CARIAN ANDA

Wednesday, January 11, 2012

APA ITU PAP SMEAR

 Monkey Icon

Halooo, hai... pe kabor semua...harap semua sihat ler yer...
Arini nak cite pasal Pap Smear.Cik Kak baru je dapat dari surat peringatan dari Kementerian Kesihatan untuk pergi menjalani ujian Pap Smear.

Monkey Icon Cici
Menatang apa Pap Smear ni???
Pemeriksaan ni khas untuk para wanita yang sudah mendirikan rumah tangga sahaja. Diulang yang sudah berkahwin. Wanita yang belum berkahwin takpayah la buat yer. Jadik para lelaki takyah Monkey Winkslersusah hati korang takyah nak buat pemeriksaan ni. Tapi kalau nak amik tau apasalahnyer. Sok senang.


Okey ni ada sikit info berkaitan Pap Smear...cekidaut...
Monkey Icon


Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser.

Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.

Bila saya patut melakukan ujian pap smear?
Anda patut melakukan ujian pap smear setelah anda mula mengamalkan seks atau mencapai umur 26 tahun sehinggalah anda berusia 70 tahun. Wanita yang telah menjalani histerektomi (membuang rahim dan serviks) tidak perlu lagi melakukan pap smear melainkan sebab pembuangan rahim adalah sebagai rawatan pra kanser. Wanita yang telah menjalani histerektomi subtotal (membuang uterus tanpa membuang serviks) masih perlu melakukan pap smear secara berkala.

Apa yang perlu saya lakukan sebelum melakukan ujian pap smear?


Ujian pap smear tidak boleh dijalankan semasa haid kerana sel yang diambil pada waktu ini biasanya tidak memadai dan kehadiran darah haid juga akan menyukarkan penilaian ke atas sampel yang diperolehi. Anda dinasihatkan menjalani pap smear pada hari ke-7 hingga hari ke-10 kitaran haid (hari pertama datang haid adalah hari 1).

Anda perlu mengelak dari melakukan perkara-perkara berikut sebelum ujian :
1. Melakukan seks,
2. Menyembur kawasan vagina,
3. Menggunakan tampon, dan
4. Menggunakan krim vagina.



Apa yang dilakukan semasa pap smear?
1. Anda akan diminta untuk berbaring di atas katil dengan lutut dinaikkan dan dibengkokkan.
2. Spekulum (muncung itik), sepanjang 4 inci,akan dimasukkan ke dalam vagina untuk membolehkan ia terbuka.






3. Dengan pandangan selari, doktor akan memasukkan spatula kayu, untuk mengambil sampel sel dari servik.

4. Sampel tersebut kemudiannya disebarkan di atas slaid kaca dan di sembur dengan alkohol. Seterusnya, ia dihantar ke makmal untuk diperiksa oleh ahli patologi.


Anda akan berasa sedikit tidak selesa walaubagaimanapun, keseluruhan prosedur ini tidak menyakitkan. (sakit gak la sikit macam pedih2 gitu)Monkey Icons

Apakah kelebihan lain pap smear?
Semasa prosedur pap smear, doktor juga boleh mengesan polip dan jangkitan.

Bila saya boleh mengetahui keputusan pap smear saya?

Anda boleh mendapatkan keputusan anda dalam masa seminggu. Sekiranya keputusan anda abnormal, jururawat akan menghubungi anda dan meminta anda untuk datang semula untuk membuat ujian ulangan serta berunding dengan doktor. Walaubagaimanapun, keputusan yang abnormal tidak bererti anda menghidap kanser serviks sebaliknya, ia bererti anda memerlukan pemeriksaan lanjut.

Keputusan abnormal boleh disebabkan oleh faktor-faktor di bawah:
1. Radang serviks yang disebabkan oleh monilia, papillomavirus, trichomonas, herpes virus dan jangkitan bakteria.
2. Cervical dysplasia dimana sel serviks di persimpangan squamous calamus menunjukkan perubahan abnormal yang berpotensi untuk menjadi sel kanser. Sekiranya sel serviks telah menjadi sel kanser tetapi bilangannya tidak melepasi paras terendah, ia dipanggil carcinoma in situ. Laporan pap smear akan dilabel sebagai Class I, II, III, IV and V.

Siapa yang berisiko tinggi untuk mendapat kanser serviks?

Wanita yang dijangkiti Human Papillomavirus dibahagian serviks mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat kanser serviks. Human Papillomavirus biasanya menjangkiti mereka yang melakukan seks rambang kerana ia adalah sejenis penyakit bawaan seks. Kanser serviks juga kerap terjadi dikalangan waita yang merokok.

Di mana saya boleh menjalani pap smear?
Anda boleh menjalani pap smear di klinik sakit puan, pusat bersalin atau mana-mana klinik pengamal perubatan yang menawarkan ujian pap smear. Ala, korang pegi jer kat Klinik Desa free ajer tapi tanya la kat jururawat yang bertugas biasanya dorang buat ujian tu hari apa.......

huhuhuuhu selamat maju jaya ok... Mencegah lebih baik dari mengubati...

Monkey Emoticon
Kite ni orang pompuan kene la jaga anugerah yang Allah bagi, jangan takut atau malu2 nak pergi buat pemeriksaan. Ok pakat-pakat ngan kaum-kaum ibu pergi buat pap smear reramai okey...cau cincau

sumber copy paste : http://www.metromaternity.com/papsmear_m.html

PENGUMUMAN BARU (elaun sara hidup ) BAKAL NAIK

Monkey Winks Yoyo
Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Jan 2012 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat.. 
Monkey Winks Yoyo
Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am. ... Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :- 1. Surat Perlantikan Kerja - Original 2. Surat Pengesahan Kerja- Original 3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas) dan... 80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !
Crazy Rabbit Icons Crazy Rabbit Emoticon
Haaaahahaha! !!! Dah! Pergi sambung kerja.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.... Crazy Rabbit Icon
 jangan mara aaa....gegurau ajer...kasik ilang ngantuk sikit ekk....kekekekeeke
 

Monday, January 9, 2012

Kaedah Mengatasi Kelesuan

 
penatnyer
huhuhuhuhuh...sejak Syabeel dah naik darjah 1 ni rasa letih sikit plak. Apataknya, seminggu yang lepas bercoti memang tak de rehat Cik KAk ni dari pagi sampai malam. Walaupon den ni coti keje opis tapi kat umah keje tak de coti2.... Sesi anta orientasi sekolah bersambung-sambung ngan keje2 rumah yang sememangnya tak abes2... Badan naik letih, takper la sok lama-lama ok la tuh kan. Nasib baik terjumpa kaedah mengatasi kelesuan ni dalam fesbuk.Mekasih yer kengkawan sebab kongsi ngan Cik Kak...So Cik Kak Kongsi ngan kengkawan blogger plak.
Kaedah Mengatasi Kelesuan
oleh Dato' Hj Muhammad Bin Zakaria ( hjmohdz@telagabiru.net.my )

Anda Sering Tidak Bermaya
Sebagai seorang pelajar anda sering berasa letih, lesu, lemah dan tidak bermaya. Kalaulah disorongkan bantal kepada anda, alangkah enaknya. Anda juga sering mengantuk, terangguk-angguk, sebaik sahaja memulakan membaca terutamanya membaca buku pelajaran yang susah-susah.
 
huhuhuhuhu
Dalam kelas, kelopak mata anda akan mula tertutup perlahan-lahan apabila kuliah mula menjadi monotoni dan berpanjangan. Malah ada ketikanya anda juga sering tertidur waktu kuliah.
Kalau anda seorang eksekutif di pejabat, anda sering tersengguk-sengguk di meja kerja.
Anda juga sering tertidur waktu berdiskusi dengan pelanggan. Apa lagi ketika menonton TV, membaca akhbar, di dalam bas atau pesawat (kecuali anda memang merancang untuk berehat dalam perjalanan yang jauh).
 
Bagaimana pula kecergasan anda ketika berada di dalam sebuah kereta yang dipandu oleh sahabat anda? Adalah amat tidak munasabah jika anda tertidur dalam keadaan sahabat anda itu bersusah payah memandu.
Jika anda sendiri yang memandu dan anda tertidur selama tiga saat, anda mengundang maut bukan sahaja kepada diri anda malah kepada penumpang, keluarga tercinta atau sahabat yang bersama anda. Malah boleh melibatkan pengguna jalan raya yang lain.

Jadi Bagaimana Mengatasi Kelesuan?

1. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Berapa jam? Lima jam semalam sudah memadai dari jam 12.30 tengah malam hingga 5.30 pagi. Tetapi anda sering tidur hingga lapan jam sehari. Ini bermakna anda kerugian tiga jam sehari (1/8 hari). Jika anda berusia 24 tahun ini bermakna anda telah kerugian masa emas selama tiga tahun!
 
2. Jika anda terlalu letih dan memerlukan penumpuan pada sebelah petang, tidurlah 30 hingga 45 minit sebelum waktu zuhur. Tidur sebentar sebelum waktu zuhur ini dinamakan tidur qailulah. Tidur qailulah ialah sunah Rasulullah s.a.w. dengan syarat berniat untuk bangun pada malam hari nanti untuk qiamullail. Satu jam tidur qailulah menyamai tiga jam tidur pada waktu malam. Tidur qailulah ini elok diamalkan pada hari cuti. Pada masa hari kerja mungkin agak sulit kecuali anda bekerja sendiri. Itu pun jangan sekali-kali tidur qailulah anda meleret hingga dua tiga jam.
 
3. Bila anda belajar atau bekerja, anda mesti bersedia untuk melakukan dua kerja:

a) Kerja utama.
b) Kerja sokongan yang aktif.
Sebaik sahaja anda berasa lesu atau mula mengantuk, terus lakukan kerja sokongan. Contoh kerja sokongan:
a) Mencari rujukan.
b) Menyusun fail, data atau susun letak meja anda.
c) Bangun dan berkomunikasi sebentar dengan kawan atau rakan sejawat.
d) Mencari bahan dari internet.
 
4. Lakukan aktiviti yang memerlukan pergerakan seperti:

a) Melakukan kerja sambil berdiri atau berjalan perlahan-lahan.
b) Melihat pemandangan hijau yang saujana melalui tingkap atau keluar daripada bangunan.
c) Mengemas bilik pejabat atau bilik belajar sebentar.
5. Buat secawan kopi panas.
6. Berwuduk dengan memasang niat untuk menghalau syaitan yang sentiasa menggoda kita untuk berehat atau menyisihkan kita daripada aktiviti menuntut ilmu.
7. Membaca akhbar harian (jangan lebih daripada 10-15 minit jika waktu kerja).
8. Buat senaman setempat untuk meregangkan otot-otot yang letih seperti:
a) Meramas dan menggerakkan jari tangan dan kaki.
b) Menggerakkan bahu dan leher.
c) Meregangkan lengan.
Ibu Mengelakkan Kelesuan
Selain mengelakkan kelesuan dengan mengoptimumkan fungsi pancaindera, menanamkan semangat yang tinggi dalam minda adalah lebih berkesan. Tanamkan motivasi yang tinggi dalam diri untuk menyiapkan kerja anda dengan pencapaian yang paling cemerlang.
Anda hendaklah mengejar masa yang ada. Letakkan diri anda seolah-olah tidak ada masa untuk berpaling ke kiri atau ke kanan. Lakukan banyak perkara dalam masa yang singkat.
Arahkan Minda Untuk Cergas
Anda boleh berdialog dengan minda anda sendiri dan mengarahkan minda anda supaya bekerja dengan cergas. Latih minda untuk membaca pergerakan dan perubahan yang berlaku di sekeliling anda.
Minda hendaklah cekap membuat keputusan lalu mengarahkan pancaindera untuk melaksanakan arahan tersebut. Pancaindera anda pula hendaklah melaksanakan segala arahan minda secara spontan.

Makanan Yang Menyebabkan Kelesuan
Selain fungsi minda, pemakanan memainkan peranan penting untuk kecergasan. Otak anda memerlukan oksigen yang segar yang dibawa oleh darah ke otak. Makanan yang berzat diserap oleh pembuluh darah lalu dibakar oleh oksigen untuk menghasilkan tenaga.
Badan perlu bekerja lebih keras menyebabkan kelesuan. Antara makanan yang menyebabkan kelesuan ialah:
 
say no....
say no
 1. Makan pagi yang berat seperti nasi berlauk daging dan seumpamanya.
2. Nasi lemak yang banyak mengandungi santan (lemak).
3. Nasi pulut. (Ketiga-tiga jenis makanan ini sesuai jika anda hendak bekerja keras seperti kerja buruh, kerja sawah atau kerja ladang).
4. Makan tengah hari yang berat.
Sebaliknya makanan yang tidak berzat atau yang terlalu kurang mengandungi karbohidrat, gula atau lemak juga menyebabkan kelesuan kerana badan akan kekurangan tenaga untuk bekerja.

Makanan Pagi Untuk Mengelakkan Kelesuan
1. Bijirin yang mudah hadam dan memberi banyak tenaga.
2. Fresh orange untuk mencairkan lemak menjadi tenaga.
3. Buah-buahan.
4. Air mineral.
5. Susu memberi anda tenaga yang banyak.

Mengelakkan Lesu Ketika Kuliah Atau Diskusi
1. Fokus.
2. Datangkan minat yang mendalam.
3. Gerakkan minda untuk bertanya secara kritis.
4. Catat menggunakan peta minda.
5. Pastikan anda dapat mendengar dengan jelas.
6. Baca fikiran pensyarah atau pasangan diskusi anda.
7. Keluarkan pengalaman atau pengetahuan lalu sebagai input perbincangan semasa.

Peranan Otak Kanan Dan Otak Kiri
 
 
Ketika mendengar kuliah atau berdiskusi, otak kanan dan otak kiri mesti bekerja secara serentak. Otak kanan lebih khusus memproses maklumat secara holistik (keseluruhan). Ia lebih bertindak balas kepada warna, imej, suasana dan irama. Otak kiri pula memproses maklumat satu persatu. Ia lebih bertindak balas kepada perkataan, nombor, maklumat, logik dan analisis.
Jadi ketika otak kiri mengecam, menghafal, mengingat dan menganalisis apa yang disampaikan guru, otak kanan hendaklah menimbulkan minat yang mendalam, menggambarkan fakta secara visual, memahami perasaan guru dan bertindak balas pada isyarat tubuh (body language) guru.
Dengan mengkoordinasi kedua-dua belah otak ini anda akan sentiasa segar dalam masa kuliah.
 
 
Mengelakkan Mengantuk Di Dalam Kereta
Ramai orang yang tertidur sebaik sahaja kereta mula bergerak. Cuba anda perhatikan, sifat ini selalunya berlaku kepada anak kecil. Apakah minda anda setaraf dengan minda seorang anak kecil?
 
Bagaimana mengelakkan kelesuan ketika berada di dalam kereta?
1. Mulakan sesuatu topik perbualan atau perbincangan.
2. Kenali (taaruf) semua orang yang berada di dalam kereta tersebut.
3. Pandang jauh keluar.
4. Beri komen apa yang anda lihat di luar kereta.
5. Elakkan membaca ketika berada di dalam kereta.
6. Pasang muzik, radio atau bahan audio kegemaran anda. Mengapa anda tidak membelanjakan sedikit wang untuk membeli CD motivasi oleh pakar motivasi antarabangsa?
7. Anda boleh menghafal ayat-ayat al-Quran menggunakan CD berkaitan.
8. Sediakan makanan kudap-kudapan seperti kacang, kuaci, gula-gula atau minuman bertenaga.
9. Bayangkan aktiviti dan kegembiraan yang anda akan lalui di penghujung perjalanan.
 
Anda Masih Mengantuk?
Itulah kelemahan makhluk yang bernama manusia berbanding malaikat yang tidak pernah lesu dan mengantuk daripada mencatat setiap detik kebajikan dan dosa yang kita lakukan. Malaikat juga tidak pernah letih, lesu dan mengantuk dalam menarik planet, bulan, bintang dan matahari mengikut orbit peredarannya dalam Sistem Suria.
Sampaikan malaikat juga tidak pernah mengantuk daripada menggerakkan bulu mata kita ketika ada serangga yang terbang ke arahnya atau mengantuk ketika menggerakkan jantung dan darah kita ke segenap sel di tubuh badan.
Sedangkan anda? Kadang-kadang ketika memegang sebatang pen pun boleh terjatuh kerana mengantuk!
 
Atau boleh cuba kopi Mahkota Dewa :) ....http://mamajelitawa.blogspot.com/p/kopi-mahkota-dewa.html
sumber: SOLUSI

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts