CARIAN ANDA

Wednesday, May 18, 2011

MAMAT KOREA

Sejak terkena penyakit gila novel ni ...semua nya jadi macam-macam.... takpernah-pernah minat ngan pelakon korea terkenan dah ngan sorang pelakon nih...adeh3...sib baik tak peringkat kronik setakat demam jer la....agak-agak korang la kacak ker???


Name: Dennis Oh
Real name: Dennis Joseph O’Neil
Profession: Model and actor
Birthdate: 1981-Aug-29
Birthplace: United States of America
Height: 188cm
Weight: 83kg
Star sign: Virgo
Blood type: A
Family: Mother (Korean), father (American) and an older brother
Education: Savannah College of Art and Design
Hobbies: Drawing, traveling and photography

TV Series

East of Eden (MBC, 2008)
Witch Amusement (SBS, 2007)
Sweet Spy (MBC, 2005)

Awards
Best Dress, 22nd Korean Model (2005)

NORA ELENA

Kantoi2...
Tak pasal-pasal jam 7 malam -8 malam Isnin sampai khamis Cik Kak Kantoi lagi depan tivi. Ni la masalahnya kalau dah terjebak tengok cite AKasia di Tv3 nih... Semua tak boleh buat. Sebelum ni cite-cite tak berapa menarik jadi Cik kak tak kisah sangat nak berebut Tivi dengan anak-anak.
Start dari minggu lepas terpaksa plak melepak depan tivi angkara cite NORA ELENA ni la...
Sebab Cik Kak memang minat ngan hero-hero ngan heroin cite ni dan jalan cite ni pun cam best jer jadi terpaksa lah tengok dan waktu memasak pun terpaksalah ditangguhkan sementara....heheheheh
jom ramai-ramai layan cite nih....

Episod 1-3 cik kak terlepas tengok so kene la tgk kat website tv3 nanti bila2 pree...kalau sebelum nih cite Chinta pernah mengantoikan Cik kak sedikit masa dulu taktau la camana plak cite kali nih adakah Cik Kah akan terus terkantoi depan tivi lagi...sapa nak jawab nih...acara lipat kain baju la jawabnya pasni...

Tengok cite nih watak-watak lakonan semua pelakon oke la. Heroin cantik hero hensem tapi dari segi lakonan Siti Saleha seolah-olah masih kekok-kekok lagi. Bukan tak bagus tapi rasanya dia boleh memberikan lakonan yang lebih baik lagi. Teringat cite lakonannya dalam Qaseh Ramadhan dulu lakonan nya lebih baik Cik Kak rasa.  Apapun lakonan sapa yang berlakon sebagai tunangnya si Eid memang tunang yang kepala hangin  1 badan ...sampai Cik Kak pun hangin nengok jantan nih...nak marah2 jer..

manakala lakonan Aaron aziz...rasanya dah selalu sangat kot tengok dia pegang watak camnih rasa cam sama jer...standard jer la lakonan dia...jadi bos, anak orang kaya, watak lelaki  gentleman...biasalah kan..apa-apa pun cite baru mula jadi tengok camana klimaks cite nih nanti okeh...


 

 

 

Synopsis:

Kelihatan NORA ELENA, 15, pulang dari kelas tambahan. Dia tercari-cari rakannya. Kemudian, rantai basikal tersangkut, tak boleh bergerak. Hari sudah gelap. Tiba-tiba seorang lelaki telah mencekupnya dari belakang dan mengheretnya ke dalam semak, lalu merogolnya.jeng..jeng jeng
Nak tau tengok sendri la ek....kekekkekeke

Monday, May 16, 2011

yehhhhhhhhh peksa dah abis

yahuuuuuuu peksa abis dah... Crazy EmoticonsMinggu lepas start la Cik Kak gi exam. Hampeh tul tempat exam tah mana-mana. Dah la tu takde geng plak yang sama tempat dalam surat pun nama Cik Kak sesorang jer kat sana. Hotel City Villa la pulak yang ntah kat mana-mana. Nak suruh Incik abang antor, malam jumaat arituh dia dah berangkat ke Terengganu. So kene la gi  secara solo. Plan nak drive sendiri konon( cam tau jalan la kang sesat ntah mana-mana sapa nak tolong) ...tapi setelah dipikiorkan berkali-kali...tukar plan naik komuter jer senang.

selain boleh study last minit dalam tren(study??takdemaknernyer tido lagi bagus)...boleh gak tidor jap sementara tunggu nak sampai.
hah nampak tu jangan wat-wat tak nampak
kalau tak paham lagi tak tau la
ceit ada gak yang tak reti membacaMonkey Emoticons

Bestnyer naik komuter sebab adagerabak khas untuk wanita sahaja. Diulang yer UNTUK WANITA SAHAJA SEPANJANG MASA. Jantina yang tidak berkenaan sila masuk gerabak lain yer. Tapi ada gak yang tak reti bahasa buat muka keras jer sorang mamat ni. Ni jenis kulit biawak. Memang tebal. Memang sajer dok dalam gerabak ni nak tackle aweks kot ...Monkey EmoticonsAlo untuk golongan lelaki machos kalau dah termasuk dalam gerabak ladies sila-silalah pindah ke gerabaks lain plak yer...hormatilah hak kaum wanita...

sebelah hotel ni jer upenye
hah sampai dah dengan selamat


Sampai jer kat Putra naik plak teksi sampai la kat depan Hotel kosnya RM4.00 jugak. Wahhh sesampai jer kat sana upenyer Hotel tu betul2 depan co kit da...apa lagi pasni leh soping2...heheheheh..Web Graphic

waduh2 jap lagik boleh soping
wiwit tudung murah2 dan cantik2
buah2 memang berlambaks2


Akhirnya lepas gak 3 hari tu dengan berkat kesabaran  nunggu tren komuter tu. selama 3 hari . Camana la kan orang lain yang kerja jauh-jauh hari-hari naik tren. Syukurlah Cik Kak dapat kerja yang dekat ngan umah dan ada kemudahan yang banyak.Jadi sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Jangan asik moncong jer merungut itu takde ini takde...
 Monkey Emoticons

SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts