CARIAN ANDA

Wednesday, June 27, 2012

Cuti-Cuti Malaysia Part 4

ya tu dia bapak pengantin

diarak bersama bunyi-bunyian

tu dia pasangan mempelai kita


sedara-mara n kaum kerabat pengantin



Okeh ari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Harini program ke rumah pengantin yang terletak diHari Sabtu 9 Jun  di perumahan KEDA Langkawi. Kami sedara semua berkumpul dirumah Homestay keluarga pengantin perempuan  pada jam 12 tghari sebelum berarak beramai-ramai.

Semasa berarak ke rumah pengantin lelaki kami diiringi paluan Gendang Silat. Best jugak sebab memang tak pernah la tengok sebelom ni kalau kat Klang orang dok sibuk Kompang la, cempuling la dan ntah apa lagi.

layan jangan tk layan...


 Lauk pauk yang dihidangkan sangatlah sedap. maklomlah masak sendiri beramai-ramai pakat jiran sedara mara semua. Memang bertambah la nasik mak makan. hhhihihih...
yeaaa makan time

hadiah dari tuan rumah utk para tetamu...

senyum lebor kemain pengantin lelaki hah...Tahniah yer...moga cepat2 dapat baby..

tu dia orang Klang.....


Sejurus selepas kenduri , kami bergegas mengundur diri sebab nak ke tempat lain plak. Flight balik kami malam tu juga dalam jam 10.40 malam jadik kami kene sampai ke airport jam 8.00 malam.



posing jap ekkk


amacam ada cam kat obersea tak?

Lepas jam 1.30 kami pun singgah la Ke Jetty Point. Saja jenjalan jer takk de la apa sangat kat sini. Kalau ke Langkawi melalui laluan laut, kita akan sampai di Jetty Point Duty Free ni. Dah terlanjur ke Dataran Lang, singgah ler kejap di Jetty Point Duty Free ni. Bukan nak beli pape tapi lebih kepada ronda-ronda jer.

kantoi btol kalau laki aku amik gambo...haishh

hah mula la apalagi





Takjauh dari Jetty Point ni ada shopping komplek, pakat singgah plak kat sini cuci mata lagi. Langkawi Fair ni. Cekelat sesaja kat sini.  Tapi kat sini agak mahal jugak la.Ronda punya ronda pewot lapor nak pegi makan tapi restoan yang kita nak pi bukak kul 6.00 pelagi sambung meronda sampai pukul 6.00 la. 










Destinasi terakhir sebelom balik ialah Makam Mahsuri. Dapat gak jejak kaki ke sini. Masuk kene bayor yer. Tak ler mahal pon. Dalam perjalan sebelom sampai ke makam  Mahsuri dah bermacam-macam soklan cepumas cepuperak dikeluarkan dek anak sedara mak si Danish kepada mummynya, huhhhuhu tak terlarat nak menjawab kalau aku ler....muahahahahah...mau keluar cite katun sat lagi...

Nama pun budak-budak, agak teruja jga dorang nih termasuk la anak mak si Syabeel bila Mummy becite tentang Lagenda Mahsuri.








Nilah perigi mahsuri. Siap ada jual air dalam botol lagi. Sejuk jer airnya ..empat gak cedok  dan jengok,...dalam ooo...


Inilah Wan Aishah iaitu keturunan ketujuh Mahsuri. Dia dah pun kawin pada tahun 2010. Wan Aishah pernah di bawa ke Semenanjung dan di bawa ke serata negeri. Memang cantik dia. Mungkin benar Mahsuri itu seorang wanita yang sangat cantik ketika zamannya menyerupai kecantikan Wan Aisyah.







Sebelum balik, singgah makan di Restoran Bamboo Beach Restaurant di Jalan Penarak, Langkawi. Restoran ni milik mertua biras mak. Pe lagi moh kita seraaaaannnngg.


ketam yang mengiurkan...







Tu dia makanan udah sampai,Ada kailan ikan masin, ayam masak kunyit, butter prawn, ketam masak lada hitam, sotong masak kicap, tomyam campur dan telur dadar. Ketam lada hitam ni kata budak waitress tadi lauk paling femes kat sini. Aku blasah ajer...sampai licin semua...erkkkk Alhamdulillah...

Pastu bergegas balik ke apartment kemas-kemas n punggah semua barang masuk kereta tuk pegi airport plak....huhuhuhuhuh...








Sampai kat airport dah cek semua lebih kurang masuk dan tunggu flight kami nak balik Klang.... bye-bye langkawi... Sekian ajer cite jalan2 carik pasal kat Langkawi kali nih...lenkali kite gi cuti cuti lagi ek... layan la pic anak2 mak sebelom naik eroplen.... sekian ajer utk edisi cuti-cuti malaysia jumpa lagi di adventure yang lebih dasat lagi...yihhhaa....bye

1 comment:

emma marini said...

best sangat, lain kali kita pi tempat lain pulak

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts