I love my job now....sangat2....kesibukan pada musim2 tertentu terutamanya pada februari dan ogos. Atau selepas dapat gaji hah time tu memang berduyun-duyun la orang datang bayar bil. Musim bulan puasa, sibuk dengan permit bazar ramadhan, musim akhir tahun orang sibuk renew lesen perniagaan. Musim perayaan memang busy giler, penuh giler ler kaunter bayaran kat opis tu hah sampai nak duduk pun tak de tempat. Lagi-lagi kalau ada kempen pengurangan kompaun lagi ler meriah macam orang kenduri. Apapon mak memang enjoy dengan keadaan kerja sekarang yang banyak mengajar erti kesabaran dalam melayan kerenah orang ramai. Memberikan khidmat yang terbaik dan terpantas untuk semua.
So, ni dah merepek2 cite pasal kerje plak la kan. SO disebabkan ini juga sempat la kalau takde orang dok tengok status facebook kawan-kawan. Disini jugalah berjumpa semula dengan kawan sekolah yang dah 20tahun tak jumpa. Ya Allah cepat sungguh masa berlalu. Betul la Firman Allah dalam surah Al Asr.
No comments:
Post a Comment