CARIAN ANDA

Monday, May 13, 2013

MAKAN-MAKAN LAGI

Sempena hari Ibu, sebenornya hari-hari pun hari Ibu kan,. tapi tak kesahlah dah orang nak belanja rezeki jangan di tolak. Moh kita makan. Alhamdulillah. Moga rezeki bertambah berlipat kali ganda lagi .Amiiin, lain kali ajak-akjaklah saya sekeluarga makan-makan lagi. Sure pergi. tak tolak punyer. Mekasey2.

kedondong air saya


Puan Dr. yang berusaha untuk majlis, mekasey bebanyak

Tuan Dr, yang sponsor majlis dan yang diraikan dalam majlis Ibunda Mertua bete

yang tumpang sekaki hehehehe nampak tangan je

huiii manyaknyer

sat-sat tunggu nasik mai

ya itu dia sharkfin sudah mari

anakanda bete

anak menakan bete

PERISTIWA DIMALAM MENGUNDI

Ni peristiwa malam sehari sebelum mengundi 4 Mei 2013. Jadikan iktibar yer. Tengahri tu memang ada seminar kat PWTC mujur tak bawak kereta sendiri kesana. parking kereta kat rumah kak sim dan tumpang kereta dia jer. Sampai klang dah jam 8.30malam. Sesak kat Meru masa hantar kak ina balik rumah sebab sepanjang jalan ada orang dok pesta mengundi. Memang dasat ler.

Sekali sampai tgk katayr kereta dah melepek, aduihh Ya Allah dah malam kedai semua tutup dah dok pikor mana cak cari bantuan. Menung-menung kejap sambil telepon encik suami yang tak angkat-angkat hp sebab dok sebok tugas kat bilik SPR. Tensen gak ler, dok pikir dah camana nak balik kapar camni, esok awal pagi dah kena bertugas lagi.

Kesian kat budak-budak kena la dorang tido tanpa mama malam tu. Sib bek la tergerak hati nak call encik Situ. Syukurlah ada bro ni kat umah. Sebab umah dia kat area bukit tinggi gak jadi senang la.  Dia datang cepat tak sampai 10minit call dah muncul/ bagus la member sorang ni. Memang terbaikk moga Allh saja yang membalas budi baiknya.


Dekat pukul 10.30 baru setel. Syukurlah. Terus pecut balik rumah. Singgah umah makmentua sebab dah penat sangat. Singgah makan jer :P. ahahahhahaha. Sebab letih sangat rasa nak pengsan. tapi tak la tido sana balik umah tido sorang-sorang sebab pagi-pagi buta 5.30 dah nak bangun, Baju pon semua kat rumah. Mujurla tak tinggal kat umah ibu kat Kapar kalau tak jenuh gak nak balik ambik baju semata.

alahai

gelapnya

aiseyyy
Udah ler gelap, cahaya pon samar-samar jer, nasib baik la dah undur kan sikit kereta tu kedepan. Ada la cahaya lampu , tapi tu la ada masalah lain plak, kereta kancil ni tayar dia kuat kemain gak. jenuh dok terajang baru tanggal. lagi-lagi peralatan dalam kereta kurang lengkap mengakibatkan kelewatan dalam proses bukak tayar. So korang kena pastikan alat-alat ni ada dalam kereta.

Hah, korang pastikan barang-barang ni mesti ada dalam Bonet kereta
seeloknya pakai jenis ni ,

nak senang pakai jenis ni






ni barang yang ada dalam kereta bukan tak boleh guna tapi benda ni naik lenguh la kalau kita orang pompuan mau tak terbuat.


ni paling mudah.



SELAMAT HARI IBU

MAMA, pandai tak kippi buat, untuk mama. 
Pandainyer, kippi buat, terimakasih sayang.
hari-hari adalah hari ibu. :P




 Ni Syabeel buat untuk mama. Terimakasih sayang.


SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts