CARIAN ANDA

Friday, May 10, 2013

MALAS DAN LETIH



Nak taip pun rasa macm letih sangat. Lepas jer bertugas pilihanraya minggu lepas rasanya keletihan tu sampai la ni pun terasa lagi. Penatnya Ya Allah sampai ke otak rasanya tak abis-abis lagi. Tapi tulah kenyataannya letih betul. Sampaikan balik keje pun rasa macam MALAS DAN LETIH jer. Syukurlah kerajaan selangor bagi cuti hari Isnin tu kalau idak aku rasa ramai yang MC kot termasuk la aku ni hah. Kerjanya tak teruk mana tapi Letih tu tak tau nak kata.  Kalau boleh nak terus tidur jer tapi tak bolehla. Hari-hari dok ngemas rumah macam tu gak ropenye sampaikan lipat baju pun dah bersusun kat depan malas nak masukkan dalam almari.




Masak?? Beli lauk siap masak untuk Syabeel dan kippi. Kippi makan tak banyak pun tapi Syabeel selera makan dah banyak so masak nasi jer untuk dia dan ayam masak merah dah ready. Suh minum Shake budak-budak ni kalau buat macam iceblended tu baru la nak minum. Aku plak biasalah time macam ni memang lapar la apalagi minum Shake jer la. Senang takyah nak masak dah. Masuk dalam shaker goncang-goncang jer minum. Punya la tahap malas sampai camni, huhuhuhuu.. Kelab Nutrisi plak sib bek la Kak Ina tolong handle sepanjang kemalasan aku ni, so kena ganti hari Sabtu n Ahad ni la jawabnya. Malam pun kelab tak bukak sebab ramai yg datang minum pg je. 

Bila nak hilang penyakit MALAS ni pun tak taula. Paksa juga la diri tu untuk buat kerja jugak. Sib bek encik Somi tak bising-bising. Dua tiga menjak ni terasa dah virus MALAS ni makin menjadi-jadi plak. Haiihhh, siap ada penin-penin lagi. OOO pergila jauh-jauh encik malas.

Moga jangan sampai aku malas solat. Hindarkan lah aku dari diselubungi perkara ini.


Thursday, May 9, 2013

Ulangtahun ke 8 Muhammad Syabeel Akmal

Olehkerana kesibukan sebab Pilihanraya aritu memang tak de la kami buat apa-apa Majlis Sambutan Besday untuk Syabeel, ayah pun hari-hari balik lewat jam 12.00 atau 1.00 pagi baru sampai umah. kesian jugaklah dengan Syabeel sebab dia dok tanya besday party dia. Bajet mak pun dah larik repair kereta comel mak tu jer dah rm1K. Camana nak buat besday party lagi kan.

So, ayah bagi bajet untuk besday prezent, tanya dia nak beli kek ke, prezent ke, dia kata nak beli mainan. Usung la budak dua orang ni ke kedai mainan yang dekat simpang 4 yang pilihan dan harga pun boleh tahan gak la. 

Paling untung bila auntie Rina belikan mainan untuknya. So, balik dari sekolah tak sempat-sempat mandi dah sibuk ngadap barang-barang tu la apa lagi. Paling suka Tom sikucing yang ajuk2 cakap orang tu. Hah ada jual benda ni kat situ belikan satu. tapi yang nak bukan adik si abang. AHhahahah...mood kanak-kanak riang layankan aje.

Kesian kat dorang sabtu n ahad lepas dok umah wan dua beradik ni sebab mama ada keje. Takpela sekali sekala jer kan, bukan selalu dok lepak umah uwan pon.

senyum lebor orang yang dapat hadiah banyak-banyak

adik pun tumpang sekaki

anti rina bagi mekasey banyak2

bukak jangan tak bukak

susah nak bukak la mama

dok tenung menatang yang dia dapat

bukak


mesti dapat satu kalau tak memberontak

suka la dapat mainan yang ada mikrofon  sebab kippi suka nyanyi

tekan dik


SEKAPUR SIRIH

Artikel berkaitan keagamaan,kesihatan, perkahwinan dan lain-lain di blog ini hanya kompilasi artikel yang dititip daripada akhbar, majalah dan internet. Blog ini memaparkan artikel yang ditulis sendiri dan artikel yang bukan ditulis oleh pemilik blog adalah koleksi peribadi, ada yang sefahaman atau sebaliknya dan bersandarkan kandungan Al-Quran. Pun begitu, janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)Pemilik blog bukanlah seorang pakar agama, pakar kesihatan mahupun pakar perkahwinan, justeru itu, pemilik blog tidak dapat menjawab sebarang pertanyaan profesional berkaitan hal ehwal agama, kesihatan, psikologi perkahwinan atau kaunseling rumahtangga dan undang-undang secara mendalam. Pengunjung dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan pakar dalam bidang berkaitan bagi masalah / kemusykilan yang dihadapi.Kami sekadar berkongsi ilmu.

Mengamalkan apa yang disiarkan di blog ini tanpa merujuk kepada dalil daripada Al-Quran dan Al-Hadis yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak. Yang baik datangnya daripada Allah SWT, yang buruk adalah kelemahan pemilik blog sendiri.
Terima kasih kerana berlapang dada membaca cebisan ilmu yang tidak seberapa di blog ini. Ilmu yang baik dikongsi bersama.

Popular Posts