Alhamdulillah kali ni seronok dapat bercuti dengan suami dan anak-anak kat Morib. Jadilah dapat bercuti tido semalam je pon. Yang penting dapat mandi manda kat kolam dan main dengan sepueh hati. hahahah kalah budak-budak yer. Semua tempat nak masuk maklumlah dah ada Muslimah swimming sut ni apa lagi mandi sakan la.
Tahun lepas dah pergi masatu sekali ngan mak mentua n biras mak ler, tapi xpuas la enjoy sebab anak demam dan meragam masa tu. Kali ni alhamdulillah masing2 enjoy. Sampai terbakor la kulit mandi kolam. Hah seronok sangat kan.
Lama rasanya tak pergi mana-mana bawa anak-anak dan ngan aku skali hanya kat rumah jer disebabkan masa cuti sekolah aritu banyak sangat kerja lepas pilihanraya yang kene diselesaikan oleh encik suami. Lama dah kot cadang nak perginya memandangkan banyak sangat aktiviti lain asik la kena tunda.
Kalau korang tak tau nak bawak famili nak cuti kemana Goldcourse morib antara pilihan terbaik sebab selain destinasi yang tak berapa jauh dengan Klang maka jadi pilihan. Takla penat kan nak drive jauh-jauh sangat. Memang kalau nak bercuti malas nak gi tempat jauh-jauh ni, kesian kat anak-anak dok lama-lama dalam kereta.
1 comment:
Yer yer mmg best tempat ni
Post a Comment