CARIAN ANDA

Saturday, December 21, 2013

RAGAM MENGANDUNG

Lamanya xbukak blog ni. Mcmn nk bukak urus diri sdiri pon xlarat. Ragam mengandung kali ni luarbiasa dr yg sebelum hingga memaksa ambil cuti tanpa gaji 2bulan.

Apa tidaknya masuk bulan ke2 aku dah mula lemah xbermaya, alah pada bauan, makanan,  org sekeliling malah pada aktiviti kerja seharian pun terganggu.  Memang teruk sangat. Balik kerja terus terlepek tak bermaya. Makan minum pun tak lalu. Kerja2 rumah tak terbuat sampai encik suami membebel.

Bila tengok hari demi hari bininya makin tak bermaya dan banyak terperuk di bilik air sambil menanges encik suami jadi kesian. Pandai dia memujukku kuatkn semangat dn byk2 bersabar. Hakikatnya Allah saja yg tahu perasaan kali ni. Jiwaku jd terlalu sensitif. Mudah sgt menangis. Dek kerana mc dah abes ku kerjakan dan xpunya pilihan lain jalan terbaek amik cuti tanpa gaji dan berehat panjang dirumah.

Berat badan terakhir turun mendadak dalam sebulan. Apatidaknya, taklalu mkn dan hanya bergantung pada biskut kering, air kosong,  shake sebagai makanan.  Nasi mmg xmkn dlm sebulan. Selepas usia kandungan masuk 11minggu pun masih mcm tu seorang kawan lama bg satu pek double stemcell utk aku cuba. Mula2 aku tolak tp lepas dipujuk aku pun mencuba. Hasil nye  3hari aku makan stemcell ni rasa mual mula kurang. Selepas seminggu rasa selera nk mkn mula ada. Alhamdulillahhhh.  Tekak yg sebelum ni rasa tawar hambar dah boleh menjamah sekurang2 nya sedikit makanan untuk lebih bertenaga. Lepas habes sebungkus stemcell tersebut baru sambung semula minum shake yg seblom ni terganggu.

Bagi orang yg takpernah mabuk2 mcm aku ni mungkin ada yg kata mengada2. Tapi percayalah kalau korang alami mcmn yang aku rasa mungkin barula korang akan faham. Bersyukurlah banyak2 pada Allah sebab tak rasa pengalaman tersebut. Tiap kali mgandung tiapkali tu la mabuk.  Risiko yg aku ambil utk lahirkn zuriat. Memang dah xlarat nak mengandung lgi lepas ni.

Moga anak dalam kandungan sihat dilindungi Allah.

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts