CARIAN ANDA

Monday, June 25, 2012

RAHSIA SENTIASA PERAWAN





Haiiii....kengkawan....arini mak nak kongsi satu resia...
Dapat dari dalam fesbuk.  Kepada yang dah pernah mengamalkannyer jangan lupa kongsi kat komen yer tentang resia ni...nak gak tau resultnya.  Heheheh...lagipun percuma jer kan tak kema bayar pon. tapi biasalah sesuatu perkara yang bagus seperti tak ramai yang mengamalkannya walaupun ianya percuma. Dorang lagi suka pergi beli kan3....(termasuk  i skali okeh). Insyallah, kita cuba sesama yeh...


Yang istimewa bagi amalan untuk menjaga keperempuanan isteri kita supaya sentiasa jadi macam ‘abqaro’ menurut ayat dalam surah Al Waqi’ah.
Abqaro ni perawan yang sentiasa menjadi perawan. Haa… itu dia. Ayat ini untuk menjaga luar dalam atas dan bawah (oopps…censorred).
Elok untuk orang yang lepas bersalin, elok juga untuk di amalkan setiap hari bagi perempuan yang sudah berkahwin.
Caranya :
Selepas Isya’ ambil air segelas, baca Al Fatihah sekali, ayatul Qursi sekali,
dan surah Al Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
1. Tiup dalam air dan minum.
2. Niat dalam hati untuk menja ga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38 :
[56.35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan> ciptaan istimewa,
[56.36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[56.37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[56.38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;
Bayangkan dan rasakan bila isteri-isteri sudah mula mengamalkannya.
Wallahuwa’lam.

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts