CARIAN ANDA

Sunday, June 24, 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA PART 3

Sambungan cuti-cuti Malaysia...
Pagi-pagi tu sebelum keluar dari apartment kami, ternampak plak la makhluk Allah yang beberapa ekor nih dok memunggah sampah-sampah kat luar rumah. Huiii....sakan menatang nih memunggah. Yang sekor dok ngupas kelapa atas tembok. Huiii memang pakar tu, siat kulit kelapa pakai gigi ajer...Tebuk dan minum air lagi...hahahahahaha memang dasat kera-kera kat sini.



Haus no gamaknyer, nak beli duit takde. Mujurlah banyak buah kelapa free kat sini yer... muaahahhahha



Tu dia lepas memunggah dia terus blah, sib bek la sampah-sampah tu bukan sampah-sampah kami kalau ala idak abes la bertaburan segala makneka. Sib bek sampah semua letak kat dalam.


Ada ramai lagi kat dalam tuh, iskkk naik seriau nengok. Takut gak ler masuk dalam rumah. Pastikan pintu  berkunci ok.
Ok lets go to Underwaterwordl...yeaaa
Hari Jumaat plak programnyer ialah ke Underwater world.... Huiii, macam-macam la ada kek sini...tapi kebanyakkannya adalah hidupan laut la. Selain tu ada gak ler burung kat sini.







 Tunggu tiket dulu yer...


Nenek n Nek Zah dapat harga warga emas.





Hahaha, Burung kakak tua ni memang lawak la, tgk la ni dia mengajuk aku ngambik gambor dia diteleng2 kan kepalanya...tergelak mak menengok peelnyer....PAstu aku dijeritnya, marah la tu aku gelakkan dia... Ampunkan mak ekk Don't be  Angry la Bird  ekk... peaceee..



Macam2 makneka jenis hidupan laut la dalam ni, dari jenis ikan, obor2,  ikan jaws, ikan pari, segala bagai la....ce tengok-ce tengok..








Hah, yang paling best kat sini ialah kita nengok penguin...kikikiki macam penguin dalam cite Madagascar kan3...kiut miut depa ni...terjengket-jengket, terjongkit-jongkit.... memang happy feet la deme ni semua...






Ada macam peguin Madagascar tu tak? 
Salasilah peguin.


Ada pertunjukan ular dalam ni...Tu yang kompius tu, apsal tetibe jer ada ular dalam ni...Aku dah larik dulu eee geli aku dgn menatang sekor nih.


Lepas tu ada plak Kedai Bebas Cukai dalam ni hah, apa lagi angkut selagi boleh yer....

Antara kawasan yang merbahaya dalam ni adalah area tempat jual mainan, huh mau jadi camni budak-budak meronta-ronta. Awak ya ibu-ibu dan bapak-bapak, jauhilah kawansan ini....huhuhuhuhuh


 Awas anda di zon bahaya...huahahuahaua...

Ya, pastikan duit anda mencukupi sebelum kasi abes....

posing dulu okeh.....




Ahah, acara yang ditunggu-tunggu. Shoping yea....Silakan ibu-ibuk dan bapak-bapak.... Kat pekan nih memang berlambak ler kedai macamnih , yang paling top n femes Langkawi Saga, Idaman Suri n Haji Ismail. Macam-macam ado...cekitdaut.....muahahahahha

Biskut Jules ni kat airport harga RM12.90 sekotak...tapi kat sini dalam 7.00- 8.90 sekotak....paling murah mak jumpa adalah 5.90 tapi sayang stok dah abes...huhhuuhuhuhuhuh...yang paling murah kat Langkawi Saga la sebab RM7.00 jer...

Udah, budak kenit ni dok belek dah menatang lolipop besau ni....


Boleh la mama, adik nak satu jer ek...buley la mama....Muka simpati tuh yg tak tahan tu... 



Cute kan MM ni...bagi yg suke simpan sebagai koleksi kat sini melambak2 dan harga pon tak la mahal sangat.

Macam di syorga.....SYorga cokelat...
 Yea.....adik dapat dah.....
 Nak lagi satu buley tak.....
 Wau macam-macam ado....
Coklat HErshey ni payah gak nak jumpa...yng jenis putih susu ni ada beskut...4 sepoloh hengget jer... kat Hj Ismail memang berlambaks...
Beg beroda nih kalau yg biasa-biasa camnih memang la murah Dik non oiii...tak sampai 50 hengget pon.
Troli pon ada tau....murahkan...

Kemudian singgah soping2 di beberapa kedai di langkawi ni , apa lagi mak mentua den nak pegi usya pinggan mangkuk la pelagi. Kat sini memang banyak kedai2 yang jual pinggan mangkuk Pyrex, Corelle , dan segala bagai lagi. Uiii tak terlarat menengoknya apatah lagi membelinya...mak cuci mata jer der.. dah berlori pinggan mangkuk kat umah tak kose mak nak tambah dah...


Kain batik. Aku taktaula apa yg bestnya rasa cam sama jer semua kain batik.
 Hah, ibuk-ibuk sila pilih aja yang mana satu atau dua atau tiga...muahahahahha...
 Sana pinggan, sini pinggan, sana cekelat sini cekelat....
 segala makneka sebot aja ada dalam ni...

 casher dorang memang pantaslor...
 pengantin n famili bersantai selepas penat menyoping.....tak sangka jumpa kat sini u all...
 huhuuhhh...cantek kan.....duitnyer pon cantek...
corelle nih laki mak beli satu 4 hengget jer tau...tapi yg rejek punya la kat kedai banjir....kualiti yang sama kilang taktau la sama ke idak.....


Sejauh mata memandang... 

 Lepas nyoping, kite singgah Dataran Lang...meh tengok burung LAng sambil posing2...




Pastu balik terus ke Apartment dan tukar baju. Budak-budak dah sebok nak gi swimming pool. Kippi plak nak main taman, lalu ku angkut skali Ahmad nih, jom main buai.



Ahmad cam takot-takot plak nak main buai...rugi la ko Ahmad best ooo... Taknak main maklong naik la ekk...Ko tengok je la.


 Aisey, kippi ni main redah segala lecak yang ada abes kotor kasutnya.
Ala cian dia, meh la maklong dokong kite main buai sesama yer. Tapi kejap jer pastu turun berebut bola ngan kippi. Si kippi plak mencubit si Ahmad  sampai menangis budak ni. Aisey mama kene selamatkan keadaan.

Dahtu, ayah gi sekodeng omputih mandi kolam hahahaha... Tengok anak mandi-manda sekali la cuci mata....Ceh apa pon tak boleh ooo...


 posing-posing...


Malam tu singgah makan sekejap kat sini....sajer je....sebab dah lapor giler.... Tu pon kami berenam jer, yang lain dah penat dok umah saja. Ok stop dulu kang kite sambung part 4 plak ekk....panjangnyer la cite...muahahahahha...

4 comments:

emma marini said...

wes, jelita bangat seh ko naik buai tuh..heheh

SABARINA said...

kakakakka....jelita mak nak..tak sempat nak nyanyi lagu buai ku laju cam dalam cite bawang merah tu

Unknown said...

berjalan sakan eh.. byk ke yg shoppingkan tue?

Anonymous said...

Percutian unik Terapi Spa & Keluarga di Mini Agro-Forestry Aromatherapy Village Cameron Highlands.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts