17sept yang lalu mak n encik somi together-gether berpeluang menghadiri Seminar Pasca Perkahwinan yang dianjurkan dengan kerjasama Jais. Inilah julung-julung kali dalam sejarah kitorang berdua pi seminar bersama-sama selepas 9tahun mendirikan rumahtangga. Sweetkan. Duduk dalam dewan pon kene dok bersama-sama pasangan masing-masing.
muka ngantuk orang sebelah ni plak ahaiii |
Semua rakan2 sepejabat yang mana somi isteri dihantar bersama-sama ke seminar ni. Memang happening abes la dari awal sampai abes. Tak sempat nak mengantuk kot. Orang sebelah tu je yang mengantuk sket sebab penat tolong rewang umah jiran kawin. Mak steady jer hihihihi. Camana tak steady aku tukang makan n amik lauk jer...hahahhaha
Tajuk seminar pun memang tak boleh nak layan, MASIHKAH ADA CINTA? Hah amek ko...kawan2 yg tak pi ingat ni kursus utk pasangan yg ada masalah. Sapalah yang takde masalah kan, tapi semua boleh diselesaikan dengan cara baik boleh bawak berbincang elok-elok yer tak.
Semua nasihat yang diberi sedikit sebanyak memberikan kita ilmu bagaimana untuk lebih bertolak ansur dalam rumahtangga. There's no perfect people out there. Semua pasangan adalah untuk saling lengkap melengkapi kelemahan masing-masing.
Tak ingat sapa nama pensyarah sorang tu, yang perempuan la dia kongsi kisah sorang client mai jumpa dia bercinta sakan2 5tahun kawin xsampai 3bulan dah bercerai talak 3. Hah, terkejut kan. Yerlah bercinta tu belom lagi kita dok serumah tidur sekatil so perangai dia lagu mana pon kita taktau. Bila dah kawin baru tau perangai masing-masing. Hanya disebabkan ubat gigi jer jadi punca pergaduhan dan bercerai. Tu pasal ubat gigi je sebab si suami ni jenis guna ubat gigi picit dari bawah, bini plak picit ikut suka mana jer. Dah dok peringat hari-hari gaknya. Dah nak jadi cerita satuhari ni laki angin satu badan terus cerai bini talak 3. Isk isk isk. Haru- biru.
Pensyarah tu kata lagi orang lelaki Allah jadikan adalah manusia penyabar sebab itu kuasa talak ditangan suami. Kalau ditangan isteri kuasa talak mau sehari dah cerai talak sepuluh.
Memang best la seminar ni. Mana yang terkena tang batang idung mak tu memang tak boleh nak dielak dah. Moga pasni ikatan perkahwinan kami lebih harmoni lebih berkasih sayang hingga akhir hayat kami berdua. Aamiin.
Okeh jom layan gambo2 pasangan opis mak yang hot ni,
linda n pyan |
yop n ayu |
ustaz yang mula-mula bg ceramah tak ingat namanya |
yang ni tiga-tiga selalu masuk tv pon tak ingat sapa nama |
Ketua Pengarah JAIS ni kalau xsilap |
makan-makan tepi swimming pool |
beratur dan ikutlah giliran anda...masa time lunch |
No comments:
Post a Comment