CARIAN ANDA

Thursday, January 5, 2012

Wednesday, January 4, 2012

SESI ORIENTASI DARJAH 1 JANUARI 2012

 


Hari bersejarah sebab arini Syabeel dah Darjah 1...Sebenarnya mood dia nak ke sekolah agak tak berapa ada sebab dah seronok bercuti selama beberapa minggu ni...
Alhamdulillah pagi2 tadi bila dikejutkan dia nak bangun, mandi dan bersiap. Bila dah sedia nak ke sekolah dengan pakai baju baru, beg baru dan semuanya barang baru bertambah semangat  nak ke sekolah sampai tadi taknak balik tu.

Acara harini, menempatkan pelajar tahun 1 ke kelas sementara mengikut senarai yang telah dibuat para guru untuk minggu pertama sebelum di tempatkan ke kelas lain mengikut tahap pemahaman anak-anak. Ini bertujuan membolehkan murid-murid yang lebih pandai ditempatkan dalam kelas yang berlainan dan murid-murid yang agak lambat belajar(bukan tak pandai atau tak bijak) ditempatkan dalam kelas yang berbeza. Tujuannya agar guru-guru boleh memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajar-pelajar ini dengan memberikan pendekatan pembelajaran yang berbeza.

Mungkin ada segelintir para ibubapa yang berasa rendah diri bila anak2 ditempatkan ke kelas pemulihan ini. Bagi saya, apa yang pihak sekolah lakukan adalah satu langkah yang bijak kerana dengan mengasingkan mereka dalam kelas berlainan, pihak guru dapat memberikan pendekatan lain dalam mengajar mereka di sekolah. Ini adalah penting untuk kita sebagai ibu bapa memainkan peranan dalam memupuk minat dan semangat  anak untuk belajar sejak dari mula lagi. 

Tidak semua anak-anak adalah sama. Tahap pemahaman dan kebolehan mereka adalah berlainan. Tidak sepatutnya kita membeza-bezakan anak-anak kita dengan anak-anak orang lain. Cuma, kita boleh memberikan contoh atau teladan kepada anak-anak untuk mengikuti kawan-kawan, atau abang serta adik-adik mereka yang lebih bijak ini bertujuan memberikan semangat atau dorongan kepada mereka untuk ke sekolah. 

Kita sebagai ibu bapa perlu lebih peka dalam perasaan memahami anak-anak kita sendiri dan dapat membantu anak-anak ini sejak dari mula mereka di alam persekolahan. Adalah menjadi satu cabaran bagi anak-anak pada era masakini dalam mempelajari banyak matapelajaran, tugas kita adalah membantu anak-anak kita untuk belajar dan menyediakan kemudahan untuk mereka ke sekolah.

Untuk anak-anak darjah 1 ni pihak sekolah bagi pilihan untuk memilih kelas bahasa untuk pelajaran sampingan mereka. Hanya 1 kelas aje boleh pilih samada Bahasa Arab, Mandarin atau Tamil. Cik Kak pilih Mandarin. Konon nak letak Bahasa Tamil, tapi boleh pilih 1 jer...takperlah lain kali kita belajar yer.

Tu baru kisah sekolah kebangsaan, belum lagi sekolah agama punya cerita. Yuran untuk sekolah KAFA ni je dah RM313.30...banyak kan.....ni termasuklah yuran untuk setahun, buku-buku, dan tah pe bende lagi yang eden dah tak larat nak tengok. Cik Kak terus ulur duit jer ....mau pitam bijik mata kalau renung lama-lama kang.

Untuk sekolah Kebangsaan total yang kene bayar tadi RM47.90 tu termasuk duit untuk sumbangan PIBG sekolah, kad kemajuan, buku tahunan sekolah dan t.ah apa mende lagi..yang lelain tu belum lagi....tunggu jerlah dorang mintak.

Monday, January 2, 2012

PENKEK GOJES

Arini dok menyelak lama mukabuku teman se opis CIk Kak aduyai nampak ensem plak penkek dia buat nih...meleleh2 air lior den ni hah....Rembat gambo ngan resepi skali untuk simpanan hari tua den...kekekekeke.....Kak Tun Teja den kidnap gambo bersama resepi skali...Bilo la gaknyo nak buek penkek ni ...


Bahan:
• 1 biji telur
• 1/4 cawan gula
• 3/4 susu segar atau susu cair - prefer susu segar,pancake jd lg lembut
• 1 cawan tepung gandum
• 1 tsp baking powder
• 1/4 tsp garam
• 25 gram butter - anggaran dlm 1 sudu besar - kemudian dicairkan

Cara-cara
  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan susu, tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder dan garam.
  3. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan terlebih dahulu. Kacau sampai sebati
  4. Panaskan non-stick pan dgn kepanasan sederhana. Ceduk adunan tadi dlm dua sudu besar ke dalam pan yang telah digriskan dgn butter atau minyak.
  5. Apabila kelihatan buih-buih kecil timbul dipermukaan, bolehla balikkan pancake tersebut.
  6. Kemudian angkat dan hidangkan dengan jem kegemaran anda.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts