CARIAN ANDA

Monday, June 25, 2012

Taman Rekreasi Mimaland

amik kat gogel

Pernah dengar tak Taman Rekreasi Mimaland. Masa mak kat sekolah rendah dulu selalu jer la sekolah buat trip ke sini mandi-manda. Sangat terkenal Taman Tema ni. Tapi tu dulu. Rasanya orang pun dah tak pernah tau pun pasal taman ni lagi. Kalau korang perasan la dalam cerita 80an dulu-dulu macam cite Azroy, Si Badul, Mekanik, Kepala Angin pernah buat shooting  kat sini. 

Dikenali sebagai Pusat Pelancongan yang femes ketika itu. Kalau sebut Mimaland semua orang tau la. Cube sekarang tanya Mimaland tu apa. Memang la tak tau. Yerla dolu-doulu mana ada Sunway Lagoon, Desawaterpark, Wetworld bagai....
 
Apa yang best kat Mimaland ni yer la gelongsor airnya...sangatla best sampaikan merengek2 kat arwah ayah utk dapat lesen ke sini ikot rombongan sekolah :P.

Tapi tu kisah lama, di zaman kegemilangan Pusat Rekreasi ni akhirnya hilang begitu saja. Sayang sekali. Kalau korang nak tahu apa jadidengan Mimaland. Hah meh jengah blog NescafeAis ni okeh. Blog satu nih pun ada cite sikit pasal Mimaland ni Blogger A Story To Remember ada buat siasatan Tuan Tanah Gedaung Mimaland ni adalah Magnum Cooperation( yang jual nombor ekot tu kan? ye kot?) pasal tu melingkup...


2 comments:

emma marini said...

first time aku pi masa tu tingkatan 2 kot..kekekekek, masa tu rombongan sekolah. tak sangka telah terkubur tempat ni.

SABARINA said...

tula, hanya dpt merasa sekali jer....tak sangka tempat tu dah ditutup ingatkan ada lagi la....rupenye skang da jadi tempat jin bertendang....huhuhhuu sayangkan...

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts