CARIAN ANDA

Thursday, January 13, 2011

PELABURAN MENGUNTUNGKAN



Tidak ramai yang sedar membeli harta khususnya untuk didiami sememangnya satu usaha yang memerlukan banyak masa, tenaga, wang, penyelidikan dan strategi pelaburan yang baik. Apatah lagi jika membeli hartanah sebagai pelaburan masa depan. Jika dilihat logiknya pada masa kini tak ramai golongan muda memilih untuk memiliki rumah. Jika diberi pilihan mereka lebih cenderong untuk memiliki kereta kerana mereka percaya dengan harta bergerak seperti kenderaan, telefon bimbit, kamera digital berbanding dengab harta tidak bergerak seperti bangunan  dan tanah. Bukanlah saya nak katakanyang memiliki kenderaan itu tidak bagus Cuma dilihat anak muda sekarang sanggup berhabisan duit untuk memiliki kereta yang besar dan cantik, carilah kenderaan yang sesuai dengan bajet anda supaya tidak menmbazir kerana harga kereta susut nilai setiap tahun.
Lazimnya pilihan untuk membeli hartanah berbentuk rumah mula timbul apabila seseorang itu telah berumahtangga, tiada tempat tinggal atau sudah lama menyewa.

Biarpun ia dilihat sebagai 1 senario biasa namun ianya bukanlah tindakan bijak. Apatah lagi gaya hidup bermewahan yang tidak memberi apa-apa pulangan. Jika dilihat anak muda kini sebaik saja mendapat pekerjaan yang baik mereka terus melabur pada kenderaan mewah, pakaian berjenama, kad kredit, menyewa rumah yang luas dan selesa. Tidak ramai yang terfikir untuk melabur wang untuk simpanan, pada rumah atau bangunan  Ini adalah kerana mereka tidak didedahkan kepada pelaburan berbentuk hartanah, Ramai yang tidak tahu pelaburan hartanah boleh menjana pendapatan lumayan jika disewakan atau dijual kembali selepas beberapa tahun. Jika anda membeli sebuah kereta mewah misalnya nilainya susut hampir 50% selepas 5-7 tahun. Berbeza bagi rumah nilainya boleh meningkat sehingga 50% dalam tempoh masa yang sama. Kemungkinan nilai meningkat 200%. Walaubagaimanapun melabur pada hartanah bukanlah semudah yang disangka. Jika anda tersalah pilih rumah dan lokasi anda mungkin terpaksa menanggung mimpi ngeri sepanjang hayat. Berikut diantara tip-tip bagaimana untuk mendapatkan kawasan hartanah yang strategik.

  1. bajet
  2. lokasi
  3. jenis rumah
  4. fasiliti berdekatan( kemudahan pengangkutan awam, kedai, pasaraya, klinik, sekolah dan lain-lain)
  5. keamanan kawasan kejiranan
  6. cari pemaju yang tidak bermasalah (perkara ini boleh  dirujuk/disemak dengan pihak berkuasa tempatan dikawasan tersebut bagi mendapatkan maklumat dan pandangan)
  7. kawasan yang bernilai tinggi dimana tidak memberi kesan negatif dari segi keadaan ekonomi yang tidak seimbang
Kawasan yang bernilai tinggi seperti di lembah Klang, Puchong, Damansara, Klang, Shah Alam,dan lain-lain. Dengan adanya jaminan pembangunan infrastruktur dan fasiliti yang lengkap nilai pelaburan pasti meningkat.

Wednesday, January 12, 2011

NEXTCUBES BUAT DUIT DER


ahahhh... der Mesti ramai tertanya-tanya apa mender ar Nextcubes ni. So disini wa kongsikan sedikit info ok.
NEXTCUBES adalah website Social Business Networking, di mana anda boleh berkongsi pengalaman perniagaan, mengiklankan perniagaan anda, juga menjadi reseller dan sistem TradeMax yang menguntungkan semua pihak! Tujuan nextcubes ditubuhkan adalah untuk memberi peluang kepada sesiapa sahaja mendapat pendapatan lumayan tanpa bidang MLM. 

Pelajari bagaimana nextcubes boleh mengubah hidup anda!
Pelajari dengan Invitation code anda, anda boleh mengajak seberapa ramai rakan anda untuk menyertai nextcubes, dan apabila mereka klik link invitation code anda, mereka akan didaftarkan dibawah network anda (my Network) dan akan kekal sebagai network anda sampai bila-bila.
Network sangat penting dalam apa jua perniagaan, jadi anda membina network untuk apa sahaja jenis perniagaan anda, dan juga peluang menjadikan mereka berstatus SBN dan TradeMax, yang mana peluang besar bagi anda membina pendapatan sebagai reseller SBN, sebagai seorang peniaga dan juga sebagai pembeli.
Bayangkan potensi anda sekiranya anda telah ada 100,000 ahli dibawah My Network anda, setiap orang membeli baranga keperluan harian seperti beras, syampu, gula dan sebagainya, dan bila mereka beli melalui nextcubes, anda berpeluang mendapat sehingga RM100,000 sebulan menggunakan TradeMax!
Layari unstoppable.com untuk keterangan lanjut, atau FAQ pada eWallet anda, atau bertanya pada sesiapa saja mengenai nextcubes serta cara anda membina pendapatan hanya denganberbelanja barangan harian ataupun memperkenalkan rakan social network anda menjadi SBN atau social business network! So apalagi kan jom join ramai-ramai bukan kene bayar pun daftar percuma dengar cite facebook akan di tutup taklama lagi so jom join NEXTCUBES buat duit pasif anda disini sambil2 sembang2 dan borak2 ngan kengkawan anda. Meniaga mesti untung maa...Tak rugi der lu join der ... klik disini untuk sertai NEXTCUBES. Wa caya lu der...

Blog-list Malaysia: Facebook Bakal Ditutup Sepenuhnya 15 Mac 2011
bloglistpolitik.blogspot.com
Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada Mac 2011. Jadi dia meminta kepada penguna agar menyimpan semua gambar dan maklumat peribadi berkaitan sebelum ia tidak dapat di akses bermula 15 Mac 2011.Pengumuman ini mendapat respon meluas dari penguna facebook seluruh dunia.

Sunday, January 9, 2011

NAIK GAJI....


Selamat pagi semua...hahahaha dah jam 3 pagi tapi masih dok tercangak depan laptop ntah  apa2 aku carik... hahahahah cari duit la nak buat apa lagi kan...so gaji naik ntah bila kene wat keje sampingan yang buleh mendatangkan hasil. Internet ni skang macam2 ada yg elok atau yang tak leok pun ada jadi kita ni kene fikir secara rasional sebelum mengambil sebarang keputusan. Oklah entry ni sebenornya saja2 jer post pun bukan ada mende...maklumlah skang ni semua brg semakin mahal...kalau gi kedai makan huhuhuu boleh nangis kalau tengok makanan yg diorder tu sikit jer... manalah ada yang murah skang ni semuanya mahal tak caya gi kedai cek satu persatu harga barang...Taktaulah para peniaga yang haloba ni mengambil kesempatan di atas kenaikan harga petrol, gula dan barangan lain lagi.. itulah alasan paling boring kite dengar...apa nak buat terima jerlah...

NAPPY RASH



Nappy rash-also known as diaper rash-is red irritating rash confined to the area covered by the nappy. It
commonly affected the genitals, buttocks, groins and thighs. Nappy rash can start as early as the neonatal period when the baby begins to wear nappies. It peaks when the baby is between 7-12 months, then decreases with age. Nappy rash stops being a problem when the child is toilet trained.

Causes?
Nappy rash occurs when the skin comes into contact with urine and faeces.

Ammonia
When your baby wets herself, the nappy cannot always absorb the waste products. Ammonia in the urine and faeces can irritate your baby’s skin, causing it become sore and red, if the soiled nappy is left on for a long time.

Fungal Infection
Nappy rash can also be caused by a fungal infection. The fungus, knows as candida, is present in faeces. Sometimes, the nappy rash starts as reaction to ammonia and is further complicated by a fungal infection.

Sign & Symptoms
Mild Nappy Rash
  1. Small part of the nappy area is covered in a pink or red rash.
  2. The rashes are usually made up of small spots or blotches.
  3. The child should feel well except for stinging sensation when passing urine or faeces.

Severe Nappy Rash
  1. More advance and painful symptoms, eg: bright red spots, dry ,cracked and broken skin, swellings, ulcers and blisters.
  2. The baby is distressed and uncomfortable. She may cry more often than usual and be irritable.
  3. The rash may cover a larger part of the nappy area and may spread down the legs or up to the tummy.
  4. Contact your doctor immediately if your child develops severely inflamed (swollen and irritated) skinor a fever.

Treatments
Mild Nappy Rash
There is usually no need any medication if your baby has a mild nappy  rash. Change diaper regularly to prevent the rash become worst.

  1. Leave your baby’s nappy off as long as possible. You can lay her on an absorbent towel while she sleeps.
  2. Avoid using soaps when cleaning your baby’s sensitive skin. Only use water to clean the nappy area. Dab- dry the affected area with soft materials. Eg: cotton wools or soft towel.
  3. Apply a barrier cream each time you change  her nappy. Barrier creams like zinc cream, zinc oxide ointment, dimethicone and petroleum jelly help protect the skin from abrasion and irritation.
  4. Change your baby;s nappy frequently. Ideally, a nappy should be changed as soon as you baby wets or soils it.
  5. Consider changing the type of nappies that are highly absorbent.
  6. Tigh-fitting water-proof pants should be avoided.



LUNA MAYA DAN ARIEL


AHHHA....aNDA sedang buat apa tu?….ke tengah tengok videon ‘panas’ Ariel dan Luna Maya ke?…ish2…UDAH2 la tu…hindari lah diri dari godaan syaiton nil rojim…Aku dah habaq dah, kalau buat entri gossip2 artis ni memang laku…nah yang terbaru kes artis dari seberang ni…
Mau lagi advanced, siap bagi link untuk download lagi…tujuan apa dia bagi link tu hanya dia dan Allah sahaja yang tahu…aku?…hampir2 gak nak klik link tu…
aku dah nak klik dah, tapi Alhamdulillah suara iman aku tu berjaya mematahkan suara nafsu aku….fuh, lega..hehehe…betol ni…dosa lain2 dah la banyak, nak tambah2 lagi?…oh tidak…

Apa yang aku nak simpulkan di sini, benar atau tidak isu video klip tersebut…biar pihak berwajib dari Indonesia saja yang uruskan…dia artis, sudah menjadi kebiasaan dengan isu2 sebegini. Buat apa kita nak kisahkan…Tu kat sana, kat Malaysia..toksah crita la..berlambak2..artis?, ahli politik? orang kebanyakan?…emm…dunia2…Daripada kita layan citer2 xberfaedah camni..baik kita fikir pasal isu tindakan kejam Rejim Zionis terhadap Sukarelawan ke Gaza tuh…kan2…

Aku bukan nak salahkan sesiapa, cuma mengingatkan sesama Islam dan sesama manusia, jangan sibuk2 dengan isu2 seperti ini…xda maknanya…just tahu sekadar benda tu berlaku…xpayah la nak kupas satu persatu, baik tolong mak kupas bawang kat dapur tuh…ahaks..tu je…aku pun bukan baik sangat..tapi sehari demi sehari aku cuba untuk memperbaiki sikap diri…Sekian, terima kasih. Wassalam....

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts