja. Alhamdulillah kami guna duit simpanan apa yang ada sahaja. Dan duit hantaran pun kami gunakan cek ajer...Sebab duit tuh dah digunakan untuk pembayaran beli barang runcit yang lain. 

Pendek kata, bila dah abes kenduri tuh lega la. Sebab takde hutang-hutang yang belum dijelaskan. Dan duit sumbangan bagi terus pada Ayah. Bahagian kami, kami simpan. Apa kata korang....

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts