CARIAN ANDA

Thursday, June 21, 2012

PERISTIWA DI PADANG MAHSYAR






Peristiwa Hari Kiamat
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail dan beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Padang Mahsyar
Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekalian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal, berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Peristiwa di Padang Mahsyar
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik pada hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Telaga Al-Kausar
Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
Pemimpin yang adil.
Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

Arasy
Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin di tengah padang. Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir dan munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Hisab di Akhirat
Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad S.A.W dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Taala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70000. Setiap seorang daripada mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Tuesday, June 19, 2012

CARI HOMESTAY DI KLANG?




Kalau ada yang tercari-cari homestay di kawasan berdekatan area Klang ni, ada sorang kawan nih ada umah Homestay, tak jauh dari Kg Delek , mak tak pernah pegi umah tu lagi setakat lalu-lalu saja ler. Kalau ada yang menginap leh le kontek beliau seperti nombor yang tertera disini.

Menyediakan homestay budjet di Taman Sungai Serih (Sereh)

Kemudahan yang disediakan

- TV
- mesin basuh
- 3 bilik tidur yang boleh menempatkan 10 orang
- 2 bilik air
- ruang tamu dan ruang makan yang selesa dan luas

Lokasi dan kemudahan yang berdekatan:

- Stesen Keretapi / Komuter Kg Raja Uda. Port Klang
- Tesco/giant/GM Bukit Tinggi
- Kolam ikan untuk kaki pancing
- Kedai makan dan kedai runcit
- Kawasan tarikan seperti Tanjung Harapan,Pulau Ketam dan Pekan Port klang

Sesuai untuk sewaan harian, majlis perkahwinan, percutian keluarga,dan lain-lain.

*Harga RM150 satu malam.
*Check in 2pm dan Check out 12pm (keesokan harinya)

tuk tempahan deposit 50% dan bayaran selebihnya pada hari ambil kunci.

Contact: 019-6683423/019-6003420 eone/atiey

Monday, June 18, 2012

SERANGAN SEMPOT....




Lepas kene demam aritu, batuk2 masih bermaharajalela, mula2 ok tapi makin lama cam dah terok plak sebab dia udah campor sama astma.... batuk2 yang diiringi kesesakan napas sambil ada bunyik2 wisel sikit. Sampai kengkawan kat opis takot plak ada yg pengsan tetiba sebab kekurangan oksigen.

camni kot rupe verus tu....kekekeke...jahat la korang


Apatah lagi bila kat Langkawi aritu makan pon macam-macam jadik nilah hasilnya.
Dah la tu kualiti udara sekarang terjejas disebabkan Jerebu yang agak terok juga. Jadi berhati-hati  ketika duduk di luar rumah atau dimana saja anda berada. Para perokok tegar juga sila-silalah prihatin kepada warga-warga sempot seperti mak ni yer...kalau dah dengor ada orang batuk-batuk terkokol-kokol separuh nyawa tu pegilah merokok jejauh.

ni la obatnyer insyallah mujarab



Selalunya kalau batuk-batuk camni tekak tuh merenyam2 jer...rasa cam nak berus anak tekak tu. Tah camana rupa kuman-kuman yang bergayut-gayutan kat anak tekak tuh. Biasanya kalau kene batuk n sempot2 camni memang la batuk sampai terkencing2... HUhuhuhhu...kene pakai pampers la plak...



gula-gula berubat ni sgt bagus n melegakan...blh dpt kat kedai ubat cina

 
Pegi klinik dah berapa kali dah sampai abes ubat, sampai naik boring mak dibuatnya. Sib bek la ada member mak sorang ni prihatin ngan kawan die yang sakit ni, dia belikan ubat ni untuk meredakan batuk-batuk. Alhamdulillah ok. Ni antara ubat hisap yang mak selalu beli kalau batuk-batuk camni bagi meredakan batuk sementara. 

ni kalau tonsil mula bengkak memang sesuai

Macam Difflam n Tussils ni beli kene tulis buku sebab ianya  diantara ubat-ubat terkawal. Jadi kepada yang kurang sihat silalah dapatkan nasihat dokter sebelum mencuba apa-apa ubat manalatau tak sesuai nanti ada alahan plak susah....

SOS HP TIDAK HALAL??



Korang pernah ke guna sos nih...Mak tak pernah pulak... Dan rasanya baru festime aku dengor nama sos ni... (nampak no jarang gi beli barang)....:P
Sos ni digunakan untuk memasak ke?? Yerla tuh kan..tp mak biasanyer guna sos atau segala ramuan yg ada ajo...Tak kose mak nak carik sos yang tah apa2 mende nih...kalau rajin nak masak, aku dulikkan ajer guna apa yang ada...Janji jadi...Gambar di atas merupakan salah satu HP Sauce yg ada di pasaran. HP Sauce ada keluarkan banyak jenis sos so maknanyerla I guess, boleh la kita anggap semuanya haram! najes2..



Ni adik-beradik lain sos HP ni...isk3...haram la kot semuanya...

ni bukan salah satu jenis sos yer...muahahahah

Memula dengor nama sos ni aku dah teringatkan printer HP....kikikiki... Tak sangka sos pon ada nama HP gak...Universal gak nama ni yer....muahahhaha...

Mungkin yang rajin memasak tau la kot pasal sos ni....Ni kabornya sos HP ni tidak halal....
Jadik jangan sampai terguna udah la....

Jakim sahkan HP Sauce, Tabasco Pepper Sauce mengandungi DNA babi

KUALA LUMPUR 15 Jun - Semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.
Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sazali Harun, mereka juga diminta melakukan proses samak dan mengemukakan bukti surat akuan samak daripada Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing kepada Jakim.
"Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk tersebut dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya.
"Mereka juga dikehendaki untuk mengemukakan resit pembelian produk baru kepada pihak kami," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam kenyataan yang berasingan, beliau turut memberitahu, Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn. Bhd., ditarik balik berkuat kuasa serta-merta berikutan penemuan DNA babi dalam produk Chicken Burger Patties dan Chicken Taiwan Sausage keluarannya.
Penarikan sijil halal terhadap syarikat tersebut dilakukan berdasarkan keputusan mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia yang diadakan pada 22 April lalu..





FRESHMAN FATHER- FATHERS DAY MOVIE-


Sempena Hari Bapa, banyak gak program TV menayangkan cite-cite best termasuk la TV2. Sebab tak kemana-mana jadi mak pon layan Tv jer sambil lipat kain baju. hihihih...Cite ni best jugak... Meh layan sinopisis cite ni. Tersentuh perasaan masa isterinya nak tinggalkan dia, alasannya dia rasa macam baby nyer tak suker kan dia. Biasalah orang perempuan baru lepas bersalin merasa tertekan dengan rutin kehidupan hariannya. 

Mujurlah si John ni seorang bapa yg bertanggungjawab. Sanggup angkut anak masuk dewan exam. Dan profnyer turut menyanyikan lagu utk tidorkan babynyer... So sweet...


Thanks to PEREKACERITA...

SINOPSIS.

Kisah John yang masih remaja dan seorang pelajar namun pada usia 18 tahun, John juga telah menggalas tanggungjawab sebagai seorang bapa. Dia kemudiannya bersendirian menjaga anaknya setelah isterinya yg masih muda tertekan dan meninggalkannya.




Motivasi mahu menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam pengajian sekaligus membesarkan anaknya penuh perhatian dan kasih sayang membuatkan John nekad dan berusaha gigih mencapai cita-cita dan matlamatnya itu.
Filem ini berdasarkan kisah benar berlaku sekitar tahun 1970 pada diri John Wand, remaja berusia 18 tahun yang baru diterima memasuki Harvard apabila satu hari dia mendapat tahu teman wanitanya sewaktu di sekolah tinggi telah mengandungkan anaknya.

Kisah sebenar ini lalu diangkat dalam versi filem yang mengetengahkan watak John dilakonkan oleh Drew Seeley) dan Kathy (Britt Irvin) yang telah dinobatkan sebagai raja dan ratu pada satu majlis. John kemudiannya mendapat biasiswa penuh melanjutkan pengajian muzik ke Harvard dan menetap di Bandar Lowa. Ibu bapa mereka tidak mempunyai wang yang banyak tetapi kedua-dua remaja itu sendiri mempunyai masa depan yang cerah.


Kemudiannya sebelum musim panas berakhir, Kathy mengumumkan bahawa dia mengandung. Tanpa mempertimbangkan keputusan yang diambil, mereka terus berkahwin. Kathy bersama John Harvard berpindah ke perumahan kelamin bagi pelajar yang menuntut di situ. John menggalas tanggungjawab sebagai pelajar dan bekerja sambilan di kedai buku untuk menanggung keluarganya. Manakala Kathy pula diterima kerja sebagai juruwang bank. Kehidupan mereka ketika itu begitu sukar.

Sementara pelajar lain menikmati alam remaja , John dan Kathy pula sibuk di rumah menguruskan bayi mereka yang telah lahir yang diberi nama Adam yang setiap hari berterusan menangis. Sementara itu John mendapat gred D iaitu gred yang cukup diimpikan semua pelajar. Tetapi pensyarahnya menasihatkan John menggugurkan subjek utamanya.

Sementara itu, Kathy berdepan tekanan sebagai ibu muda yang kehidupan sehariannya terperap di rumah melayan bayinya yang menangis. Walaupun John begitu menyintai isteri dan anaknya, Kathy pula tewas pada tekanan dihadapinya dan mahu pulang ke rumah ibunya dan  meninggalkan John.
Situasi itu membuatkan John tidak lagi layak tinggal di rumah kelamin yang hanya layak diduduki pelajar berkahwin. John kemudiannya menyewa bilik di rumah seorang pakar psikologi, Dorothy yang banyak memberikannya sokongan dalam menyeimbangkan antara tanggungjawab sebagai seorang bapa dan juga pelajar.


Satu hari bayinya telah demam panas. John yang tidak memiliki kenderaan segera membalut bayinya dalam selimut dan berjalan dalam hujan pergi ke kedai ubat. Mujur bayinya dapat diselamatkan. John menguruskan dan menjaga anaknya sendirian selama empat tahun hingga akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian



gambo: copy google...tq google

Sunday, June 17, 2012

CUTI-CUTI MALAYSIA PART 2

Okeh...continue the stori......muahahahhaha
Aktiviti pada hari Kedua iaitu Khamis ialah pegi sarapan pagi dulu...yeah yeah..


Sambil menanti nenek bersiap2, meh layan posing2 dulu...


Lamanye tunggu Nenek ngan Nek Zah siap...huhuuuhhuh


Takpe2,,,kita layan game psp dulu...


Tengok tv dulu yer...


Yeah, mama ngan ayah epol posing dulu yer....Kontrol hensen n lawa semua...

Jap...jap ekkk...



Nenek dah sedia nak pegi, semua kene beratur elok-elok yer, sapa nakal-nakal kene tinggal.


Singgah makan sarapan dulu. Makan kenyang-kenyang jap lagi nak jalan-jalan.

Hmmmm dapnyer....


Senyum-senyum semua. Nenek ngan Nek Zah tak sabar nak gi soping sebenornya..









Sampai dah. Jom naik ni la mama....

Posing dulu yer....


Nak aik tuh oleh la mama....


Tak mau...!! Adik pegi la naik ajak ayah...Mama tunggu bawah jer erk...

Beli tiket dulu yer...


Dapat dah tiket...Kene beratur dulu yer...


Miniature. Nampak kecik cenonet jer kan3...


Makkk aiii.... Ramainya makhluk...huhuuuhuhuh beratur2..




Danish ngan Daddy cam dah boring jer nunggu...Lama no beraturnyer....Sabor ekk orang ramai ...


Ayah kippi dah tido dah...



Akhirnya....naik gak.....Senyum sokmo Daddy, Danish ngan Nuha...


Maklong, Ayah epol, Syabeel ngan Kippi... huhuhuuh....gayatnyer aku....


Haissshh, tak reti takut budak-budak ni hah...



Pandangan dari dalam kabel car ....canteknyer...uuuuu gayatnyer...


Dalam kete kabel mak berpeluh2 menikmati pandangan dari ketinggian nih...

Budak-budak ni, jakun dah nengok camni pon tak takot. Mak gak yg tak bergerak2 dari tempat duduk...


Ayah ngan daddy bergambo sesama..... Payah nak ngambik 2 beradik ni bergambo...camana anak bapaknyer pon sama....muke tak penah senyum...gambo pon sepesen jer...

huhuhuhuu,,,,, bila nak turun nih...


Daddy ni memang rajin melayan anak sedara ngan anaknya.... untung la ko Syabeel ayah dok pegang kippi ajer...


Ayah dok melayan kippi.... Pegang jangan tak pegang...

Hah tu stesen yang pertama kite singgah sini ajer...sana lalu jer dahler....



Kabornya Shah Rukh Khan pernah shooting pilem kat sini...Kalau tak silap cite Don 2....Huh dia siap bergoleng2 atas nih....Syabas mere beteh....



Ramai gak yang singgah tgk view kat sini, memang melotups la dia nyer pemandangan....Sangat indah... Waktu kami singgah cuaca cam mendung nak hujan. Jadik takot ujan kang kandas plak kat sini...Dah moh ler kiter gerak...




Kippi cuba melepaskan diri... Berbagai2 aksi dibuat tapi gagal....huhuhuhuhhuh


Apa tuh dik....tengokla ...

Dah2... macam2 aksi dia wat untuk lepaskan diri dari pelukan.... No no no....Tak muleh2....



Posing jangan tak posing....muahahhaahha

Moh mama kite balik, jap lagik ujan ...


Baru la nampak senyum laki aku ni hah....

 Yeahhhh yeahhhh......dapat dodok.....

Alah, nak turun la ayah...


Muke terpaksa bergambo, Syabeel ni payah nak amik gambo kekadang...

Last picture sebelum balik...






Alhamdulillah, selamat dah sampai kat bawah...

Dalam ni banyak kedai serbanika...hah kot nak nyoping silakan...



Makan jak ekkk...


Nenek n Nek Zah, mekasey la tunggu cucu semua...



Hah, sempat cuci mata jap....


Banyak gak aktiviti leh wt dalam ni termasuk naik motor, abseling ....larat ngan tak larat jer....uhuhuhuh



Mummy n Daddy santai2 jap nunggu anak2 makan eskerim




Adik layan nengok ikan jap ehhh


Dapnyer...makan eskrim waktu panas2...






Seterusnya lokasi ke 2 kami adalah ke Beras Terbakar...


Dalam tu la berasnya...saki baki yang ada....


Sekitar view kat area nih...

Nak soping??? Macam2 ado....





Petang tuh blik ke apartment dalam jam 5...budak2 nih sakan nak gi mandi kolam.... So petang n malam lepak kat rumah ajer....Penat oooo.... Sempat bawak Kippi main kat taman belakang apartment. Ada padang kecik....Atas tu pulak ada swimming pool





Nanti kita sambung part 3 plak ekkk......



SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts