CARIAN ANDA

Tuesday, March 29, 2011

CONTEST : Apa Saya Nak Buat Kalau Diberi RM100




Apa saya nak buat kalau diberi RM100.00??
Animated Gifs
1stly, syukur alhamdulillah.... saya ucapkan jutaaan terima kasih kerana sudi nak bagi RM100 kat saya. Kenapa bagi RM100 je bagi la lelebih lagi yer... saya doakan moga dimurahkan rezeki berlipat-lipat kali ganda lagi, sentiasa hensem, macho, baik hati, beriman, awetmuda, sihat, kaya dan berjaya hendakNya....amiinnnnn

Graphics
2ndly Sukati saya la nak buat apa pun ngan duit tuh..macam2 boleh beli, belanja  makan untuk sebulan pun lepas..isi minyak kete utk 3 minggu pun lepas....hehehehehe dah bagi kannn mana leh amik balek buruk siku tau......heheheeh mekacih...

Animated Gifs








kalau korang nak join, bleh klik SINI
tarikh tutup 30.04.2010
mana la tau rezeki kan...

Animated Gifs











Doa dengan Asma' Allah Untuk Anda & Keluarga

Doa dengan Asma' Allah Untuk Anda & Keluarga.

(Nazam Asamaul Husna)

http://www.facebook.com/AlumniDrAzizan

oleh Alumni atau Bakal Alumni Program Dr.Azizan Osman pada pada 29hb Mac 2011 pukul 7.42 pagi
AO: Bacalah doa ini dengan penuh rendah hati, dengan penuh khusyuk menghayati, dengan penuh tarik dan lepas nafas, dengan penuh pengharapan untuk mengubati jiwa, menarik bahagia, dibuka simpulan, ditunjuk jalan dan untuk hajat yang khusus......Dipetik doa ini daripada Buku "Kecerdasan Berasaskan Asmaul Husna".

Sila baca sekali dan amin kan doa ini untuk anda, keluarga serta umat Muhammad. Tolong klik "share" untuk berkongsi dengan seberapa ramai yang mungkin.

The Power of Doa, The Power of Allah swt.

-----------------------------------------------------------------------------------

Dengan nama Allah kami mula membaca
Segala rahmat bagi Tuhan kami
Rahmat dan keselamatan,
bagi nabi kekasih kami.

Ya Allah Tuhan kami,
Engkau tujuan kami,
Redamu yang kami cari,
Di duna dan akhirat kami.

Wahai yang maha pengasih, yang maha penyayang,
Wahai yang maha berkuasa, yang maha suci,
Wahai yang maha sejahtera, yang maha terpercaya,
Wahai yang maha memelihara, yang maha perkasa,

Wahai yang kehendaknya tidak diingkari,
yang memiliki kebesaran,
Wahai yang maha mencipta,
yang mengadakan dari yang tiada,
Wahai yang membuat bentuk, yang maha pengampun,
Wahai yang maha perkasa, yang maha pemberi.

Wahai yang maha pemberi, yang maha pembuka,
Wahai yang maha mengetahui, yang maha menyempitkan,
Wahai yang maha melapangkan, yang merendahkan,
Wahai yang maha meninggikan, yang memuliakan.

Wahai yang menghinakan, yang maha mendengar,
Wahai yang maha melihat, yang memutuskan hukuman,
Wahai yang maha adil, yang maha lembut,
Wahai yang maha mengetahui, yang maha penyantun.

Wahai yang maha agung, yang maha pengampun,
Wahai yang maha besar, yang maha memelihara,
Wahai yang maha memelihara, yang maha mencukupkan.

Wahai yang maha luhur, yang maha mulia.
Wahai yang maha mengawasi, yang maha memperkenankan,
Wahai yang maha luas, yang maha bijaksana,
Wahai yang maha mencintai, yang maha mulia.

Wahai yang membangkitkan, yang maha menyaksikan,
Wahai yang maha benar, yang maha mewakili,
Wahai yang maha kuat, yang maha kukuh,
Wahai yang maha melindungi, yang maha terpuji.

Wahai yang maha menghitung, yang maha memulakan,
Wahai yang maha mengembalikan, yang maha menghidupkan,
Wahai yang maha mematikan, yang maha hidup,
Wahai yang maha berdiri sendiri, yang maha menemukan.

Wahai yang maha mulia, yang maha tunggal,
Wahai yang maha esa, yang maha diperlukan,
Wahai yang maha kuasa, yang sangat berkuasa,
Wahai yang mendahulukan, yang mengakhirkan.

Wahai yang pertama, yang terakhir,
Wahai yang maha nyata, yang maha tersembunyi,
Wahai yang maha memerintah, yang maha tinggi,
Wahai yang maha dermawan, yang maha menerima taubat.

Wahai yang maha mengancam, yang maha pemaaf,
Wahai yang maha melimpahkan kasih, yang maha menguasai,
Raja yang maha berdaulat, pemilik keluhuran dan kemuliaan.

Wahai yang maha adil, yang maha menghimpun,
Wahai yang maha kaya, yang memberi kekayaan,
Wahai yang maha mencegah, yang memberi derita,
Wahai yang memberi manfaat, yang maha memberi cahaya.

Wahai yang maha pemberi petunjuk, pencipta pertama,
Wahai yang maha kekal, yang maha mewarisi,
Wahai yang maha tepat tindakannya, yang maha penyabar,
Yang memulakan, yang maha agung, itulah sebutannya.

Kau rahmatilah kami semua umat Muhammad, Kau ampunilah kami semua umat Muhammad, Kau peliharalah kami semua umat Muhammad, Kau kasihilah kami semua umat Muhammad mendahului murkaMu, Kau limpahilah hati-hati kami dengan penuh kasih sayang sesama kami untuk mendapatkan kasih sayangMu, Kau peliharalah kami umat Muhammad daripada segala bencana, mala petaka dan khianat. Kau tunjukilah kami jika kami sesat, Kau ingatilah kami bila kami lalai, Kau pasaklah jiwa kami dengan nur dan iman. Kau peliharalah kami daripada seksaan kubur dan api neraka. Kau jadikanlah kami umat Muhammad yang sentiasa mendapat maghfirahMu.

Ya Allah, Ya Dzal JalaliliwalIkram. Kau yang Maha Memakbulkan permintaan hambaMu, Kau yang telah menjadikan Nur Muhammad kekasihMu, Kau yang telah menciptakan syurga dan nerakaMu, Kau yang telah mendirikan arasyMu....

Kau makbulkanlah permintaan kami ini! Amin Ya Rabbal A'lamin.

PERBANKAN MAYBANK2U

Hai semua...Animated Emoticons

Pagi ni Cik Kak nak kongsi cerita tentang perbankan Maybank2u. Semalam Cik kak cuba masuk ke website Maybank2u tapi tak boleh plak. Rupanya dorang tengah upgrade sistem . Makin canggih sistem keselamatan Maybank2u ni.


Animated EmoticonsTentu ramai dah guna perkhidmatan online Maybank2u ni dimana ianya sangat mudah digunakan. Senang nak transfer duit, bayar bil dan lain-lain lagi la yang melibatkan pembayaran.Tak yah nak keluar ke bank, cari parking, beratur  panjang-panjang atau tunggu lama-lama.

Setakat nak transfer duit atau bayar bil boleh buat bila-bila masa jer dengan internet banking. Dan Cik Kak rasa ramai juga yang masih takut-takut nak guna perkhidmatan bank secara online ni kan.... Jangan takut la, senang jer kalau tak tau boleh belajar, macam Cik Kak sebelum ni pun tak pandai guna tapi bila dah pandai guna alhamdulillah sememangnya sangat2 memudahkan segala urusan Cik Kak.

Selain Maybank Cik Kak turut menggunakan Bank Islam Internet Banking dan Bank Rakyat Internet Banking. Setakat ini  Cik Kak sangat-sangat puas hati.. yang tak puashati bila line internet teruk tu je la...hangin satu badan la...hehehehehe


Pastikan anda menggunakan hanya  link maybank2u. Anda boleh search di google atau terus taip website tersebut, bukannya klik  link dari mana2 email okeh..Sebab sekarang ni ada banyak kes penipuan melalui email. Adalah diingatkan sekiranya anda menggunakan link2 melalui email berkemungkinan besar anda menggunakan laman web palsu.So hati-hati...

Kemudian yang terbaru nih pihak maybank masukkan ciri2  keselamatan lain iaitu mengenal pasti 1 imej yang kita pilih bersama satu kata rahsia hanya empunya diri saja yang tahu ini adalah untuk mengenal pasti samada itu adalah laman website maybank yang sebenarnya. bagus juga kan.

Jika tidak ada imej tersebut maka kemungkinan website tersebut bukan website sebenar maybank2u, maka jangan masukkan pasword. Jika imej tersebut keluar dan betul seperti yang anda pilih barulah boleh masukkan pasword anda. Atas sebab-sebab keselamatan Cik Kak dah padamkan gambarnya yer....heheheheheAnimated Emoticons


1 peringatan kepada semua bahawa pihak maybank tak pernah sesekali menghantar apa-apa email ke email kita atau call kita...sekiranya ada apa-apa notis pihak maybank akan menghantar ke dalam inbox akaun maybank seperti didalam gambar ini yer... segala pemberitahuan atau apa-apa notis akan dihantar hanya melalui surat official dari pihak maybank sendiri.

Kalau ada yang dapat melalui email tu semua tipu belaka . So berhati-hati okeh. Kang tak pasal-pasal abis duit kita. Oh tidak.... Ni semua kerja penyamun cyber.Animated Emoticons




Ni paling penting setelah selesai dengan urusan perbankan internet sila pastikan anda clear cache. Apa mende??
 Animated Emoticons
Hehehehe sebetulnya Cik Kak tak pandai sgt apa mende nyer tapi lebih kurang camnih la setiap kali selesai melakukan apa-apa transaksi kemungkinan username dan pasword tadi telah direkod dalam sistem internet di pc yang anda gunakan jadi untuk keselamatan pastikan anda clear recent history.

Apatah lagi jika anda  menggunakan pc di ofis atau di cyber cafe.oKEh diharap entri ini dapat membantu anda...bye bye...Animated Gifs

Monday, March 28, 2011

CERITA PANAS



Lain yang dicari lain plak yang keluar...bahaya betul la....ingatkan nak cari la cite2 semasa yang pnas2 ker sekali ni plak yang keluar...sabor jer la...

HOBIMU HOBIKU JUA

basikal lama ngan basikal bmx
rembat dari umah kak m konon nak jual tapi beli abiskan semua
ni pun beli ngan kak m
ni hasil rembatan dari kedai  banjir
gobok nenek yang berjaya diculik dan hasil pinggan lama dari kedai banjir
hasil rembatan dari kuala kangsar
ni hiasan jer
ni pun hasil dari mak mentua
mangkuk kuih lompang
beli ajer kejenya pantang jumpa
ni pun ada lagih ha
mak aiii ada lagi
Hai u olls..pe kabor? DOk umah 2 hari ni malas nak update pape cite sebab sibuk ngan anak-anak. Kali ni cik Kak nak kongsi hobi laki cik kak. Laki cik kak ni macam-macam hobi ni antara yang dia dok jakun la ni.

Pantang dengor atau ternampak kat kedai mula la gatal tangan dok nak beli mende-mende nih... sampai semua tempat penuh sesak barat ngan  natang-natang nih... Cik kak tak la beriya no tapi memandangkan laki cik kak suka noo cik kak bagi sokongan padu jer la.

Mujurlah dia rajin ngemaskan rete-rete dia nih kalao Cik Kak nak ngemaskan tu mau makan tahun gak kot nak siapkan. Satu lagi laki Cik kak ni suka hias-hias rumah boleh katakan segala barang kat umah dinding-dinding kalau boleh letak gambar, hiasan abis la semuanya penuh...

Tak ramai orang lelaki suka hobi-hobi camnih...Ada gak yang mahal dan ada yg murah. Pinggan mangkuk lama tu 1 rm2.00, katanya beli kat kedai banjir. Banyak pulak tuh... boleh wat kenduri la. Posy flower tu plak ada yang dibeli dan buah tangan dari Kak M. Kira rezeki la. Ada juga yang dibelli di Amcorp Mall, Pasar Tani Shah Alam.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts