Labels

DOA (13) HERBALIFE STORY (2) IBADAH DAN AMALAN (5) MACAM2 (5) gurau2 jer (2) iye ke (2) jom belajar (3) jualan murah (1) kesihatan (8) kewangan (2) lamanku (3) luahan hatiku (2) masak2 (2) my family (16) pengajaran (7) rahsia (4) renungan (27) suka2 aje (16) sumbangkan (1) umum (49)

CARIAN ANDA

Showing posts with label suka2 aje. Show all posts
Showing posts with label suka2 aje. Show all posts

Tuesday, October 18, 2016

SLIDE ZAARA




Yeayy...mainan baru adik zaara. Comel tak? Seronok la adik main gelongsor dlm umah. Main ngan abang kippi. Abang syabeel badan dah bam bam xbleh main. Mama main kutu ngan geng kutu dapat la beli jugak slide ni...hoyehhh

Tuesday, September 24, 2013

JUMPA KAWAN SEKOLAH

Assalamualaikum kawan2 bloggers sekelian. Jarang2 dapat update cite dalam blog ni. BUkan per kadang2 tu terlupa lantaran kesibukan sebagai seorang pekerja dan surirumah tangga. Semuanya harus dibereskan sendri. Jika ada kelapangan pun biasanya ditempat kerja. Sebab apa?? Mesti ramai yang tertanya2 atau musykil keje apa yg boleh online internet ye?? Heheheh... kalau keje dalam opis jangan la ko harap bedahhh peah senahh nak bukak internet masa keje yer, disebabkan keje mak ni dekat kaunter bayaran kutip duit cukai so bila tak de orang tu takkan la nak tido berdengkur yer tak.

I love my job now....sangat2....kesibukan pada musim2 tertentu terutamanya pada februari dan ogos. Atau selepas dapat gaji hah time tu memang berduyun-duyun la orang datang bayar bil. Musim bulan puasa, sibuk dengan permit bazar ramadhan, musim akhir tahun orang sibuk renew lesen perniagaan. Musim perayaan memang busy giler, penuh giler ler kaunter bayaran kat opis tu hah sampai nak duduk pun tak de tempat.  Lagi-lagi kalau ada kempen pengurangan kompaun lagi ler meriah macam orang kenduri. Apapon mak memang enjoy dengan keadaan kerja sekarang yang banyak mengajar erti kesabaran dalam melayan kerenah orang ramai. Memberikan khidmat yang terbaik dan terpantas untuk semua.

So, ni dah merepek2 cite pasal kerje plak la kan. SO disebabkan ini juga sempat la kalau takde orang dok tengok status facebook kawan-kawan. Disini jugalah berjumpa semula dengan kawan sekolah yang dah 20tahun tak jumpa. Ya Allah cepat sungguh masa berlalu. Betul la Firman Allah dalam surah Al Asr.




























Friday, July 12, 2013

Sukan sekolah

3 Julai lepas, sekolah Syabeel ada buat hari Sukan sekolah. Hari rabu sekolah ni sibuk buat sukan sekolah jam 3 petang. Lepas balik dari kerja jam 4petang terus amik Aqifie kat TAska dan jenguk sekejap acara kat padang sekolah.

Agak ramai juga ibubapa turut hadir bagi memeriahkan suasana, sepatutnya seminggu sbelom tu konon acara ni nak diadakan disebabkan jerebu ditunda pada hari lain. 

Sampai-sampai jer acara Syabeel dah abes, dok pi lah cari anak teruna ni kat merata padang rupenye ada kat khemah sukan. Dok sedih sebab menang tempat ke dua je. Alahai... jadila ada gak pingatkan.




3













Ni takde dalam acara yer. Kemain dia dok manjat je kejenye. Kalau dah namanya budak lelaki memang lasak.

Friday, May 10, 2013

MALAS DAN LETIH



Nak taip pun rasa macm letih sangat. Lepas jer bertugas pilihanraya minggu lepas rasanya keletihan tu sampai la ni pun terasa lagi. Penatnya Ya Allah sampai ke otak rasanya tak abis-abis lagi. Tapi tulah kenyataannya letih betul. Sampaikan balik keje pun rasa macam MALAS DAN LETIH jer. Syukurlah kerajaan selangor bagi cuti hari Isnin tu kalau idak aku rasa ramai yang MC kot termasuk la aku ni hah. Kerjanya tak teruk mana tapi Letih tu tak tau nak kata.  Kalau boleh nak terus tidur jer tapi tak bolehla. Hari-hari dok ngemas rumah macam tu gak ropenye sampaikan lipat baju pun dah bersusun kat depan malas nak masukkan dalam almari.




Masak?? Beli lauk siap masak untuk Syabeel dan kippi. Kippi makan tak banyak pun tapi Syabeel selera makan dah banyak so masak nasi jer untuk dia dan ayam masak merah dah ready. Suh minum Shake budak-budak ni kalau buat macam iceblended tu baru la nak minum. Aku plak biasalah time macam ni memang lapar la apalagi minum Shake jer la. Senang takyah nak masak dah. Masuk dalam shaker goncang-goncang jer minum. Punya la tahap malas sampai camni, huhuhuhuu.. Kelab Nutrisi plak sib bek la Kak Ina tolong handle sepanjang kemalasan aku ni, so kena ganti hari Sabtu n Ahad ni la jawabnya. Malam pun kelab tak bukak sebab ramai yg datang minum pg je. 

Bila nak hilang penyakit MALAS ni pun tak taula. Paksa juga la diri tu untuk buat kerja jugak. Sib bek encik Somi tak bising-bising. Dua tiga menjak ni terasa dah virus MALAS ni makin menjadi-jadi plak. Haiihhh, siap ada penin-penin lagi. OOO pergila jauh-jauh encik malas.

Moga jangan sampai aku malas solat. Hindarkan lah aku dari diselubungi perkara ini.


Monday, December 24, 2012

Dah hujung tahun dah

Bismillah,
Astagfirullah... diam tak diam dah nak hujung tahun dah rupenyer. Subhanaalh lupa nak update cite kat dalam blog cite-cite terbaru. Mak sibuk no ngan famili, bisnes herbalife yang masih baru meniarap ni. Ngan adik bongsu mak yang nak menikah esok lusa ni. Mak aihhh sibuk no mak ni hah. Dilanda kebizian yang amat gitu.

Coti sekolah pon tak kemana sebab sibuk nak gi nagntor adik menikah nanti so kita hanya akan ke Kedah aje le yer. Save bajet le katakan. Sok nak sekolah banyak nak guna duit nanti. jadi marilah kita berbelanja dengan berhemah iyer.

Malam tadi sibuk nengok cite Merlin sambil buat sedikit keras tangan. Hegegege...Apadio?? Jap ehhh


Thursday, August 16, 2012

SALAM AIDILFITRI

Bismillah...

Assalamualaikum semua, sedar tak sedar dah tinggal lagi 2 hari je nak sambut Syawal, sungguh la sekejap jer rasa puasa kali ni. Preparation pun ala kadar saja. Tumpuan lebih kepada perkara-perkara lain. Sungguh pun begitu mak nak ucapkan kepada semua geng yang selalu bertandang ke Blog mak ni Salam Aidilfitri n Maaf Zahir Batin. bagi yang balik kampung berhati-hati di jalan raya, ingat orang yang tersayang. 

Taklupa juga selamat menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55...


Thursday, July 12, 2012

BAJU RAYA OR BAJU BARU

nak beli ke idak ni
Edisi khas kali ni memaparkan kisah  nak beli Baju Raya or Baju Baru .. kikikiki...cam Karam sing waley plak muahahahha....sikit tak blah ayat merapu mak kali nih. Sebenornyer dok pikior nak beli baju Melayu untuk anak-anak, nak beli ke idak??

contoh je ekk..pinjam gogel

Bukan apa baju tahun lepas masih elok lagi, rasa malas plak nak beli baru pasal baju tu jarang no dorang ni pakai, kecuali dipaksa atau terpaksa pakai. huhuhuuhh. So rasa-rasa tahun ni malas nak beli baju raya jadi kita beli baju baru sahaja yer.

 Kikikiki ada bezaka? Ada beza,  Baju Melayu khas untuk pakai raya ajer atau ada spesel day yg kene paksa budak2 ni pakai, baju baru plak takyah susah paksa2 dorang pakai sebab denganrela hati dorang akan pakai la. 

cam ni ke

Baju Melayu ni dorang dah tentu pakai sekejap aje, maklumla budak-budak ni (jgn kata budak, bapak budak pon pakai sekejap aje.) jadi mood untuk beli lebih baju T-shirt or kemeja sahaja. Jadi permintaan ke atas baju2 berkartun seperti dragonball, spiderman, naruto, batman, superman, thomas n prens, boboiboy, upinipin, ironman dan segala makneka kartun lagi....Ya Allah , agak malas kalau soping bawak budak2 nih, tapi apakan daya kalau tak kang ada yang mooncong sedepa...
ni mana nak cari

Korang ada tak tempat2 yg best nak soping baju2 tshirt kartun yang murah2, setakat arini mak suka pegi beli kat kedai PENKO, Pasaraya MU, Pasarpagi or malam, Kedai Jit Seng kat Jalan Taiping klang, kedai Hari-hari sebab kat sini memang murah-murah la dalam RM6.00 pun dah boleh dapat. Tengok kualiti kain jugakla, yang murah tapi cantik aku rembat ajer le kan janji kartun tu ada.
pasar malam ada tak

Yang paling latest ni plak dorang ni suka sangat kartun Angry Bird, ntah camana leh tersuka pun taktaula. Mungkin pegaruh kengkawan kat sekolah or TAska gak kot. Kalau Syabeel plak semua harta dia beg sekolah, selipar, pensel box kalau boleh nak ada kartun angry bird nih. 

Penin gak pala nak melayan kerenahnya. Korang kalau tau ada port2 yang jual baju budak berkartun murah-murah bagitau la ngan mak ek.... nanti leh la mak gi jengok2.

Wednesday, July 4, 2012

BISKUT RAYA


Tak lama je lagi dah nak bulan posa pastu raya. Sempena sebelum puasa ni tekak mak dah mengada-ngada nak makan biskut raya ni hah. Peberet mak sejak tahun lepas nih. Hehehehe....memang antara yang tersedap la. Best in the world....muahahahaha..... Meh makan biskut raya walaupun lum posa lagi. 

Nampak tu, gebu-gebu tepung susu tu. memang marbeles.....nyum nyum nyum.... Satu bekas utk 1 hari aje....hahahahahha(tipu je) mau kencing manis kalau makan semua kang.....Ni simpanan sampai posa. Raya sok beli lain la....

Hmmmmm....dapnyer......

Ni pun sedap gak tapi nih anak-anak dan bapak budak yang suka.


Monday, June 25, 2012

PESTA BUKU 2012



AHah, ada Pesta Buku la kat SACC Mall  Shah Alam mulai 29 Jun sehingga 9 Julai 2012 ni. Aritu kat PWTC memang takda peluang nak pegi langsung. Hah kali nih kat Shah Alam ajer kalau takde halangan insyallah mak nak pegi berpeleseran dengan buku-buku di sana nanti.
U ols plak camana ada pape rancangan ker ....moh ler kiter..

Sebelum-sebelum ni pernah pergi yang dorang buat kat Kompleks PKNS Shah Alam. memang la best n seronok Sesekali bersantai-santai membacabuku. Elok sangatla kan. Rancangannya konon nak ajak Biras mak gi jelajah ke Pesta Buku pada hari sabtu belah petang. Uiii seronoknyer ler nak pegi jenjalan kan.....muhahahaha

Memandangkan dah sakan dok gantung banner sana sini maula aku lagi excited giler mau pegi ....hohohooooo.....

Monday, June 4, 2012

JUARA VERSUS



Akhirnya HUJAN jadik juara VERSUS....TAHNIAH ....Korang memang dasyat.. Walaupun ada 2 band pilihan ati mak...HUJAN n GO GERILA...tak la sedey sangat biler GO GERILA tak jadik juara sebab dorang dah memang ANTARA Juara-Juara yang ada.... STEADYLA .....fewiit... 

Konsert malam tu, dari jam 9.30 malam sampai ke 12.30 malam..perkhhh....sampai tersenguk2 la nengok....sib bek esok ari coti.....LAyannnzz....sesekali buleh la....

Tuesday, May 22, 2012

Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah,





HEEhehehe,,, mesti tertanya-tanya kenapa plak nama Dr.Ridhuan Tee boleh jadik tajuk mak arini, saja suka-suka ajer...Sebenarnya ni angkara terbaca paper semalam Sinar Harian, sebenornya mak ni sejak dua menjak ni tak berapa suka baca paper, buat ilang aku nyer mood ajer, abes terencat semua mood2 (konon-konon) entah camana semalam masa ontheway ke kaunter luar (mak naik van yer) ada plak paper kat tepi mak pun selak-selak ler sementara nak sampai tempat bertugas. Satu ruangan tulisan Dr Ridhuan Tee ni mencuri tumpuan mak untuk terus membacanya. 

Sebelum ni mak pernah menyempatkan diri untuk hadir ke ceramah beliau yang diadakan oleh pihak pengurusan tidak lama dulu kalau tak silap sempena Maulidur rasul. Orangnya sangat garang. (kikikiki dan kelakar jugak) Jadi mak nak share sedikit hasil tulisan beliau didalam akhbar tersebut. Cerita ini ada juga diselit-selit masa sesi ceramah yang pernah mak hadiri dulu. Jangan salah sangka plak ek, mak bukan penyokong tegar mana-mana Parti Politik mak setakat ni hanya lah ahli parti Tupperware aje  :P.....kikikikikih

Seorang yang sangat petah bila berbicara, dan juga amat pedas sekali, sapa makan cili tentu rasa pedas...huhuuhuhhuhu....mak?? No komen...no komen.... Dan, beliau juga adalah salah seorang Pendakwah yang  masuk dalam senarai feberet mak. Korang rasa camana?? Pedas?? Sila dapatkan air sebelum tersedak-sedak...uhuk uhuk..


(Sinar Harian 21 Mei 2012)

Ke mana saya pergi, untuk berceramah, saya lihat rumah ibadat bukan Islam tumbuh macam kulat. Ada sahaja tombol yang naik, yang kecil menjadi besar, yang rendah menjadi tinggi, yang ditinggalkan, diperbaharui dan macam-macam perubahan yang berlaku. Pergilah ke manapun, di situ saudara akan terlihat apa yang saya katakan.

Lebih menyakitkan lagi, jalan utama terpaksa dilencongkan kerana memberi laluan kepada pembinaan rumah berhala. Apakah ini wajar? Berapa banyak lagi rumah ibadat diperlukan sedangkan yang sedia ada sudah mencecah 200,000 berbanding surau masjid dalam lingkungan 30 ribu. Jika bilangan masjid surau mencecah ratusan ribu atau terletak di tanah haram, itu munasabah, kerana Islam adalah agama persekutuan. Lagi pula majoriti rakyat di negara ini beragama Islam.

Semua ini begitu jelas berlaku selepas Pilihan Raya Umum 12, 2008. Perpecahan umat Islam mengakibatkan orang lain mengambil kesempatan, menangguk di air yang keruh. Yang belum ada, diada-adakan, yang sudah ada, ditambah dan diperbaharui. Justeru, saya amat mengharapkan dengan keluarnya orang Melayu daripada parti ultra kiasu Cina itu, dapat membuka mata kita semua agar umat Islam bertaut kembali. Dalam artikel kali ini, izinkan saya mengupas sebahagian sahaja, ruginya Islam dan Melayu, apabila mereka tidak bersatu.

Kedudukan agama Islam semakin terancam. Orang bukan Islam mahukan semua tuntutan Inter Faith Commission (IFC) dipenuhi sepenuhnya (rujuk artikel saya terdahulu). Agama Islam sebagai agama persekutuan tidak lagi dihormati, sehinggakan majlis doapun dipertikaikan, apatah yang lain. Kes-kes yang berkaitan dengan agama Islam, mudah sahaja dibawa ke mahkamah sivil. Misalnya, isu kalimah Allah yang mahu digunakan sewenang-wenangnya, bibel bahasa Melayu, kes murtad, perebutan mayat saudara baru dan sebagainya. Mahkamah syariah seolah-olah tidak lagi dihormati, apatah lagi untuk dirujuk.

Selain itu, peruntukan untuk rumah ibadat antara Islam dan bukan Islam sudah menjadi sama rata. Terbaharu, di Selangor, ahli Majlis tidak akan meluluskan pembangunan taman perumahan baharu, selagi tidak memenuhi syarat iaitu setiap taman perumahan mesti ada rumah ibadat semua agama. Apakah makna ini semua? Adakah keadilan bermakna seorang sebiji?  

Berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 153, saya sudah tidak nampak masih ada kewujudannya dalam bentuk realiti semasa. Boleh dikatakan apa jua keistimewaan mereka yang bergelar Melayu dan bumiputera telah pun ada pada mereka yang selainnya.  Lihatlah nanti isu kemasukan ke universiti dan pemberian biasiswa. Begitu juga isu lesen dan perkhidmatan awam. Walaupun kita mudah dapat, tetapi manfaatnya dirasai oleh siapa?

Kuasa politik Melayu Islam semakin terhakis. Tuntutan demi tuntutan semua parti komponen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sentiasa mahukan keadilan berasaskan formula sama rata dan sama rasa. Dahulu kuasa politik Melayu Islam mendominasi, bukan Melayu tidak minat kepada kuasa, tetapi lebih kepada bisnes. Hari ini, mereka mahukan kedua-duanya, kuasa dan bisnes. Mereka sentiasa mahukan kerusi tambahan. Siapa yang akan berkorban? Tidak cukup dengan itu, apa juga keistimewaan orang Melayu, juga perlu ada padanya, walaupun dijamin oleh perlembagaan.

Dalam isu pendidikan, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama semakin terhakis. Peruntukan sudah menjadi sama rata, walaupun ada sedikit kelebihan pada sekolah kebangsaan. Sekolah vernakular semakin mendapat tempat, terutama dalam isu penempatan guru-guru. Kita lebih mendengar kata-kata NGO daripada pakar pendidikan. Kerajaan seolah-olah tidak boleh menentukan masa depan pendidikan. Seolah-olah ia berada di tangan NGO.

Kedudukan Bahasa Melayu semakin terancam, manakala bahasa Inggeris dan bahasa ibunda semakin mendapat tempat. Melihat kepada banner memprotes tindakan pihak berkuasa di Taman Desaria, Sg Ara atau di mana-mana sahaja protes yang majoritinya bukan Melayu. Bahasa Melayu langsung tidak mendapat tempat di hati mereka. Tinjaulah iklan-iklan yang berada di sekeliling.

Dalam bidang ekonomi usahlah dicerita. Bilangan orang Islam yang kaya masih statik. Yang kaya sibuk kawin artis. Orang Melayu semakin ramai diperalatkan. Pegawai kerajaan yang telah pencen bergelar Tan Sri dan Datuk, dipergunakan bagi mendapat tender sana sini. Jawatan pengerusi syarikat hanya permainan silap mana sahaja. Mereka langsung tidak berperanan. Hanya datang pejabat sekali sekala untuk bermesyuarat mendapatkan elaun.

Begitu juga dalam bidang sosial. Tidak perlulah dibincangkan isu gejala sosial. Lihat sahaja sektor makanan terus dikuasai oleh bukan Melayu. Saya difahamkan kedai-kedai makan yang berbunyi Melayu dan Islam sudah tidak lagi dipunyai oleh mamak atau orang Islam, tetapi kepunyaan bukan Islam. Nama-nama Islam dan pekerja Islam dari India digunakan sewenang-wenangnya untuk melariskan produk.

Banyak lagi yang boleh dibincang dalam ruangan terhad ini. Justeru, saya ingatkan, Pas tidak perlu menyaingi Umno  untuk menarik 100,000 anggota dalam perhimpunan parti itu di Kedah pada 1 Jun nanti sebagai respon kepada perhimpunan sambutan ulangtahun Umno yang berakhir minggu lalu. Umat Islam tidak perlu bersaing untuk 'menunjukkan kehebatan dan kekuatan' dalam perkara politik yang membawa perpecahan. Tetapi biarlah kita bersaing dalam perkara yang membawa kebaikan seperti kekuatan ekonomi, pendidikan dan mengembalikan semangat jihad. Apalah ertinya angka yang besar dan ramai sekiranya umat Islam merempat dan menagih simpati di bumi sendiri. Kuantiti tidak penting, tetapi kualiti jauh lebih penting. Itu akan menjamin masa depan agama bangsa dan negara. Justeru, fikirkanlah.

Pas dan Umno perlu membuang prasangka buruk antara satu sama lain. Sekarang ini adalah masa bekerja untuk Islam. Berpolitiklah secara matang. Buat perancangan dan rangka strategi. Lupakanlah yang lain-lain, termasuk dendam kesumat. Peluang dan kesempatan tidak datang selalu. Saya amat bimbang, jika peluang dan kesempatan itu tidak datang lagi. Kenalilah rakan seagama dengan rakan tidak seagama. Mana satu yang boleh dipercayai? Pemimpin Melayu ultra kiasu telahpun keluar daripada parti ultra kiasu Cina tersebut kerana beliau sudah celik mata. Apakah kita masih buta? 
http://ridhuantee.blogspot.com/

Wednesday, May 9, 2012

VERSUS LAGI


Hmmm kabare semua.... (speaking jowo) plak, kikikiki. Hah, kali ni mak nak hapdate cite pasal VERSUS lagi.


Wah penangan VERSUS kali ni telah membuatkan mak konker tv pada setiap hari jumaat jam 9.30 malam. Huh, jangan sesapa nak pegang remote tv nak tuko2 channel lain pada malam itew.

Versus pada pengenalan diminggu pertama dengan Tema Hero Malaya HUJAN  TERPILIH jadi Juara pada minggu tu dan berentap dalam Konsert pertama di Minggu ke 2 Battle dengan Sixth Sense. Dan acara Battle ni pun dorang menang gak ler. Cayalah Hujan.

Minggu ke 2 plak Tema lagu Sudirman, Juara plak dapat pada Sixth Sense  dan berentap plak dengan Black Parallax. Kalau mak tak silap la. Mak ingat Hujan menang sebab lagu Toyol tu best sangat  tapi bukan rezeki korang kot (fanatik no aku ngan budak2 Hujan ni) tapi lagu Warisan yang dikerjakan dek Sixth Sense tak kurang hebatnya :P) battle pun dapat gak kat Black n Parallax rasanya (kalau silap bagitau ek).

Minggu Ke 3 plak Tema lagu2 Alleycats n Juara goes to Go Gerila n Battle dengan Sixth Sense. Battle minggu ni dorang dapat RM10,000.00. Memang giler la budak2 Sixth Sense nyer performance sampai mak pun rasa dah rock abes nih....kekekekekekek( rock la sgt mak oiii bawak2 ngucap).

Minggu Ke 4 plak hah , dorang kene plak bawak lagu2 DIva2 gitu...... keleesss ko Jah.... keputusannya blom dapat lagi hah tunggu la ari Jumaat kang ekkk,  Sixth Sense ngan Janji Manismu, Hujan plak dengan lagu kak Nita, Akhirnya..., Go Gerila plak bawak lagu Ning Baizura Curiga memang meletops ko, Sofaz plak lagu Ella Nuri, dan Black n Parallax nyanyi lagu Francisca Peter.

Untuk Tema Minggu ke5 kalau tak silap pendengaran mak la dorang kene buat lagu2 Pop 90an plak....cam Feminin, Nico, Freshies. So jangan lupa layan Versus di Tv9.

Thursday, April 19, 2012

VERSUS- TV9-JUMAAT 9.30 MALAM

Sapa tengok VErsus.....HOHOHO...tak tengok....ceh ketinggalan zaman la ko nak oii... Mak pun layan tau...
Best ke??? Mau tak best, cetengok sendirila nak oiii... Program TV terbaru ni adalah sebuah rancangan realiti dimana ada 5 Band berentap dan yang terbaek akan memenangi  RM200,000. Wow....mak kayooo....(hihihii) Kalau diikutkan mak ni, bukan la kaki nengok2 rancangan macamni... Hiss tak kuasa la mak, baek mak lipat kain baju yang melambak2 cam bukit tuh. Oleh kerana mak terntengok masa jumaat lepas terus mak suka nak, tu yang mak layan....huhuhuhuhuhh...

Versus menampilkan 5 buah band generasi baru yang semua meletops yang akan beraksi dan bersaing sesama sendiri ( jangan korang gaduh2 sudah la). Apa yang perlu depa ni buat adalah memberikan tacing baru kepada lagu2 yang pernah hot giler pada zaman mak muda2 remaja dulu... Setiap minggu dorang akan diberikan tema yg berlainan dan pandai2 dan sukahati dorang nak gubah lagu tu jadi apapon (asalkan best okeh...tak best mak tak vote tau).

TV9 merupakan stesen  Tv yang mentargetkan audiens yang muda remaja (macam mak nih okeh) mengegorkan industri muzik  tempatan. 5 band yang hot ni  adalah 6sense, Black Parallax, Go Gerilla, Hujan dan Sofaz. Dorang semua kene berentap selama 8 minggu berturut2 ko. Versus menyediakan platform utk dorang ni   untuk tunjuk kreativiti masing2. 

Yang bestnyer kalau rancangan realiti lain kan ke ada penyingkiran tapi di Versus takde yer  nak oii. Thats why mak suka. The winners will be sellect (ceh cakap orang putih ko) dari permarkahan yang tertinggi yang dikumpul sepanjang musim dan juga Undian Sms. Juri rancangan ni adalah Jennifer Thompson dan Loque.



RAINING (HUJAN)
6SENSE
SOFAZ( LAJU2)
GO GERILA
BLACK N PARALLAX
     


NILAH Loque...korang tak kenal??? ada akak kiesah..hahahahha
Jennifer Thompson
ni hos rancangan ni :P
Dari apa yang mak tengok last week nyer episod pertama sangatlah best. Disebabkan semua band ni mak suka rasa cam nak vote semua. Tapi tak bleh la, abes kredit mak nanti nak oiii.(huhuhhuhuh). Last week nyer perfomance mak suka sangat2 ngan Black, Go Gerila N Hujan....memang terbaek...Terutama Hujan...lagu lamunan terhenti yang korang hasilkan sangat2 menyentuh perasaan ku......dah rasa cam hip hop pun ada...memang terbaek la....teruskan usaha....chayokkk....Mak siap anto undian lagi....hihihihihihii 10 undian untuk ko HUJAN...Hah malam sok buat yang terbaek lagi yer...


Tak tau cara nak HANTAR UNDIAN??? sONAng jer nak meh mak ajar ekk..OKEH...jangan lupa vote....majulah muzik untuk negara...yeahhh yeahhh...

ni untuk Black N Parallax
Ni untuk 6sense

This 4 Go gerila



this 4 HUJAN
NI UTK SOFAZ




SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts