CARIAN ANDA

Wednesday, May 9, 2012

VERSUS LAGI


Hmmm kabare semua.... (speaking jowo) plak, kikikiki. Hah, kali ni mak nak hapdate cite pasal VERSUS lagi.


Wah penangan VERSUS kali ni telah membuatkan mak konker tv pada setiap hari jumaat jam 9.30 malam. Huh, jangan sesapa nak pegang remote tv nak tuko2 channel lain pada malam itew.

Versus pada pengenalan diminggu pertama dengan Tema Hero Malaya HUJAN  TERPILIH jadi Juara pada minggu tu dan berentap dalam Konsert pertama di Minggu ke 2 Battle dengan Sixth Sense. Dan acara Battle ni pun dorang menang gak ler. Cayalah Hujan.

Minggu ke 2 plak Tema lagu Sudirman, Juara plak dapat pada Sixth Sense  dan berentap plak dengan Black Parallax. Kalau mak tak silap la. Mak ingat Hujan menang sebab lagu Toyol tu best sangat  tapi bukan rezeki korang kot (fanatik no aku ngan budak2 Hujan ni) tapi lagu Warisan yang dikerjakan dek Sixth Sense tak kurang hebatnya :P) battle pun dapat gak kat Black n Parallax rasanya (kalau silap bagitau ek).

Minggu Ke 3 plak Tema lagu2 Alleycats n Juara goes to Go Gerila n Battle dengan Sixth Sense. Battle minggu ni dorang dapat RM10,000.00. Memang giler la budak2 Sixth Sense nyer performance sampai mak pun rasa dah rock abes nih....kekekekekekek( rock la sgt mak oiii bawak2 ngucap).

Minggu Ke 4 plak hah , dorang kene plak bawak lagu2 DIva2 gitu...... keleesss ko Jah.... keputusannya blom dapat lagi hah tunggu la ari Jumaat kang ekkk,  Sixth Sense ngan Janji Manismu, Hujan plak dengan lagu kak Nita, Akhirnya..., Go Gerila plak bawak lagu Ning Baizura Curiga memang meletops ko, Sofaz plak lagu Ella Nuri, dan Black n Parallax nyanyi lagu Francisca Peter.

Untuk Tema Minggu ke5 kalau tak silap pendengaran mak la dorang kene buat lagu2 Pop 90an plak....cam Feminin, Nico, Freshies. So jangan lupa layan Versus di Tv9.

No comments:

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts