Labels

DOA (13) HERBALIFE STORY (2) IBADAH DAN AMALAN (5) MACAM2 (5) gurau2 jer (2) iye ke (2) jom belajar (3) jualan murah (1) kesihatan (8) kewangan (2) lamanku (3) luahan hatiku (2) masak2 (2) my family (16) pengajaran (7) rahsia (4) renungan (27) suka2 aje (16) sumbangkan (1) umum (49)

CARIAN ANDA

Showing posts with label my family. Show all posts
Showing posts with label my family. Show all posts

Tuesday, June 19, 2018

ANNIVERSARY 2018 KE 14 TAHUN


Image result for free gif animation anniversary



19 Jun .Alhamdulillah genap 14tahun usia perkahwinan kami. Moga dirahmati dan diberkati oleh Allah hingga ke syurga. 20hb Jun pulak besday pak incik tercinta. Raikan sekali besday girl 14jun lepas. Selalu xkemana pon makan2 kat rumah je. Kali ni kita makan kat luar anak beranak .

Makan2 di Kelana Seafood Bagan Hailam Port Klang, sedap2 menunya. 1STime datang masa dinner ngan ofismate.

Rekemen sangat makan butter prawn,  sotong honey mmg sdp.


 susah nak senyum pak incik ni














Saturday, May 26, 2018

RAMADHAN 2018

Bukan selalu, sejak dah berumahtangga dah jarang2 semua adik beradik dapat kompol ramai-ramai berbuka sesama. Ada masa kami semua kompol ramai2 kat rumah ibu di Pondok balai Dakwah Jeram.










Wednesday, December 30, 2015

BESDAY KE 6

Senang je celebrate kat Taska. Beli kan nugget, kek pastu jajan skit2 bg kat teacher suh celebratekan. Xyah nak mening kepala dah. Heheehe.. kek besday biasa la mak tempah kat bff mak Sally. Dah xbeli kat kedai2 luar dah. Lagi sedap n fresh gitu. Besar dah abang Kippi. Dah nak masuk tahun satu.

Tuesday, July 1, 2014

Buah hati baru


Alhamdulillah 14jun lalu mak dah slmt melahirkan seorang puteri. Bersalin kali ni secara operate. Macam2 hal tapi syukurlah segalanya dah pun slmt.
Maka bermulalah episod berpantang dibulan ramadhan. Bersama puteri tersayang. Eryna Ezaara Akmal makan masa juga nk cari nama baby. Maklomla sampai rambang mata bapaknya nak bg nama. Mak tak kisah sangat. Sblom ni bg nama anak encik suami 100% yg uruskan. Mak ikotkan aje. Tp kali ni teringin sgt n suka sangat ngan nama Zaara. Tu yg letak gak nama Ezaara. Eryna plak bapaknya kenan no nama tu nama fb mak tu disukanya padahal encik suami mana der fb. Kebetulan dia suka nama tu amik je la. Akmal plak abadikan nama mak la diakhir nama semua anak2 encik suami kata bio dia ingat slalu kat mak dia ni. ;).

Berpantang operate kali ni lglah mencabar sebab kene banyak berehat tak blh buat kojo berat2. Macamla kojo berat2 sgt. Nampak mcm xberat tp sebenarnya berat. Cuci baju, kemas umah, sapu sampah smua mak xbuat encik suami buat sejak mengandung n lagi2 pas bersalin ni.

Mula2 rasa mcm dah ok lepas 2minggu tp semalam luka kat tempat operate tiba2 keluo darah terus encik suami kata rehat jgn buat keje. Mandikan anak pon letak dalam air dlm bekas kecik dan lap2 je. Takut luka tu basah balik plak. Luka operate tu nampak mcm dah ok ntah macamana sebelah kiri mcm gatal2 n tergaru plak. Susu plak asik meleleh2 dan terbasah plak katsitu. Sekali tgk2 dah berdarah plak. Perit skit la. Takut terkena jangkitan kuman plak la kan. Terus cuci luka bersih2. N lap kering2 kawasan bdarah tu. Mujurla dah xde darah keluo lg. Cuak mak nak oii.


Pergerakan pon xblh kuat2 sgt. Adamasa ngilu n sakit perit. Xbrani la nk angkat ke tolak ke kusi meja ngemas2 dapo sgt
Bila tunjuk luka tu kat encik suami mmg nampak bengkak skit luka tu.

Dah lepas 2minggu ni dah 2kali amik pati ikan haruan. Saja jarakkan pgambilan pati ikan haruan ni sebab xnak minum tlalu kerap sgt. Alhamdulillah dr anak sulong sampai anak ke 3 ni susu mmg byk. Walaopon xamik apa2 supplement sblm ni. Rezeki utk anak2. Sblom ni dptla nyusukan dorg sepenuhnya sampai lebih dr 6bln. Lepas 6bln still nyusu bdn sampai setahun 2bln n pastu stop. Sebab?? Kene gigit. Xblh tahan lor.
Dan masing2 dah makin kuat makan maklomla dah ado gigi. Hrp2 dapat susukan Baby Zaara lebih 6bln. Berbeza dgn baby boy baby girl nyusu agak lemah lembut skit dr baby boy yg agak kuat nyusu. Ni xsampai 10min dah terlelap.
Ragam abang2 plak kalau dilayan blh kene darah tinggi. Ada je benda nk diamuk atau digaduh. Excited sgt dpt baby. Terutama abg kippi. Ingat lg masa lepas keluo dr wad bedah ingatkan tkde la sapa dtg sbb x expect mk mentua  dtg ngan adik ipar anak beranak serta bawak anak2. Kippi n syabeel mak mentua n adik ipar tolong jaga gilir2 spanjang dok kat spital. Tiba2 kippi muncul. Mama,  mama mana baby?  Tula soklan mula2 yg keluo dr mulut dia.
Dlm ramai2 org dlm wad dia blh cam mak dia.
Yela baru sedar. Encik suami pon ada mmg dia dok menanti lepas mak terus dioperate pd hari tu. Dia pon xsangka mama dtg bw smua. Sbb pesan ngan dia xpayah dtg ngan anak2 sbb xnk nyusahkn dorg. Taujela peel anak2 sdiri. Tu pon kippi sedih2 sbb nenek marah katanya. Alahai, kippi ko mmg la suka buat org naik angin. Mcmn nenek xmarah.
Kat hospital 3 hr jugakla br blh balik. Lepas doc tgk luka bedah tu kering n cantik. Dorg terus bg balik. Tp nunggu nk balik ptg gak br selesai. Xkisah la nk balik punye pasal.
Berpantang pon sdri. Ibu ada dtg lepas balik dr selasa temankan sampai ar sabtu. Lepas tu dah balik jeram. Jadila dtg sekejap. Mak mentua plak hari2 dtg kejap2 tgk2 kot2 ada apa2 yg diperlukan.
Baby pon xbanyak ragam sangat. Hari ke 4 dan ke 5 nurse dtg umah tgk baby katanya ada kuning skit. Pegi bawa baby cek darah masa tu bacaan 167. Tak tinggi sgt doc suh repeat test esok kalau bawah 150 xyah buat dah. Esok buat lg bacaan 140 alhamdulillah ok xyah buat test lg. Selamat.

Monday, March 17, 2014

Bilik Anak

Skang ni dah masuk 6bulan usia kandungan mak. ALhamdulillah baby sihat je. Maknyer yang kurang sihat. MAcam-macam alahan dan ragam masa mengandung kali ni. Sabar n cekal je la. Kali ni mood mak nak ngubahsuai bilik untuk anak bujang 2 orang ni. Bukan apa umah kecik je 2 bilik je pon. Barang2 mmg banyak dalam umah ni. Semua hasil simpanan encik suami. Tkpe2 nanti mana yg nyemak tu kita kasi buang la ye. Nyimpan pon bukan boleh dapat dividen. 

Paling banyak baju tshirt yang sampai tak terpakai. HAi la baju nanti sampaila masa ko nyer hukuman sampai.MAk dah tak larat nak tengok sesak barat dalam bilik tu kesian anak-anak dah makin besar terpaksa kongsi bilik ngan mama and ayah. Nanti kita kemas bilik tu ye. Tengah dok tercari-cari idea macamana nak deko bilik budak2 ni. Kalau boleh tak nak keluo bajet banyak-banyak. Tak nak letak katil. Permintaan dari Syabeel nak katil besor little tikes tu xdpat la dipenuhi. Mama ingat nak letak tilam besar je. Kang berkatil-katil ni ruang makin sempit. Macam-macam projek plak korang buat nanti. Jadi sementara korang ngah kecik lagi kita pakai tilam dulu ye. Ni pun satu cite nak beli tilam yg jenis macamana. Takpe pelan-pelan la kita buat yer.

Try goggel idea kat internet antara yg mak dapat tengok
     
kredit to http://hidupkurumahkuterurus.blogspot.com/2013/04/bilik-anak-anak.html
 kredit to : http://mamakembar3.blogspot.com/2011/05/make-over-bilik-si-kembar.html



Tak banyak sangat carian kat google deko hias bilik takde tilam ni. Kebanyakkannye deko yang high standard punye. Memang cantik la tgk la bajetnya plak kan. Takpe la sekurang2nya idea dah ada tinggal nak bikin saja lagi. Hope sangt dapat direalisasikan sebelom bersalin. Bila la agaknya nak mula sesi kemas umah ni. Tunggu ari cuti sekolah nanti la kot. Boleh la mulakan operasi. Nampaknya kene panggil adik-adik datang untuk tolong kemas skali. Alih2 almari ni keje orang lelaki kang kalau mak yang buat mau aku sakit2 badan.

Tuesday, October 22, 2013

Alhamdulillah Rezeki

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana last week dapat berita saya mengandung lagi. Syukur sangat-sangat sebab memang dinanti-nantikan. Risau juga sebab umur dah menginjak ke 35 badan pun tak semuda dulu. Takut gak penat n letih keterlaluan. Sebab bila mengandung ni mak mula la macam-macam ragam.

Baru lagi usia kandungan pun baru 7minggu. Setakat ni takde la teruk lagi morning sicknessnye
2kali buat test ni. Sekali kat rumah nampak cam blur jer... esoknya gi klinik baru nampak jelas dan terang. Doktor kata tahniah. Due date 14 Jun 2014 Insyallah. Memang ditunggu-tunggu, doakan baby girl bakal lahir nanti yer.

Tuesday, September 3, 2013

Raya 2013 berlalu sudah




Berlalu sudah Syawal 2013. Kali ni meriah sebab dah ada orang baru dalam famili kami. Iatu Nurul Jannah isteri kepada adik bongsu mak. Semua dah beristeri tinggal la lagi seorang adik no .3 yang masih bujang trang ting tong. Moga dipertemukan jodoh, bila tu hanya Allah saja yang tahu. Doakan saja yang terbaik. Disini antara gambar-gambar kandid kami sekeluarga yang beraya dirumah, sedara mara. 

Nak kata banyak berjalan raya pun idak la juga, sebab kekangan masa. Mujur sempat gak berpuasa sunat 6. Kalau nak diikutkan jempotan rumah kenduri memang banyak sampai tak terlayan.
Apatah lagi encik suami outstaton ke Bangkok ngikut kawannya cari barang bundle utk meniaga selama seminggu. So kat sana dah rehat2 kat umah je sepanjang beliau xde.

Kenangan raya 2013. Moga berjumpa lagi di ramadhan berikutnya.

My Big Family

1St Raya di rumah Wan Ucu. Bersama adik beradik, uwan n cik nor


ni 25ogos lari sekejap ke rantau panjang singgah open house reunion skrp n smrp...dah ramai yg dah balik




ni plak open house paklang morib di Kem El Ezhar
Sempat bergambor kat kete cun nih, kat area kondo rakyat pantai dalam


dok skodeng ketam

My Belated birhtday....abaikan kawan sekitarnya ...hahahaha
skodeng ketam
1st raya....heheheh aisey gambo botol susu sapa lak ni
my hero....BOBOIBOY kuasa 3
Ibuku sayang...
sempat berjamuan raya kat opis...

pagi raya dirumah birasku... with mak mertua tercinta tgh minum



Wednesday, August 7, 2013

SATE GORENG UWAN MENU WAJIB RAYA






Alhamdulillah, sedar tak sedar dah 29 hari kita berpuasa dan esok dah menjelang hari raya. Mak masih bertugas di kaunter bayaran tercinta ni, nasib baik semalam dah siap beli lauk dan keperluan untuk memasak. Jadi harini takdelah kelam kabut baru nak gi cari kan. Tadi saja singgah beli serai mak aiii arini kat simpang tu dah penuh orang, semalam masa pergi tak de la ramai sangat. Tahun ni ramai plak yang jual daging itik. Bila-bila nanti nak try beli la daging itik buat goreng2 heheheheh....Sekilo rm13 je..hehehe 
Apa menu kegemaran raya korang? Macambiasa la kalau mak ni ketupat, kuah kacang, rendang ayam, masak lodeh serta paling spesel menu sate goreng. Menu ni turun temurun keluarga kami. Dari arwah uwan sampai la ke saya. Dulu-dulu masa zaman anak dara rajin gak le tolong ibu kat dapur masak lauk pauk ni, cuma dulu kurang rajin nak nyalin resepi jer

Esok raya, tapi kali ni amik cuti lepas raya, takpelah bg laluan pd orang-orang yg sibuk nak cuti awal. Anak-anak kat rumah ayahnya ada, dah cuti. Mak cuti lambat skit je. Janji cuti. 

Masak pun tak ler makan masa sangat kot.




Resepi Sate Goreng
Boleh la nak pilih daging ka ayam ka paru ka...ni bahan utk 2kilo yer

2kg daging potong dadu
4Sudu  Jintan Manis (kisar)
3Sudu ketumbar (kisar)
2 gengam bawang putih (kisar)
4gengam bawang besar (kisar)
10-15batang serai (kisar)
halia 5cm (kisar)
lengkuas2cm (kisar)
sedikit serbuk kunyit
sedikit gula
sedikit garam
2 cawan minyak untuk memasak


Dah siap blend semua bahan2 tadi masukkan kedalam daging dan gaul untuk diperap selama 2-3 jam sebelom dimasak.Lagi lama perap lagi bagus.Resepi sate goreng ni turun temurun resepi arwah uwan yg bagi. Diam xdiam dah berbelas tahun arwah tiada. Alfatihah untuk arwah Uwan Habsah Daud n Arwah Ayahku Kamaruddin Othman.

Thursday, June 20, 2013

9TAHUN SUDAH

aLLhamdulillah, semalam genap 9tahun usia perkahwina kami. Moga kekal hingga ke akhir hayat. Harini besday suami tercinta semoga Allah sentiasa memberikan limpah rahmat kesihatan yang baik, kebahagiaan, keimanan, kejayaan dan kekayaan dengan penuh keberkatan untuknya. 













SEBELUM CUTI SEKOLAH ABES


aSSalamualaikum... hai kengkwan, ni mak baru nak hapdate cite masa cuti sekolah tempohari. Dok simpan lama tapi tak post sebab lupa masukkan gambor. Arini baru dan masukkan gambor. Maklomlah baru lepas bersedih sekejap pasal hal kelab kami tu. Takpela rezeki ada dimana-mana so fokus untuk teruskan misi seperti biasa. 

Cuti sekolah 2 minggu aritu, tak sempat nak kemana sangat pon, Syabeel dapatla ikut Mummy Emma Marinie dan Family ke Gambang. Ok la tu kan. Lepas tu seronok la dia bermandi sakan kat sana dan lepak 2-3 hari kat shah alam. 

Masuk minggu ke 2 cuti sekolah, dia taknak ke taska pulak, sudahnya letak transit kat rumah nenek, lepak la kat sana sampai petang.  Mujur nenek ok jer. Hahahaha. Sekali sekali pun bukan selalu kan.

Dah nak dekat bukak sekolah rambut masing-masing dah berjurai-jurai, dengan tebalnya. Naik rimas nenek menengok cucu-cucunya. Pelagi hangkut la gi jumpa tukang gunting.



Si Aqiefie ni payah sikit kalau pergi kedai gunting, lama dah tak gunting rambut dia last masa bulan 2 aritu, ni dah bulan 6 mau tak panjang....hah dok dendiam

muke tensen tu mujur tak nanges

sibuk la nak tengok cermin la budak ni

pandang sana hah , mau gunting ni... muncung2 dah tu

kelakar kalau tengok naseb la tak de orang pun

posing

sempat gak ni muahahahha

senyap jer ni

abang syabeel gak yg relaks

suka no tengok cermin

bila nak abes ni mama

nak tengok cermin

dah hensem dah

saya pon

Memandangkan Aqiefie hari-hari dok tanya bila nak naik  keretapi maka ari sabtu tu kami anak beranak naik la komuter dari Port Klang ke Subang Jaya. Taktau nak kemana, pi subang dah la sekejap jer kan. Macam-macam perangai dok dalam train, mula-mula dok dalam coach wanita. Cakap ngan encik suami ni coach wanita kang kene halau. Alah, ngegada katanya, tak sampai 5minit datang abang polis halau dia hahahahah...kan orang dah cakap dah....Yela coach wanita utk wanita dan anak2 je, lelaki gi coach lain la eh.... Betapa wanita ni istimewa...huhuhuhuuu jeles plak dia ...

peace

aii takkan dah pening kot

seronok nyer Aqifie hasrat nak naik keretapi dah dapat

hah tengok luar

sampai kat subang dah lapar jom la makan

nasi goreng

budak ni makan aiskrim

mama order ciken cop

Balik dari subang dalam train anak-anak semua tertidur. Penat sangat la tu. Mau tak penat lari sana sini.  Sampai kat rumah, hah masing-masing sibuk nak mandi kolam. Nah, mandila sangat yer.  Hahahah jadila kan,






SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts