CARIAN ANDA

Saturday, March 24, 2018

CUTI CUTI dash box cyberjaya

ASSALAMUALAIKUM UOLS..
LAMA x bersiaran dialam maya..
Cuti sekolah bulan 3 tadi merasa la bercuti ke dashbox 2hari 1malam je..gi khamis jumaat dah balik.
Kalau ikutkan banyak lagi gambar. Tapi upload dulu mana yg larat ler hihii.. Seronok datang sini sebab ko boleh mandi bila bila masa je. Kolam dekat je bukak pintu boleh dah terjun. Anak-anak paling seronok ler.

Booking bilik Studio King Garden lokasi tingkat bawah la.. Muat2 la anak beranak 5org. Bawak la tilam toto ngan bantal lebih. sebab katil king ni mmg katil tu xbleh nak digerak kemana camtuler terletak je. Kitorg tido semua atas katil 5beranak. Zaara tak suka bersempit dia bangun tido kat bawah. Masa booking dapat harga 260. Masa cek in tu kol 3 kene bayar ler deposit tunai RM100 ye ibu-ibu... pastu aku tenyeh kad kredit la bayar abis. Deposit sebelom cek out blh amik balik. 

Cik kak book dasbox ni online je. Sbb dah tanya kalau walkin mmg ko xmerasa la sbb weekend mmg penuh sesaja. Inshaallah bulan sept ni pergi lagi secara berjemaah dgn sahabat2. Tu pon sama booking online dapat plak hr jumaat. Itu je yg ada. Nak makan kalau rajin ada je dekat2 area cyberjaya ni banyak je restoren mamak n lain-lain kalau rajin nak pergi. Kot malas siap2 la bawak apa yg patut. MCm kami siap2 bawak roti, maggi cup, air kotak, ade je fridge kecik dlm tu tp xusik pon. Kita makan apa yg kita bawak lg sedap. Pasni nak bawak periuk nasi letrik senang nak masak nasi pastu panaskan rendang dalam tin, hah makan. 

Dorang pon ada cafe sndiri.. Nak makan kalau ada bajet lebih boleh jek. Tapi harga agak mahal skitla. Nak beli fries or burger pon ada jual kat cafe tgh2 kolam tu.. mahal skit la ye buk.. siapkan duit je.. hahaha..




 jom cek in


time tengah xde manusia
 hah dah xsabor la tu
 muka xsabor nak mandi kolam
 ni ler rupa bilik. cermin kemain beso. untuk nampak kan bilik luas ler konon
 bukak pintu jalan depan skit dah nmpak kolam


bukak je pintu kereta depan tu je,, senang kan.
 tu dia...
 budak ni mmg nk berendam je
 kolam budak paras buku lali

 malam pon mandi selagi boleh
 bilik atas tu 1 je. katanya luas. bawah yg ada 2 pintu slide tu sebelah bilik lain lain yer..
 bergambor kenangan
best kan...lain kali datang lagi... bye



SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts